omniture

Pendapatan LTI untuk Tahun Kewangan 2022 berjumlah USD2.1 bilion, pertumbuhan pada kadar 25.9% Pendapatan dalam USD bagi Suku Keempat Tahun Kewangan 2022 meningkat pada kadar 27.5% Tahun ke Tahun

LTI
2022-04-21 21:12 45

MUMBAI, India, 21 April 2022 /PRNewswire/ -- Larsen & Toubro Infotech (kod BSE: 540005) (NSE: LTI), sebuah syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global, mengumumkan keputusan bagi Suku Tahunan Keempat Tahun Kewangan 2022 (S4 TK22) dan Tahun Kewangan penuh 2022 (TK22) hari ini.

S4 TK22 

Dalam Dolar AS: 

  • Pendapatan berjumlah USD570.4 juta; pertumbuhan pada kadar 3.1% suku tahunan ke suku tahunan dan27.5% tahun ke tahun
  • Pertumbuhan Pendapatan Mata Wang Malar pada kadar 3.6% suku tahunan ke suku tahunan dan29.0% tahun ke tahun

Dalam Rupee India: 

  • Pendapatan berjumlah INR43,016 juta; pertumbuhan pada kadar 4.0% suku tahunan ke suku tahunan dan 31.6% tahun ke tahun
  • Pendapatan Bersih berjumlah INR6,375 juta; kadar pertumbuhan sebanyak4.1% suku tahunan ke suku tahunan dan16.8% tahun ke tahun

TK 22 penuh 

Dalam Dolar AS: 

  • Pendapatan berjumlah USD2,102.5 juta; kadar pertumbuhan sebanyak 25.9% tahun ke tahun
  • Pertumbuhan Pendapatan Mata Wang Malar pada kadar 25.8% tahun ke tahun

Dalam Rupee India: 

  • Pendapatan berjumlah INR156,687 juta; pertumbuhan pada kadar 26.7% tahun ke tahun
  • Pendapatan Bersih berjumlah INR22,985 juta; pertumbuhan Pendapatan Bersih pada kadar 18.6% tahun ke tahun

Pulangan Modal 

  • Dividen Akhir bernilai INR30 sesaham; Nisbah bayar balik dividen pada kadar 41.9% untuk tahun tersebut
  • Pulangan Ekuiti pada kadar 28.5% untuk tahun tersebut

"Kami gembira kerana dapat mencapai hasil yang disasarkan sebanyak USD2 bilion dengan pertumbuhan yang mencatat rekod pada kadar 26% untuk TK22, pertumbuhan paling tinggi sejak disenaraikan. Pertumbuhan kami telah diperluas ke seluruh rangkaian menegak, barisan perkhidmatan, kumpulan pelanggan dan lokasi geografi. Tahun ini menyaksikan pengenalan pelanggan baharu yang tertinggi dengan pertambahan jumlah bersih kakitangan.

Pada S4 TK22, kami telah berjaya menandatangani 4 urus niaga besar dengan jumlah nilai kontrak baharu bersih melebihi USD80 juta. Aliran urus niaga kami terus mantap dan kami juga yakin dapat mengekalkan pertumbuhan untuk menerajui industri pada tahun-tahun akan datang."

- Sanjay Jalona, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan 

Urus Niaga yang Diperoleh Baru-baru Ini 

-  Dipilih oleh syarikat perkhidmatan kewangan Global Fortune 500 untuk projek perkhidmatan terurus hujung ke hujung yang melibatkan transformasi, tadbir urus dan sokongan bagi perisian tengah dan data sebagai sebahagian daripada fungsi teknologi global mereka

-  Sebuah syarikat korporat Global Fortune 500, yang merupakan penyedia terkemuka bagi penilaian, penanda aras, analitik dan data kewangan, telah memilih LTI sebagai rakan kongsi utamanya untuk projek yang melibatkan data dan perkhidmatan digital bagi menyepadukan platform data dengan pengambilalihannya baru-baru ini

