omniture

Alami lebih lagi di Petal Search dengan nova 9 SE Serba Baharu

Petal Search, Huawei
2022-04-20 05:05 141

SHENZHEN, China, 20 April 2022  /PRNewswire/ -- Dengan mengutamakan pengguna lebih muda, HUAWEI nova 9 SE baharu padat dengan fotografi resolusi tinggi 108 MP, pengalaman vlog yang kreatif, reka bentuk mengagumkan dan elemen yang amat bergaya. Ia merupakan ahli terbaru daripada rangkaian nova 9. Kini, apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkannya dengan aplikasi kegemaran anda.

Find Your Favourite Apps and More with Petal Search
Find Your Favourite Apps and More with Petal Search

Sebagai enjin gelintar natif HUAWEI Mobile Services (HMS), Petal Search didatangkan prapasang pada telefon pintar atau tablet HUAWEI baharu, namun pengguna juga boleh memuat turunnya daripada AppGallery atau mengakses dengan mudah versi web (www.petalsearch.com).

Dengan Petal Search, dapatkan akses kepada pengalaman semakan imbas yang inovatif dan pelbagai yang berkembang melebihi 20 kategori dan berjuta-juta aplikasi, sama ada anda berminat dengan berita terkini, membeli-belah, melancong dan banyak lagi. Anda berupaya mencari maklumat yang anda perlukan dan menukarkan maklumat menjadi tindakan.

Melalui Petal Search, pengguna diperkasa dengan kebolehan untuk mencari aplikasi yang popular di kawasan masing-masing melalui ikon 'Apps' di laman utama Petal Search, lalu membuka kemungkinan untuk pengguna mencari aplikasi kegemaran mereka untuk mereka.

Ketik pada Petal Search App yang diprapasang pada telefon baharu anda dan mulalah menerokainya. Terokai pelbagai jenis perkhidmatan dengan fungsi-fungsi tambahan yang memberi cadangan yang menarik.

Sekiranya anda ingin melancong, gunakanlah fungsi Perjalanan (Travel) Petal Search yang dapat membantu anda merancang perjalanan anda yang seterusnya dengan mudah. Petal Search membolehkan pengguna membandingkan harga bagi mencari pilihan hotel dan penerbangan yang terbaik untuk perjalanan tersebut. Anda juga boleh menemui maklumat tambahan dengan fungsi 'Nearby Life' seperti ulasan, pilihan makanan dan tempat menarik untuk dikunjungi di kawasan tersebut – kesemuanya tanpa perlu membuat kajian yang lebih ekstensif.

Semua orang juga gemar membeli-belah dan dengan fungsi Membeli-belah (Shopping) Petal Search, membeli-belahlah secara dalam talian dengan mudah di mana-mana, pada bila-bila masa. Hanya taipkan kata kunci produk yang dicari oleh anda dan Petal Search akan memaparkan produk berserta tawaran dan sebarang butiran lain yang mungkin anda ingin tahu. Bandingkan produk berdasarkan kepada imej, penentuan harga dan banyak lagi bagi memastikan anda membuat pembelian – kesemuanya dalam Petal Search.

Di samping itu, keupayaan berbilang mod Petal Search menawarkan pengalaman carian melangkaui carian kata kunci yang ringkas. Menggunakan Visual Search, alami pengalaman carian multimedia yang menggunakan AI, menawarkan keputusan carian yang relevan berdasarkan kepada imej dan foto. Terokai dunia dengan cara serba baharu.

Untuk memuat turun dan mengalami Petal Search, sila kunjungi: https://bit.ly/3rpGYGY

Source: Petal Search, Huawei
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services