omniture

APITech Mengumumkan Penyertaan di AOC Europe 2022

API Technologies Corp.
2022-04-20 00:42 37

MARLBOROUGH, Massachusetts, 20 April 2022 /PRNewswire/ -- APITech™ (API Technologies Corp.), sebuah syarikat penyedia keupayaan terkemuka yang Melindungi, Memberi Kuasa dan Memproses penggunaan RF dan elektronik yang kritikal dengan sukacitanya mengumumkan penyertaan kami di AOC Europe 2022 di Pérols, Perancis. APITech akan mengadakan pameran di Reruai B19 semasa anjuran acara tersebut di Parc des Expositions de Montpellier pada 10-12 Mei 2022.

AOC Europe memberi kami peluang yang unik untuk bertemu dengan pelanggan baharu dan sedia ada bagi membicarakan tentang produk dan teknologi kami yang menyokong penggunaan Peperangan Elektronik, kata Michael Schwarm, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Seluruh Dunia, APITech. "Kami berada pada kedudukan yang unik untuk membantu para pelanggan pertahanan kami menangani cabaran semasa dan baharu daripada peringkat komponen hingga subsistem dan pemasangan yang amat bersepadu.

APITech akan mempamerkan penyelesaian canggih kami untuk Peperangan Elektronik termasuk amplifier jalur lebar, penapis RF/EMI, modul RF berbilang fungsi, pengehad & pelemah serta suis pengagihan RF. 

Pada tahun 2022 seterusnya, APITech akan menyertai IMS di Denver pada bulan Jun dan AOC US di Washington, DC pada bulan Oktober.

Untuk maklumat lanjut tentang program pameran perdagangan APITech, sila layari: https://info.apitech.com/events

Tentang APITech 

APITech™ (API Technologies Corp.) merupakan pereka dan pengilang yang inovatif bagi subsistem, modul dan komponen berprestasi tinggi untuk Melindungi, Membekalkan Kuasa dan Memproses aplikasi RF dan elektronik kritikal. Perintis teknologi kebolehpercayaan tinggi dengan warisan selama lebih 70 tahun, produk APITech digunakan oleh pelanggan pertahanan, perindustrian dan komersial global untuk aplikasi kritikal termasuk peperangan elektronik, Radar, C4ISR, Angkasa, pertahanan peluru berpandu, aeroangkasa komersial, komunikasi tanpa wayar, perubatan, minyak dan gas dan persekitaran yang sukar.

Sila hubungi:

Madeline Lee
APITech
+1 508-251-6486
Madeline.lee@apitech.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/362549/api_technologies_corp__logo.jpg?p=medium600

 

Source: API Technologies Corp.
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Trade show news Future Events