omniture

"Miliki yang Tidak Termiliki:" Mintus memberi peluang kepada para pelabur untuk membeli saham dan melabur dalam karya kontemporari, daripada Warhol hinggalah Condo

Mintus
2022-04-21 17:32 21

Mintus, sebuah platform pelaburan seni dalam talian baharu yang menawarkan cara baharu untuk membeli saham dan melabur dalam seni kontemporari yang luar biasa, membuka pasaran seni tahunan bernilai $65 bilion

Karya seni pertama yang tersedia ialah lukisan ikonik daripada Andy Warhol dan George Condo, yang akan disusuli dengan lebih banyak karya-karya daripada seniman ternama dan baharu 

Ketahui lebih lanjut: www.mintus.com

LONDON, 21 April 2022 /PRNewswire/ -- Mintus, sebuah platform pelaburan seni baharu yang menawarkan peluang kepada para pelabur untuk melabur dalam seni kontemporari dan moden yang bernilai tinggi, dilancarkan pada hari ini. Para pelabur akan dapat membeli saham dalam sebuah syarikat UK yang memiliki dan menguruskan karya seni secara langsung. Lukisan oleh Andy Warhol dan George Condo merupakan dua karya pertama yang akan disampaikan oleh Mintus yang diberi kuasa dan dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Perlakuan Kewangan serta merupakan platform pertama seumpamanya di UK. Lukisan yang bernilai lebih $200 juta akan ditawarkan kepada para pelabur Mintus sepanjang tahun 2022, secara individu dan juga melalui portfolio seni yang dipilih susun.

 

Mintus: Self-Portrait, Andy Warhol, 1966, unseen by the public for over 20 years.
Mintus: Self-Portrait, Andy Warhol, 1966, unseen by the public for over 20 years.

 

Lukisan pertama yang menakjubkan pada platform Mintus ialah Self-Portrait hasil karya Andy Warhol pada tahun 1966, berharga USD5 juta dan ditaksirkan bernilai USD6.8 juta pada bulan lepas oleh penilai bebas yang terkemuka. Satu lagi lukisan ialah The Outcast hasil karya George Condo pada tahun 2018, berharga USD2.775 juta dan ditaksirkan bernilai USD3 juta pada bulan lepas. Kedua-dua lukisan ini merupakan contoh mengagumkan bagi gaya contoh unggul kedua-dua seniman tersebut.

Self-Portrait oleh Warhol ini telah disimpan dalam koleksi peribadi sejak tahun 1991 dan kali terakhir dipamerkan pada tahun 2003. Dalam menjadikan hasil karya ini tersedia kepada umum buat kali pertama dalam tempoh selama 31 tahun, Mintus membolehkan individu yang mencari cara alternatif untuk melabur wang mereka dengan peluang untuk memiliki saham dan melabur dalam karya seni ikonik daripada seniman pop legenda tersebut.

George Condo merupakan salah seorang seniman yang paling dicari-cari di pasaran, yang amat diinspirasi dan dipengaruhi oleh Pablo Picasso. Beliau menghasilkan figura dan komposisinya melalui keaslian dan kepintaran. Komposisi The Outcast yang menarik pada penglihatan ini memberikan peluang yang unik kepada para pelabur untuk memiliki saham dan melabur dalam sebuah hasil karya menarik daripada Condo.

Brett Gorvy, Ahli Lembaga Penasihat yang juga Ketua Kurator Mintus berkata:

"Hasil karya Andy Warhol dan George Condo merupakan antara seniman kontemporari yang paling diingini dan dicari-cari pada hari ini untuk dijadikan koleksi. Pasaran mereka bersifat sangat antarabangsa dan kedua-dua seniman tersebut sedang mengalami tahap popular yang baharu hasil daripada retrospektif muzium utama dan rekod harga yang dicapai semasa lelongan." 

Sebelum ini untuk mengakses seni ikonik bernilai tinggi kebanyakannya telah dihadkan kepada individu dan institusi terpilih. Mintus, melalui platform pelaburan dalam taliannya yang canggih, kini menjadikannya berdaya maju untuk semua para pelabur yang layak. 

Seni kontemporari telah menyaksikan pulangan tahunan sebanyak 14% sepanjang 25 tahun yang lalu berbanding 9.5% daripada S&P 500. Begitu juga dengan 411 buah hasil karya Andy Warhol yang muncul dalam lelongan sebanyak beberapa kali antara tahun 2003 hingga 2017 dan mencapai purata kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 14.2%.

Membolehkan pemilikan seni bersama melalui pegangan saham dalam sesebuah syarikat yang membelinya yang dikenali sebagai "pecahan", muncul ketika orang ramai semakin melabur dalam ekonomi bersama yang menjadi suatu trend yang akan membentuk pertumbuhan kewangan sepanjang dekad akan datang dan seterusnya. 

Nicky Clark, Pengarah Urusan Bahagian Seni Halus Mintus berkata:

"Pemilikan pecahan seni menjadikan industri ini terbuka dengan membolehkan para pelabur memiliki sebahagian daripada pasaran seni. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah menyaksikan para pelabur semakin mencari strategi pelaburan alternatif untuk menjana pulangan terlaras risiko. Kami teruja untuk memberikan cara baharu kepada mereka untuk mengakses suatu kumpulan aset yang didorong minat."

