omniture

Crown Sterling Mengumumkan Penyenaraian Bursa BitMart

Crown Sterling
2022-04-21 03:44 30

NEWPORT BEACH, California, 21 April 2022 /PRNewswire/ -- Crown Sterling Limited LLC, penyedia penyelesaian aset digital dan penyulitan, secara rasminya telah memasuki rangkaian Ethereum melalui token CSOV berbungkus, yang kini disenaraikan di BitMart, sebuah bursa global dengan perkhidmatan tanjakan fiat yang tersedia kepada rakyat Amerika Syarikat.

Untuk meningkatkan keserasian silang rantaian serta kebolehcapaian CSOV dan produk tahan kuantum, Crown Sterling melancarkan token ERC-20 pada awal minggu ini. Pasangan dagangan yang tersedia ialah WCSOV/USDT dan WCSOV/ETH. Token CSOV berbungkus (WCSOV) itu dipancang pada nisbah 1:1 melalui kontrak pintar pada Ethereum. Beroperasi secara langsung pada hari ini di BitMart; para pengguna boleh membeli dan memperdagangkan WCSOV, yang kemudiannya boleh ditukar menjadi CSOV asal untuk mengakses rangkaian produk serta perkhidmatan penyulitan dan pemampatan tahan kuantum Crown Sterling.

"Kami teruja dengan penyenaraian ini kerana semua warganegara A.S. yang mempunyai akses kepada pasaran tersebut akan dapat terlibat dengan CSOV dan Transformasi Kedaulatan Data Peribadi. Kami bakal melancarkan produk yang hebat pada tahun 2022 dan 2023, daripada Penyulitan dan Pemesejan Tahan Kuantum hinggalah Koleksi NFT dan Pemampatan Matematik/Penyimpanan Tidak Berpusat. Kami sangat berterima kasih kerana dapat mengetuai usaha ini ke arah kebebasan bersuara dan pemilikan data yang lebih baik," kongsi Robert Grant, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Crown Sterling.

"Saya percaya bahawa kesalingkendalian protokol silang rantaian merupakan evolusi semula jadi yang amat diperlukan dalam industri ini. Dengan teknologi pemampatan baharu kami dalam pembangunan yang mendalam dan produk Penyulitan Tahan Kuantum kami, saya membayangkan Crown Sterling sebagai teras revolusi Web 3.0 dengan kesalingkendalian silang rantaian melalui teknologi penyambung yang mempercepat perjalanan tersebut. Penyambungan yang akan datang ini membuka luas ekosistem tidak berpusat dengan peluang perkongsian yang besar," kata Kuran Sailopal, Naib Presiden Kanan Pembangunan Korporat dan EMEA Crown Sterling.

Dengan data yang muncul sebagai aset paling berharga dalam era digital, misi Crown Sterling adalah memperkasakan individu untuk melindungi, mengawal dan mengewangkan data mereka dalam sebuah era dengan kelemahan dan pemonopolian sebahagian besar Syarikat Gergasi Teknologi yang tidak dikawal selia. Untuk maklumat lanjut tentang Crown Sterling dan CSOV, sertai komuniti di Telegram dan Twitter.

Tentang Crown Sterling Limited LLC

Crown Sterling ialah perintis teknologi kedaulatan data peribadi. Rangkaian Crown Sterling ialah satu rangkaian langsung pada rangkaian Polkadot, dengan penyulitan Pad Satu Kali tahan kuantum sebagai pilihan untuk fungsi peralihan keadaan blok rantai yang merupakan aliran proses transaksi pada sesebuah rangkaian. Crown Sovereign ($CSOV), sejenis token utiliti tahan kuantum, membolehkan para pengguna untuk mengambil bahagian dalam pelbagai tawaran produk, termasuk kriptografi dan NFT tahan kuantum serta teknologi pemampatan masa hadapan yang lain. Crown Sterling berharap dapat menjadi platform terkemuka untuk pengurusan aset digital dan data.

Hubungan Akhbar Crown Sterling Limited LLC

Tel: +1-949-260-1700

https://www.crownsterling.io/ 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1749171/Crown_Sterling_Logo.jpg?p=medium600

Source: Crown Sterling
Keywords: Computer/Electronics New products/services Blockchain