omniture

Budweiser Melancarkan The Energy Collective untuk Membantu Menguasakan Dunia dengan Elektrik Boleh Diperbaharui

Budweiser
2022-04-21 20:02 29

Syarikat Bir yang Terkemuka di Dunia Membantu Menyediakan Elektrik Boleh Diperbaharui untuk Menguasakan Bar, Stadium dan Tempat-tempat di Seluruh Dunia 

LEUVEN, Belgium, 21 April 2022 /PRNewswire/ -- Budweiser, sebuah jenama global AB InBev, hari ini mengumumkan pelancaran global bagi The Energy Collective untuk membantu membekalkan elektrik boleh diperbaharui kepada bar, pusat muzik dan stadium di seluruh dunia. Pelancaran ini menyusuli dan menyumbang kepada hasrat syarikat induk Budweiser iaitu AB InBev, yang diumumkan baru-baru ini untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih di seluruh rantaian nilainya menjelang tahun 2040.

Budweiser launches The Energy Collective to help power the world with renewable electricity
Budweiser launches The Energy Collective to help power the world with renewable electricity

Setakat ini, pengeluar Budweiser telah menukar lebih 2,000 buah pub tempatan di Brazil dan Ireland kepada elektrik boleh baharu. Di Brazil, elektrik boleh baharu dibekalkan oleh Lemon Energy kepada pemilik perniagaan yang telah mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak lebih 291 tan setiap tahun. Matlamat The Energy Collective bagi Brazil ialah untuk mempunyai 250,000 buah lokasi yang ditukar kepada elektrik boleh diperbaharui menjelang tahun 2025 yang dianggarkan akan menjimatkan 36,375 tan setara karbon dioksida (CO2e) setiap tahun yang bersamaan dengan penghapusan 7,991 buah kereta dari jalan raya. 

Pada tahun 2015, Budweiser mengambil langkah pertama ke arah masa depan yang lebih cerah dengan menetapkan matlamat untuk membuat setiap bir dengan 100% elektrik boleh diperbaharui menjelang tahun 2025. Setelah mencapai matlamat ini di kebanyakan pasaran, Budweiser melancarkan The Energy Collective untuk membantu menyambungkan bar, pusat muzik dan stadium di seluruh dunia kepada sumber tenaga boleh diperbaharui. Jangkauan dan sumber Budweiser yang digabungkan dengan hasratnya untuk memberi kesan positif kepada planet ini telah membawa kepada keputusan untuk membuat semua bir dengan elektrik boleh diperbaharui yang disusuli dengan pelancaran The Energy Collective ini. 

"Para pengguna inginkan dunia yang lebih baik dengan perkara yang mereka gemari yang lestari. The Energy Collective membantu menguasakan perkara yang digemari orang ramai dengan elektrik boleh diperbaharui, sambil membantu merapatkan jurang antara perkara yang diingini para pengguna dan perkara yang boleh dilakukan oleh syarikat," kata Todd Allen, Naib Presiden Pemasaran Global Budweiser. "Kami baru sahaja bermula. Impian kami yang besar ialah setiap bar, tempat dan stadium di dunia yang menghidangkan Budweiser akan dikuasakan oleh elektrik boleh diperbaharui." 

Budweiser menyokong hasrat AB InBev untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih di seluruh rantaian nilainya menjelang tahun 2040. Sebagai sebahagian daripada matlamat ini, The Energy Collective akan membantu membolehkan pemilik pub mengurangkan pelepasan karbon dengan menukar kepada 100% elektrik boleh diperbaharui dan memudahkan tenaga elektrik boleh diperbaharui kepada mereka yang mungkin tidak mempunyai akses pada kadar harga yang lebih berpatutan.

"Apabila Budweiser memutuskan untuk membuat bir dengan elektrik boleh diperbaharui, kami tahu terdapat begitu banyak lagi yang boleh kami lakukan dalam bidang tenaga boleh diperbaharui sebagai sebuah jenama global. Pelancaran The Energy Collective membolehkan kami membantu perniagaan di seluruh dunia memanfaatkan skala kami untuk membolehkan para pelanggan kami memperoleh kuasa yang lebih lestari pada kadar harga yang lebih berpatutan," ujar Ezgi Barcenas, Ketua Pegawai Kelestarian AB InBev.