Nota kepada Editor  

Mana-mana seni yang dipilih oleh pakar dan ditawarkan untuk pemilikan bersama oleh Mintus adalah tertakluk kepada pengesahan dan penilaian bebas. Karya seni akan disimpan di kemudahan penyimpanan seni pakar yang selamat. Para pelabur yang layak merangkumi pelabur bernilai bersih tinggi yang diperakui dan pelabur canggih yang diperakui sendiri. Para pelabur boleh memperakui sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran.

Mintus akan menguruskan pelaburan seni secara aktif sehingga ia akhirnya dijual untuk membolehkan para pelabur keluar daripada pelaburan tersebut.

Mintus mempunyai individu berpengalaman dalam pengurusan pelaburan, teknologi dan perniagaan seni di seluruh pasukan pengurusan, Kepemimpinan Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Lembaga Penasihat:

  • Maarten Slendebroek, Pengerusi merangkap Ahli Lembaga Pengarah Mintus. Beliau merupakan Pengerusi semasa Robeco iaitu pengurus ESG yang terkemuka di Eropah. Sebelum memegang jawatan ini, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Jupiter Fund Management dari tahun 2014 hingga 2019. 

  • Tamer Ozmen, Pengasas merangkap Ketua Eksekutif Mintus. Terdahulu, beliau merupakan seorang eksekutif kanan di Microsoft yang menguruskan perkhidmatannya di UK dan sebelum itu telah bertugas dalam pasukan yang memula, melancar dan mengapungkan Priceline.com (kini Bookings Holding Inc).  

  • Nicky Clark, Pengarah Urusan Bahagian Seni Halus Mintus. Beliau sebelum ini merupakan Pengarah Perniagaan Jabatan Seni Kontemporari Sotheby's di New York. Beliau telah mengendalikan pelbagai lelongan yang merangkumi jualan pada tahun 2019 bernilai $50 juta bagi Study for a Head, hasil karya Francis Bacon dan Untitled, hasil karya Mark Rothko. 

  • Brett Gorvy, Ahli Lembaga Penasihat merangkap Ketua Kurator Mintus. Brett ialah seorang Rakan Kongsi Pengurusan di LGDR, salah sebuah galeri seni kontemporari dan kolaborasi kreatif yang terkemuka di dunia serta beliau juga terdahulu merupakan perintis awal ledakan seni kontemporari sebagai Pengerusi dan Ketua Antarabangsa Seni Kontemporari dan Pasca Perang di Christie's. 

Ahli Lembaga Pengarah juga termasuk: Chris Kaladeen, Ketua insurans dan perniagaan perbankan pengurusan pelaburan Rothschild & Co; dan Daglar Cizmeci yang merupakan Pengerusi Eksekutif sebuah syarikat realiti terimbuh dan metaverse. Ahli Lembaga Penasihat juga termasuk Tad Smith, mantan  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sotheby's serta mantan Ketua Pegawai Eksekutif Madison Square Garden.

Butiran lengkap tentang pelaburan dan risiko disertakan dalam dokumen pelaburan yang tersedia untuk semua pelabur yang layak yang berjaya melengkapkan proses pendaftaran dengan Mintus. Para pelabur perlu memberi perhatian kepada risiko utama berikut:

  • Kecairan. Saham yang dipegang oleh para pelabur tidak didagangkan di bursa pelaburan yang diiktiraf. Pelaburan adalah berjangka panjang. Mintus mungkin membenarkan transaksi peringkat kedua saham melalui laman webnya pada masa hadapan.

  • Risiko Kerugian. Semua pelaburan dalam saham yang melibatkan tahap risiko yang tinggi dan pampasan untuk kerugian pelaburan tidak disediakan.

  • Kekurangan Kepelbagaian. Saham yang dipegang oleh para pelabur mewakili kepentingan dalam karya seni khusus yang telah dikenal pasti terlebih dahulu dan prestasi pasaran seni yang lalu, hasil karya seniman tertentu atau karya seni tertentu bukanlah petunjuk yang boleh dipercayai tentang prestasi masa depannya.

Mintus Trading Limited adalah Terhad dan diberi kuasa serta dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Perlakuan Kewangan di bawah nombor rujukan firma iaitu 942522.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1797557/Mintus_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1797559/Mintus_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1797560/Mintus_3.jpg?p=medium600

 

Mintus: The Outcast, George Condo, 2018, iconic portraiture with the imposing scale of his most desirable works.
Mintus: The Outcast, George Condo, 2018, iconic portraiture with the imposing scale of his most desirable works.

 

Andy Warhol's 1966 Self-Portrait and George Condo's 2018 The Outcast. New online art investment platform, Mintus, offers the chance to buy shares and invest in iconic and contemporary high-value art.
Andy Warhol's 1966 Self-Portrait and George Condo's 2018 The Outcast. New online art investment platform, Mintus, offers the chance to buy shares and invest in iconic and contemporary high-value art.

 

 

Source: Mintus
Keywords: Art Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment New products/services Financial Technology