omniture

ENTEK Mengumumkan Pengembangan Pengeluaran Pemisah Lapik Kaca Penyerap (AGM) ke India dan AS

ENTEK International, LLC
2022-04-21 20:15 29

LEBANON, Oregon, 21 April 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, ENTEK mengumumkan pelaburan strategik untuk mengembangkan jejak pembuatan bahan pemisah Lapik Kaca Penyerap (AGM) global syarikatnya ke Amerika Syarikat dan India bagi memenuhi permintaan penyelesaian penyimpanan tenaga yang merangkumi penyongsang, kegunaan perindustrian dan kenderaan elektrik (EV).  ENTEK terlibat secara aktif dalam pemilihan tapak di India dan AS untuk membangunkan kilang pengeluaran AGM yang bersepadu sepenuhnya termasuk kedua-dua pengeluaran gentian dan barisan kertas.  ENTEK akan menjadi pengeluar gentian kaca untuk AGM yang pertama di India yang akan memastikan kawalan kualiti, kos dan jaminan bekalan bagi memberikan cadangan nilai yang kukuh kepada para pelanggan.

"ENTEK komited untuk menghasilkan AGM berkualiti tinggi di India dan AS bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat terhadap produk ini dalam penyelesaian penyimpanan tenaga untuk dunia kita yang kian berubah.  Pasukan kami yang cemerlang di Jepun mempunyai sejarah yang panjang dan pengalaman yang luas dalam menghasilkan produk AGM berprestasi tinggi untuk beberapa pelanggan yang paling cerewet di dunia. Kepakaran teknikal tersebut serta kemampuan penghasilan peralatan kami, mempunyai ciri kecekapan yang penting untuk meningkatkan pengeluaran tempatan dengan jayanya bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat di India dan AS," kata Larry Keith, Ketua Pegawai Eksekutif ENTEK. 

ENTEK ialah satu-satunya pengeluar pemisah bateri di dunia yang menghasilkan ketiga-tiga teknologi pemisah utama (pemisah PE, AGM dan litium). Ia berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan portfolio produknya yang luas di seluruh dunia dalam bidang aplikasi penyimpanan tenaga, termasuk kedua-dua pembakaran dalaman dan kenderaan elektrik.

Permintaan pengguna yang semakin meningkat terhadap kenderaan berkuasa yang turut menyebabkan pertumbuhan dalam pengeluaran EV, peraturan pelepasan yang lebih ketat, ciri-ciri keselesaan dan kemudahan serta keperluan keselamatan mendorong evolusi bateri limpahan standard ke arah jenis bateri yang canggih seperti EFB dan AGM.  Selain pengangkutan, terdapat pertumbuhan yang pesat dalam permintaan terhadap bateri perindustrian, telekomunikasi dan penyongsang di India yang memerlukan AGM.  Peluang pertumbuhan bateri canggih yang amat besar dalam industri automotif serta peluang pasaran AGM yang signifikan untuk bateri perindustrian dan telekomunikasi di seluruh dunia, memberikan peluang pertumbuhan jangka panjang kepada ENTEK yang boleh ditingkatkan.

Tentang ENTEK 

Selama lebih 35 tahun, ENTEK merupakan inovator dan pereka yang terkemuka di seluruh dunia serta pengeluar pemisah bateri polietilena mikro liang yang sangat dipercayai untuk bateri asid plumbum dan ion litium. Pemisah ENTEK digunakan di dalam SLI, kereta golf dan pelbagai penggunaan peringkat perindustrian serta mempunyai permintaan yang tinggi oleh produk yang memerlukan sistem tenaga atau voltan yang tinggi seperti bateri sekunder dalam peranti mudah alih dan bateri utama dalam sistem yang penting. Dengan pengalamannya dalam peralatan pengeluaran pemisah bateri selama beberapa dekad, bahagian peralatan bersepadu menegak ENTEK meletakkannya pada kedudukan yang unik dalam memastikan ketangkasan dan kemahiran bagi menghasilkan peralatan yang digunakan dalam rangkaian pemisah bateri ENTEK. ENTEK beribu pejabat di Lebanon, Oregon, Amerika Syarikat dengan kemudahan di United Kingdom, Jepun, China dan Indonesia. Produk syarikat ini dijual melalui pejabat jualan dan pengedarnya di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.entek.com. 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1800849/ENTEK_H2_CMYK_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: ENTEK International, LLC
Keywords: Auto Chemical Electrical Utilities Oil/Energy Transportation Utilities Corporate Expansion