-  Dipilih oleh sebuah syarikat barangan pengguna Global Fortune 500 sebagai rakan kongsi strategik mereka untuk kerja-kerja data dan analitik yang akan mengubah dan memperoleh cerapan di seluruh fungsi perniagaan paling penting bagi syarikat yang merangkumi pembuatan, rantaian bekalan, pemasaran dan pewujudan hab metadata

-  Dilantik oleh sebuah badan kerajaan yang penting dalam bidang penjagaan kesihatan awam untuk membangunkan infrastruktur ekosistem dan teknologi yang menyediakan, menyimpan dan menambah baik akses kepada data awam yang berkaitan dan menyokong program insurans kesihatan awam

-  Dipilih oleh sebuah syarikat logam dan perlombongan yang besar untuk projek perkhidmatan terurus ERP yang melibatkan modul perniagaan utama seperti pengurusan pengangkutan, teknologi, penglibatan pelanggan dan pembekal di seluruh entiti undang-undang serta lebih 40 unit operasinya

-  Dipilih oleh sebuah syarikat penyedia insurans hartanah dan kecederaan yang berpangkalan di Amerika Utara untuk menyepadukan sistem teras dan data kewangannya yang melibatkan pelbagai barisan perniagaan dalam pelbagai anak syarikat, menjadi satu gudang data perusahaan berpusat

-  Sebuah syarikat penyedia penjagaan kesihatan yang terkemuka di Timur Tengah telah memilih LTI, melalui perkongsian strategiknya dengan pemimpin serantau, untuk menyokong pusat operasi rangkaian dan keselamatannya

-  Sebuah bank besar telah memilih LTI untuk memperbaharui semula laman webnya bagi merangkum kesemua aspek pengalaman digital, pengehosan dalam awan dan penyelenggaraan

-  Sebuah syarikat perkhidmatan kewangan global di Eropah telah memilih LTI untuk menyumber luar meja perkhidmatan pelanggan dan membina ruang kerja digital untuk para pekerjanya

-  Dipilih oleh sebuah syarikat korporat Global Fortune 500 untuk membekalkan perkhidmatan dan produk infrastruktur IT bagi menaik taraf platform ERP S/4HANA SAP-nya

-  Dipilih oleh sebuah firma perkhidmatan keselamatan global untuk menubuhkan sebuah pusat arahan digital bagi memantau Infrastruktur dan rangkaian serta memastikan gangguan yang minimum

-  Dipilih oleh sebuah syarikat utiliti di Amerika Utara untuk mengurus sistem operasi dan aplikasi terasnya bagi memastikan pelarasan SLA dan pematuhan terhadap KPI perniagaan, pengurangan kos dan kecekapan operasi

Anugerah dan Pengiktirafan 

-  LTI Diiktiraf sebagai Peneraju Kesemua Enam Kuadran dalam Laporan Rakan Ekosistem AWS Provider Lens™ ISG, AS 2021

-  LTI Diiktiraf sebagai Peneraju dan Berprestasi Bintang dalam Penilaian Duck Creek IT Services PEAK Matrix® 2022 Everest Group

-  LTI menduduki senarai 10 ITS Terbaik bagi Penyedia Perkhidmatan IT PEAK Matrix® 2022 Everest Group

-  LTI Menduduki Tempat Pertama dalam senarai Pencabar ITS Terbaik bagi Penyedia Perkhidmatan IT PEAK Matrix® 2022 Everest Group

-  Fosfor Optic LTI diiktiraf dalam laporan Forrester Now Tech: Fabrik Data Perusahaan bagi suku tahunan pertama 2022

-  Fosfor Refract LTI diiktiraf dalam laporan Forrester Now Tech: Platform AI/ML, bagi suku tahunan pertama 2022