Bil tenaga sering menjadi salah satu kos tertinggi untuk bar. Melalui kerjasama dengan penyedia tenaga tempatan, The Energy Collective boleh menawarkan penjimatan kos sambil menyediakan akses kepada infrastruktur tenaga boleh diperbaharui. The Energy Collective akan membantu memajukan misi Budweiser untuk menguasakan perkara yang digemari para pengguna dengan elektrik boleh diperbaharui.

"Dengan disambungkan kepada elektrik boleh diperbaharui melalui penyedia tempatan dan The Energy Collective, saya telah dapat mengurangkan kos elektrik bulanan saya sebanyak kira-kira 10 peratus," kata Will Morgan, Pengurus Besar Jerry Flannery's di Limerick, Ireland. "Ia juga menjadi pemula bicara dengan kebanyakan para pelanggan saya untuk membincangkan kepentingan elektrik boleh diperbaharui dan mewujudkan masa depan yang lebih cerah untuk kita semua."

The Energy Collective kini memudahkan sambungan kepada elektrik boleh diperbaharui di negara-negara terpilih termasuk Ireland dan Brazil serta akan melancarkan program sulung ini di Colombia pada tahun 2022. Budweiser sedang meneroka peluang di negara-negara tambahan yang merangkumi UK, Chile, Uruguay dan banyak lagi. 

Tentang Anheuser-Busch InBev dan Budweiser
Anheuser-Busch InBev ialah sebuah syarikat yang didagangkan secara awam (Euronext: ABI) yang berpangkalan di Leuven, Belgium dengan penyenaraian sekunder di Mexico (MEXBOL: ANB) dan Bursa Saham Afrika Selatan (JSE: ANH) serta dengan Resit Depositari Amerika pada Bursa Saham New York (NYSE: BUD). Sebagai sebuah syarikat, kami mempunyai impian yang besar untuk mewujudkan masa depan dengan lebih banyak kegembiraan. Kami sentiasa berusaha untuk mencari cara baharu memenuhi detik-detik kehidupan, memajukan industri kami dan memberi kesan yang bermakna kepada dunia. Kami komited untuk membina jenama yang hebat dan bertahan dalam jangka masa yang panjang serta membuat bir terbaik menggunakan bahan terbaik. Kepelbagaian portfolio kami merangkumi lebih 500 jenama bir termasuk jenama global Budweiser®, Corona® dan Stella Artois®; jenama pelbagai negara Beck's®, Hoegaarden®, Leffe® dan Michelob ULTRA®; dan jenama terkemuka tempatan seperti Aguila®, Antarctica®, Bud Light®, Brahma®, Cass®, Castle®, Castle Lite®, Cristal®, Harbin®, Jupiler®, Modelo Especial®, Quilmes®, Victoria®, Sedrin® dan Skol®. Tradisi pembuatan bir kami bermula sejak lebih 600 tahun dahulu merentasi benua dan generasi. Daripada asal-usul kami di Eropah iaitu kilang pembuatan bir Den Hoorn di Leuven, Belgium. Kepada kilang pembuatan bir rintis Anheuser & Co di St. Louis, A.S. Kepada pembinaan Castle Brewery di Afrika Selatan semasa gerakan pencarian emas besar-besaran di Johannesburg. Kepada Bohemia, kilang pembuatan bir pertama di Brazil. Dengan kepelbagaian geografi serta pendedahan yang seimbang kepada pasaran maju dan membangun, kami memanfaatkan kekuatan kolektif kira-kira 169,000 orang pekerja yang berpangkalan di hampir 50 buah negara di seluruh dunia. Untuk tahun 2021, AB InBev melaporkan pendapatan bernilai USD54.4 bilion (tidak termasuk usaha sama dan ahli bersekutu).

Budweiser ialah lager gaya Amerika yang sederhana, berperisa dan segar. Diperbuat daripada malt barli yang terbaik dengan campuran pelbagai hop premium, Budweiser merupakan ikon optimisme dan keraian yang dinikmati di lebih 60 buah negara di seluruh dunia serta komited untuk membuat setiap Budweiser dengan 100% tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2025.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1800341/Hero_Visual.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1800342/budglb_mark_logo_st_red_rgb__1_Logo.jpg?p=medium600

Source: Budweiser
Related Stocks:
EuronextBrussels:ABI Johannesburg:ANH Mexico:ANB NYSE:BUD
Keywords: Alternative Energies Beer, Wine & Spirits Beverages Electrical Utilities Environmental Products & Services Retail Utilities Corporate Social Responsibility MAT (Mature Audience)