omniture

Quali Memperkukuh Ciri-Ciri Satah Kawalan Infrastruktur untuk Pasukan Operasi Pembangunan dan IT dengan Keluaran Terkini Torque

Qualisystems USA Inc.
2022-04-20 07:14 24

Ciri-ciri baharu meningkatkan keupayaan automasi dan orkestrasi, meningkatkan kawalan kos dan mengukuhkan postur keselamatan

AUSTIN, Texas, 20 April 2022 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak AWS di San Francisco, Quali sebuah syarikat penyedia penyelesaian automasi infrastruktur Persekitaran sebagai Perkhidmatan yang terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran ciri-ciri satah kawalan yang dipertingkatkan untuk platformnya iaitu Torque, yang membolehkan ahli profesional Operasi Pembangunan untuk mengatur secara terperinci dan menjamin persekitaran aplikasi yang kompleks dengan memudahkan peruntukan infrastruktur, menghapuskan infrastruktur terasing dan menangani kesesakan pembekalan infrastruktur.

Ciri-ciri baharu ini memperluas keupayaan automasi dan orkestrasi untuk persekitaran heterogen termasuk infrastruktur awam, swasta, hibrid dan kontena, meningkatkan kebolehlihatan kos serta mengukuhkan tadbir urus ke atas protokol keselamatan dan pematuhan, termasuk:

  • Orkestrasi di seluruh persekitaran aplikasi heterogen:
    Torque memudahkan orkestrasi dan pengurusan kontena, IaC dan teknologi awan persendirian dengan menyokong Helm, Terraform dan vCenter dengan kesemuanya berada dalam cetakan biru modular boleh guna semula yang sama, membolehkan para pengguna mentakrif dan menyediakan persekitaran yang lengkap dengan definisi tadbir urus dan dasar. Dengan memudahkan persekitaran yang kompleks menjadi cetakan biru layan diri, pasukan Operasi Pembangunan boleh mengekalkan kawalan terhadap sumber awan tanpa memperlahankan akses pembangun kepada infrastruktur.
  • Kebolehlihatan dan kawalan kos:
    Torque kini merangkumi keupayaan kebolehlihatan dan kawalan kos yang dipertingkatkan termasuk keupayaan untuk menetapkan had bagi tempoh maksimum dan bilangan persekitaran serentak, had untuk jumlah kos persekitaran, pelaporan kos Kubernetes dan dasar peramalan dan penggunaan sumber yang lebih baik bagi setiap cetakan biru, 'sandbox' (mekanisme keselamatan komputer) dan ruangan.
  • Postur keselamatan yang dipertingkatkan:
    Peningkatan keselamatan merangkumi akses berasaskan peranan baharu yang boleh disesuaikan kepada cetakan biru, Kawalan Token API serta penyepaduan dengan teknologi pengurusan rahsia. Pasukan Operasi Pembangunan kini boleh memanfaatkan rahsia ke dalam reka bentuk cetakan birunya dan Torque pula akan mengisi rahsia semasa penggunaan 'sandbox' yang menguatkan 'sandbox' secara automatik.

"Organisasi semakin terkekang dalam keupayaan pembangunan aplikasi mereka disebabkan oleh kerumitan infrastruktur yang semakin meningkat dan pertumbuhan pesat alatan yang mendasari susunan teknologi mereka," kata Edan Evantal, Ketua Pegawai Teknologi Quali. "Torque ialah satah kawalan yang membantu mereka mengekalkan kawalan terhadap infrastruktur mereka supaya mereka boleh mempercepatkan pembangunan sambil menguruskan kos dan meningkatkan tadbir urus untuk mengurangkan risiko kepada organisasi mereka."

Torque tersedia secara percuma melalui percubaan percuma selama 30 hari bagi Torque Enterprise atau dengan mendapatkan peringkat percuma untuk individu atau pasukan kecil. Penambahbaikan terkini pada antara muka pengguna (UI) Torque juga merangkumi keupayaan pengguna untuk mula menggunakan Torque tanpa perlu menyambung ke akaun awan. Hanya cipta satu akaun atau log masuk melalui GitHub untuk meneroka cetakan biru sampel dan melancarkan persekitaran sampel. Para pengguna juga digalakkan untuk menyertai komuniti Torque bagi mendapatkan sokongan tambahan atau memberikan maklum balas tambahan terhadap produk. Mulakan akaun percuma anda dengan melayari https://app.qtorque.io/sign_up

Quali akan menghadiri Sidang Kemuncak AWS di San Francisco pada 20 dan 21 April. Singgahlah di reruai kami yang bernombor 821 untuk bertemu pasukan Quali dan mengetahui lebih lanjut tentang Torque.

Tentang Quali  
Beribu pejabat di Austin, Texas, Quali menyediakan platform terkemuka untuk penyelesaian automasi infrastruktur Persekitaran sebagai Perkhidmatan, membantu syarikat memperoleh kebebasan daripada kerumitan infrastruktur agar boleh beroperasi dengan kepantasan. Inovator dan syarikat Global 2000 yang berada di mana-mana sahaja bergantung kepada platform CloudShell dan Torque milik Quali yang telah memenangi anugerah untuk mencipta penyelesaian automasi layan diri dan atas permintaan yang meningkatkan produktiviti kejuruteraan, mengurangkan kos awan dan mengoptimumkan penggunaan infrastruktur. Untuk maklumat lanjut, sila layari quali.com dan ikuti Quali di Twitter dan LinkedIn.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1591088/Quali_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Qualisystems USA Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security New products/services