omniture

Anugerah Otr Elkalam mengubah laluan kerjaya doktor Mohammed Mujahid dari Bahrain

Syaq Co.
2022-04-21 12:41 17

RIYADH, Arab Saudi, 21 April 2022 /PRNewswire/ -- Pertandingan bacaan Al-Quran dan laungan azan antarabangsa yang ditayangkan dalam rancangan televisyen Otr Elkalam (Scent of Speech) telah mengubah kerjaya profesional seorang doktor dari Bahrain iaitu Mohammed Samir Mohammed Mujahid, selepas beliau memenangi tempat ketiga dalam kategori bacaan Al-Quran dan menerima hadiah wang tunai berjumlah SAR1 juta ($266,500). Mujahid mengatakan bahawa beliau mungkin mengubah minat beliau kepada perkara-perkara lain yang bercirikan kerja-kerja amal dan kemanusiaan.

"Dr. Mohammed Mujahid."
"Dr. Mohammed Mujahid."

Mujahid menyimpulkan bahawa Otr Elkalam merupakan pertandingan yang paling mencabar dari segi kriteria dan tahap para peserta. "Pada mulanya, saya hanya berharap agar dapat memasuki peringkat akhir pertandingan ini. Saya bekerja keras dengan berlatih mengaji, meneliti tajwid dan maqam," kata beliau. "Memasuki peringkat akhir sudah merupakan suatu pencapaian yang cukup hebat." Mujahid mengucapkan terima kasih kepada Penasihat Mahkamah Diraja Turki Al-Sheikh atas penganjuran pertandingan yang hebat ini serta penghargaan yang diberikan oleh beliau kepada para pemenang.

Penyertaan Mujahid dalam pertandingan ini menyaksikan peringkat persaingan yang sengit dan menakjubkan, namun penggunaan tajwid yang teliti serta kriteria pertandingan yang lain telah membantu beliau memperoleh jumlah undian juri yang cukup untuk mara ke peringkat akhir dan memenangi tempat ketiga.

Otr Elkalam ialah salah satu pertandingan terpenting yang dilancarkan oleh Pihak Berkuasa Hiburan Am pada bulan Ramadan, dengan kandungannya yang sesuai dengan unsur-unsur kerohanian di bulan Ramadan serta menunjukkan dengan jelas peranan para juri dalam meningkatkan prestasi peserta dengan memberikan mereka nota berguna yang membantu mereka menguasai bacaan Al-Quran dan melaungkan azan.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1801203/Syaq_Co.jpg?p=medium600

 

 

Source: Syaq Co.
Keywords: Entertainment Awards Religion