omniture

Excelra Membuat Pelaburan Strategik dalam Anlitiks, Sebuah Syarikat Perundingan Berpandukan Teknologi RWE dan HEOR yang Inovatif

Excelra Knowledge Solutions Pvt Ltd
2022-04-20 13:28 17

HYDERABAD, India and BOSTON, Massachusetts, 20 April 2022 /PRNewswire/ -- Excelra, penyedia Data dan Analisis global yang terkemuka untuk organisasi Sains Hayat, telah mengumumkan pelaburan majoriti strategik dalam Anlitiks, sebuah syarikat teknologi baharu yang berkembang pesat dalam domain nilai dan bukti.

Pelaburan ini memperkukuh matlamat Excelra ke dalam bidang analisis Penyelidikan Ekonomi dan Hasil Kesihatan (HEOR) dan Bukti Dunia Nyata (RWE). Perjanjian ini juga merupakan bukti komitmen Excelra terhadap penyelidikan dan pengkomersialan ubat-ubatan melalui gabungan kepakaran domain saintifik yang mendalam dengan penyelesaian analisis dan teknologi yang canggih.

Anlitiks yang beribu pejabat di Boston, merupakan sebuah syarikat HEOR dan RWE yang diasaskan oleh Kannan Rajagopalan iaitu seorang usahawan teknologi. Menurut Kannan, misi Anlitiks ialah membantu organisasi Sains Hayat menterjemah data dunia nyata dengan pantas menjadi bukti nilai dengan menggunakan suatu pendekatan data + platform + perkhidmatan yang unik. Enjin yang memacu perniagaan ini ialah RapidAnalyzer™ milik Anlitiks, sebuah platform agnostik data yang fleksibel yang merangkum keseluruhan kitaran hayat HEOR/RWE daripada hipotesis, integrasi data, analisis, visualisasi kepada laporan penyelidikan. RapidAnalyzer™ mengubah landskap kompetitif ini dengan mengurangkan masa yang diambil secara drastik dari berbulan-bulan hingga beberapa minggu sahaja untuk mendapatkan cerapan berharga tentang data berskala besar.

Sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Saintifik Anlitiks, Dr. Krithika (Kitty) Rajagopalan, seorang veteran industri dan eksekutif Akses Pasaran, Harga, HEOR dan RWE yang diterbitkan dengan baik, membantu memberikan kepemimpinan dan hala tuju dalam menentukan strategi yang boleh memberi pulangan kepada organisasi biofarmaseutikal. 

Anandbir Brar, Ketua Pegawai Eksekutif Excelra menyatakan, "Anlitiks mempunyai model perniagaan perundingan + platform yang unik, menggabungkan pakar HEOR yang amat mahir dan berpengalaman serta sebuah platform bersepadu - RapidAnalyzer™ yang membantu melaksanakan jumlah aliran kerja analisis yang besar. Gabungan kekuatan kami memperkasakan organisasi Sains Hayat dengan pembuatan keputusan yang pantas namun bermaklumat."

Transformasi Data dan Digital telah menjadi suatu keperluan strategik bagi industri Sains Hayat untuk memecahkan silo antara pelbagai omik, ujian klinikal dan data dunia sebenar. Kerjasama dengan Anlitiks meningkatkan wawasan Excelra untuk menggunakan sains data berpandukan domain bagi memperkasakan inovasi daripada penemuan hingga pasaran.

Kannan Rajagopalan menjelaskan, "Wawasan kami ialah untuk menjadi kuasa inovatif yang didayakan teknologi dalam menjana cerapan pantas yang boleh diambil tindakan untuk industri Sains Hayat dengan menggunakan data dunia nyata. Bidang tumpuan Excelra amat bersesuaian dengan strategi pertumbuhan kami yang menjadikannya sebagai permulaan sebuah perjalanan yang menarik."

Tentang Excelra 

Penyelesaian analisis dan data Excelra memperkasa inovasi sains hayat daripada penemuan hingga pasaran. Kelebihan Excelra diperolehi daripada penyelarasan set data heterogen serta penggunaan pengetahuan dan teknologi bioinformasi yang inovatif untuk mempercepat penemuan & pembangunan ubat-ubatan dengan cerapan yang boleh dipercayai dan berorientasikan hasil.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.excelra.com.

Tentang Anlitiks

Anlitiks ialah sebuah organisasi analisis penjagaan kesihatan terkemuka yang mengkhusus dalam menterjemah data dunia nyata menjadi bukti nilai dengan menggunakan sebuah model perkhidmatan platform agnostik data yang unik.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari: www.anlitiks.com.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 
Jigesh Shah
Jigesh.shah@excelra.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/692189/Excelra_Logo.jpg?p=medium600  
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1799624/anlitiks_Logo.jpg?p=medium600

Source: Excelra Knowledge Solutions Pvt Ltd
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Contracts Financing agreements New products/services Data Analytics