omniture

NTRY MEMASUKI ERA BAHARU HARTANAH DENGAN METAVERSE HARTANAH YANG PERTAMA

NTRY
2022-04-20 08:00 21

Platform yang membawa pembaharuan kepada jualan hartanah dalam talian

TORONTO, 20 April 2022 /PRNewswire/ --NTRY, sebuah syarikat pemula Kanada dengan cita-cita global, melancarkan platformnya pada lewat minggu ini untuk meringkaskan cara dunia mempamer, memasar dan menjual hartanah secara dalam talian. Disasarkan kepada para broker, ejen, pemaju dan pembeli, platform NTRY memberi nafas baru kepada cara menjual rumah yang telah ketinggalan zaman.

NTRY logo (CNW Group/NTRY)
NTRY logo (CNW Group/NTRY)

Platform NTRY memanfaatkan kuasa visualisasi 3D fideliti tinggi dengan meningkatkan persembahan dan imej pegun menjadi pameran interaktif untuk tawaran terkini para pemaju serta menggabungkannya secara lancar ke dalam gambaran dunia sebenar untuk mencipta metaverse yang dipacu tujuan.

Dengan memanfaatkan teknologi awan, platform NTRY kini menempatkan beribu-ribu senarai hartanah di Toronto, ibu negara pembangunan besar-besaran di dunia serta bandar-bandar berdekatan dan turut menyasarkan pasaran hartanah antarabangsa lain yang sedang berkembang.

NTRY memudahkan kerja-kerja para profesional hartanah dan pelanggan mereka. Ia boleh diakses melalui log masuk laman web yang mudah, apa yang diperlukan hanyalah peranti yang disambungkan dengan internet. Dan platform ini kini tersedia pada masa yang tepat. Setelah dua tahun mengalami pandemik, industri hartanah telah menerapkan teknologi hartanah untuk menormalkan mesyuarat maya dan meningkatkan ketelusan dalam kalangan pelanggan yang berkemahiran, menurut laporan Trend Hartanah Baharu PWC 2022 .

"Sebagai ejen hartanah yang telah menjual hartanah bernilai berbilion-bilion dolar dalam beberapa tahun yang singkat, saya melihat teknologi hartanah sebagai peluang penting dalam industri ini selama bertahun-tahun. Keinginan untuk mencari penyelesaian terbaik dalam industri telah membawa kepada kerjasama yang hebat antara para pemikir tanpa mengenal penat lelah untuk membangun dan melancarkan NTRY hari ini," kata Pengasas Bersama merangkap Ejen Hartanah Ternama, Julian Pucci. "NTRY memacu masa depan hartanah."

Tetapi ini hanyalah suatu permulaan. NTRY bekerjasama dengan pengacara TV terkenal yang juga ejen hartanah, Ryan Serhant untuk pratonton platformnya. Sila ikuti pratonton ini pada jam 6:00 petang waktu EDT pada hari Khamis, 21 April untuk melihat gambaran masa depan hartanah: https://youtu.be/FB9O9WR15GA

TENTANG NTRY 

NTRY ialah metaverse hartanah perdana yang menyampaikan maklumat terkini tentang mana-mana hartanah dalam pasaran hartanah global. Ditubuhkan pada tahun 2021 oleh sekumpulan usahawan yang mempunyai kepakaran dalam perancangan bandar, hartanah serta pembangunan perisian dan permainan, mereka telah membangunkan suatu alat untuk mengubah tahap sedia ada dan menginovasi cara orang ramai berinteraksi dengan hartanah. 

Sila hubungi: Murssal Akramy, NKPR, murssal@nkpr.net

NTRY Founders Left to Right: James Borst, Pamela Ventresca, Julian Pucci (CNW Group/NTRY)
NTRY Founders Left to Right: James Borst, Pamela Ventresca, Julian Pucci (CNW Group/NTRY)

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1799065/NTRY_NTRY_USHERS_NEW_ERA_OF_REALTY_WITH_FIRST_EVER_REAL_ESTATE_M.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1799066/NTRY_NTRY_USHERS_NEW_ERA_OF_REALTY_WITH_FIRST_EVER_REAL_ESTATE_M.jpg?p=medium600

Source: NTRY
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Real Estate Residential Real Estate New products/services