Sorotan Perniagaan Lain

-  Ahli Lembaga Pengarah, dalam mesyuarat yang diadakan pada 19 April 2022, telah mencadangkan dividen akhir sebanyak INR30 bagi setiap saham ekuiti (Nilai Muka INR1) untuk tahun kewangan 2021 hingga 2022. Jumlah dividen untuk TK22 ialah INR55 sesaham ekuiti, termasuk dividen interim sebanyak INR15 dan dividen khas sebanyak INR10 bagi setiap saham ekuiti yang masing-masing diisytiharkan pada bulan Oktober 2021 dan bulan Julai 2021

-  LTI telah menduduki tempat ke-22 antara 25 jenama perkhidmatan IT paling berharga dalam penilaian Brand Finance IT Services 25, 2022

-   Ketua Pegawai Eksekutif LTI, Sanjay Jalona dipilih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik pada tahun 2022 bagi kategori IT/ITES oleh Business Today

-  LTI menerima penghargaan Emas daripada EcoVadis untuk amalan ESG termasuk alam sekitar, buruh dan hak asasi manusia, etika dan perolehan lestari

-  Optic by Fosfor Dinobatkan sebagai "Penyelesaian Katalog Data Terbaik Tahun Ini" dalam Data Breakthrough Awards tahun 2022

LTI Memperluas Operasinya di Amerika Syarikat dengan Pusat Penglibatan Baharu di Hartford, Connecticut

Tentang LTI 

LTI (NSE: LTI) ialah sebuah Syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global yang membantu lebih 485 pelanggan berjaya dalam dunia yang kian menumpu. Dengan operasi di 33 buah negara, kami berusaha keras untuk para pelanggan kami dan mempercepat transformasi digital mereka dengan platform Mosaic LTI yang mendayakan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, IoT dan awan mereka. Ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai anak syarikat Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberi kami kepakaran dunia nyata yang tiada tandingan untuk menyelesaikan cabaran perniagaan yang paling kompleks meliputi semua industri. Setiap hari, pasukan kami yang terdiri daripada lebih 45,000 warga LTI membolehkan para pelanggan kami meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi serta memberikan nilai kepada pelanggan, pekerja dan para pemegang saham mereka. Dapatkan maklumat lanjut di http://www.Lntinfotech.com atau ikuti kami di @LTI_Global.

Panggilan Persidangan Perolehan dan Siaran Web Audio

19 April 2022 (08:00 malam IST) 

Sila dail nombor di bawah sekurang-kurangnya selama 5-10 minit sebelum jadual persidangan untuk memastikan anda dihubungkan dengan panggilan anda tepat pada masanya.

Nombor Akses Universal 

+91 22 6280 1107

+91 22 7115 8008

 

Talian Tol Antarabangsa 

AS  :  13233868721

UK  : 442034785524

Singapura  :  6531575746

Hong Kong  :  85230186877

Ulang Siar Panggilan Persidangan

Tersedia 1 jam selepas persidangan berakhir hingga 26 April 2022

Kod Main Semula: 52245

Nombor untuk Didail : India  +91 22 7194 5757
                                                                +91 22 6663 5757

                           Bebas Tol AS                      18332898317

                           Bebas Tol UK                          8007563427

                           Bebas Tol Singapura              8001012510

                           Bebas Tol Hong Kong               800965553

Siaran Web Audio 

Audio daripada panggilan persidangan akan tersedia secara dalam talian melalui siaran web dan boleh diakses pada pautan berikut: https://links.ccwebcast.com/?EventId=LTI20220419 

Klik di sini untuk mendapatkan DiamondPass™ anda 

DiamondPass™ ialah perkhidmatan Premium yang membolehkan anda dihubungkan ke panggilan persidangan tanpa perlu menunggu operator.

Jika anda mempunyai DiamondPass™, klik pautan di atas untuk mengaitkan pin anda dan menerima butiran akses untuk persidangan ini. Jika anda tidak mempunyai DiamondPass™, sila daftar melalui pautan di atas dan anda akan menerima DiamondPass™ anda untuk persidangan ini.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1044154/LTI_Logo.jpg?p=medium600

Source: LTI
Related Stocks:
Bombay:540005 Bombay:LTI.BO India:LTI India:LTI.NS
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Earnings Data Analytics