omniture

Turki Al-Sheikh menyampaikan kepada para pemenang pertandingan antarabangsa Scent of Speech "Otr Elkalam" dengan anugerah berharga

Syaq Co.
2022-04-21 22:40 41

- Mendedahkan bahawa satu lagi edisi akan dianjurkan pada tahun hadapan

RIYADH, Arab Saudi, 21 April 2022 /PRNewswire/ -- Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Hiburan Am, Encik Turki Al-Sheikh, memberikan penghargaan kepada para pemenang pertandingan antarabangsa Scent of Speech (Otr Elkalam) bagi kategori bacaan Al-Quran dan laungan azan serta menyampaikan kepada mereka hadiah berharga yang diperuntukkan kepada suara-suara yang paling lunak dalam bacaan Al-Quran dan laungan azan. Jumlah keseluruhan hadiahnya ialah SAR12 juta ($3.2 juta).

 

The Moroccan contestant, Younes Gharbi, won the first prize with a value of $1.33 million, while the British, Mohamed Ayoub, won $533,000.
The Moroccan contestant, Younes Gharbi, won the first prize with a value of $1.33 million, while the British, Mohamed Ayoub, won $533,000.

 

Dalam episod terakhir Scent of Speech (Otr Elkalam) yang menyaksikan kepelbagaian etnik para peserta, peserta dari Maghribi, Younes Mustafa Gharbi memenangi tempat pertama dalam kategori bacaan Al-Quran, dengan hadiah wang tunai berjumlah SAR5 juta ($1,333,300), manakala peserta dari British, Mohammed Ayoub Asif menerima wang tunai SAR2 juta ($530,500) setelah memenangi tempat kedua. Peserta dari Bahrain, Mohammad Mujahid memenangi wang tunai SAR1 juta ($266,600) setelah menduduki tempat ketiga. Peserta Iran, Seyed Jassem Mousavi memenangi tempat keempat dan menerima wang tunai SAR500,000 ($133,300).

Dalam kategori laungan azan, dua orang peserta Turki, Muhsin Kara dan Albijan Celik menduduki tempat pertama dan kedua. Kara memenangi tempat pertama dan menerima wang tunai berjumlah SAR2 juta ($533,200), manakala Celik memenangi tempat kedua dan menerima wang tunai berjumlah SAR1 juta ($266,600). Tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari Arab Saudi, Abdul Rahman bin Adel, yang menerima wang tunai SAR500,000 ($133,300), manakala seorang lain peserta dari Arab Saudi, Anas Al-Rahili, memenangi tempat keempat dan menerima wang tunai SAR250,000 (66,650).

Semasa majlis anugerah tersebut, Al-Sheikh mengumumkan kesinambungan pertandingan itu pada tahun hadapan, dengan bilangan peserta yang berbeza dari negara-negara yang berbeza di seluruh dunia, yang memperlihatkan pertandingan semasa tersebut telah dihadiri oleh para peserta yang berbakat dalam membaca Al-Quran dan melaungkan azan.

Ini merupakan salah satu pertandingan terpenting yang telah dilancarkan oleh Pihak Berkuasa Hiburan Am semasa bulan Ramadan, yang turut dikongsi dalam saluran YouTube pertandingan itu https://www.youtube.com/c/OtrElkalam/videos dengan kandungannya yang sesuai dengan tema kerohanian bagi bulan tersebut, serta piawaian dan peruntukan ke atasnya yang meningkatkan daya saing, melalui peringkat dan klasifikasi yang menyaksikan prosedur kelayakan dilakukan untuk memastikan bakat terbaik berkelayakan sahaja yang memasuki peringkat akhir.

Pertandingan yang mengujakan itu menerima sokongan para qari dan muazin dari seluruh dunia, oleh kerana ia merupakan salah satu pertandingan yang paling mencabar dan terbesar di dunia, terutamanya kerana ia menjadi tuan rumah kepada kumpulan juri yang paling terkenal dalam pertandingan al-Quran antarabangsa.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1801120/Syaq_Co1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1801121/Syaq_Co2.jpg?p=medium600

 

A second edition of the Scent of Speech "Otr Elkaalm" competition will be launched next year.
A second edition of the Scent of Speech "Otr Elkaalm" competition will be launched next year.

 

Source: Syaq Co.
Keywords: Entertainment Awards Religion