omniture

ASIA'S 50 BEST BARS MENDEDAHKAN KOLEKSI KEDUA BAGI BAR YANG MENDUDUKI TEMPAT KE-51 HINGGA KE-100

50 Best
2022-04-21 15:00 17
  • Senarai kedudukan 51-100 tahun ini merangkumi bar yang terletak di 24 buah bandar
  • Jepun dan Singapura menguasai senarai, masing-masing dengan 9 buah bar
  • Hong Kong menampilkan 5 buah bar, manakala Bangkok, Seoul dan Taipei berada satu kedudukan di bawahnya, masing-masing dengan 4 buah bar
  • Nepal membuat penampilan sulungnya dalam senarai ini dengan Blackbird di tempat ke-96

Anda boleh melihat senarai kedudukan bar 51-100 ini di sini.

SINGAPORE, 21 April 2022 /PRNewswire/ -- Â Asia's 50 Best Bars 2022 yang ditaja oleh Perrier, hari ini mengumumkan bar yang diundi ke dalam senarai lanjutan untuk tempat ke-51 hingga 100, menjelang majlis anugerah tahunan yang akan diadakan pada hari Khamis, 28 April, di Bangkok, Thailand. Senarai kedudukan lanjutan ini diperoleh melalui proses undian Asia's 50 Best Bars dan bertujuan untuk menyorot lebih banyak bar yang ada di seluruh rantau ini. 

Taiwan, Hong Kong, Macau dan Tanah Besar China mendominasi kedudukan secara kolektif dengan 11 buah bar. Menduduki kedudukan teratas dalam senarai ini di tempat ke-51 ialah Taipei's Room by Le Kief, manakala Shanghai's Epic berada di tempat ke-52. Bar lain dari rantau ini termasuk Honky Tonks Tavern (tempat ke-55), Quality Goods Club (tempat ke-56), The Public House (tempat ke-68), Mesa (tempat ke-82), HiBoRu (tempat ke-86) dan Moonrock (tempat ke-91).

Sembilan buah bar dari Jepun menduduki senarai ini dengan diterajui oleh Ark Lounge di tempat ke-67, manakala Singapura yang juga memperoleh sembilan kedudukan dalam senarai ini diterajui oleh D.Bespoke di tempat ke-58. Thailand dan Korea Selatan masing-masing menyaksikan empat buah bar yang tersenarai termasuk #FindTheLockerRoom (tempat ke-78) di Bangkok dan Soko (tempat ke-57) di Seoul.

India menampilkan tiga penyertaan baharu - PCO (tempat ke-54), The Living Room (tempat ke-73) dan The Bombay Canteen (tempat ke-76). Sebagaimana India, Malaysia turut menampilkan tiga buah bar termasuk Coley, yang mengakhiri senarai tersebut di tempat ke-100.

Dua buah bar di Indonesia dalam senarai ini termasuk Wishbone (tempat ke-93) dan Bali's 40 Thieves (tempat ke-99). Wakil dari Filipina, The Curator berada di tempat ke-62 sementara Vietnam diwakili oleh Stir (tempat ke-84). Kathmandu's Blackbird (tempat ke-96) membuat penampilan pertama Nepal dalam senarai 50 Best.

Mark Sansom, Pengarah Kandungan Asia's 50 Best Bars berkata: "Apabila sempadan negara dibuka dan perjalanan berkaitan gastronomi disambung semula, kami amat berbesar hati untuk mengesyorkan bilangan bar sebanyak dua kali ganda yang harus dicari dan dikunjungi oleh pelawat."

Edisi ketujuh Asia's 50 Best Bars yang ditaja oleh Perrier ini akan diumumkan secara langsung pada 28 April jam 7.30 malam di Bangkok (6 petang waktu India; 8.30 malam waktu Singapura/HK; 9.30 malam waktu Jepun) dengan acara kemuncak untuk menentukan pemenang The Best Bar in Asia yang ditaja oleh Perrier. Majlis ini akan disiarkan secara langsung di Facebook World's 50 Best Bars dan Saluran YouTube 50 Best Bars TV.

Untuk akses ke pusat media, sila layari:

https://mediacentre.theworlds50best.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1799887/Asia_50_Best_Bars_2022_Logo.jpg?p=medium600  
PDF - https://mma.prnewswire.com/media/1799886/ASIA_50_BEST.pdf


ASIA'S 50 BEST BARS REVEALS THE SECOND-EVER COLLECTION OF BARS RANKED BETWEEN 51ST AND 100TH
Source: 50 Best
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Travel Survey, Polls & Research MAT (Mature Audience)