omniture

Minggu Air Antarabangsa Singapura: SUEZ lancar AssetAdvanced, platform sokongan-keputusan untuk bawakan perancangan pintar & mampan untuk pelaburan infrastruktur air & sanitasi

SUEZ
2022-04-22 10:11 110

SINGAPURA, 22 April 2022 /PRNewswire/ -- Sempena meraikan Minggu Air Antarabangsa Singapura (Singapore International Water Week), SUEZ akan mempamerkan inovasi penyelesaian Advanced™ terkininya: AssetAdvanced™. Dengan menggunakan platform sokongan-keputusan ini, pengurus perkhidmatan air dan sanitasi bukan sahaja dapat meluaskan pengetahuan mereka tentang aset semasa, tetapi juga dapat mengurangkan risiko dan kos lebihan daripada kegagalan infrastruktur selain membuat keputusan bermaklumat mengenai pelaburan akan datang. AssetAdvanced™ serasi dengan semua jenis perkhidmatan bandar. Perkhidmatan ini termasuk pencahayaan awam, isyarat cahaya, pembangunan bandar serta rangkaian pemanasan dan penyejukan bandar.

Steve Clark, CEO of SUEZ Asia, unveil the launch of the AssetAdvanced™ solution during the Singapore Water International Week
Steve Clark, CEO of SUEZ Asia, unveil the launch of the AssetAdvanced™ solution during the Singapore Water International Week

Komponen utama dalam proses membuat keputusan ini, penyelenggaraan dan penggantian aset dalam komuniti tempatan seringkali mewakili sebanyak satu pertiga daripada pelaburan. Pelaburan yang dijangkakan* mungkin boleh dikurangkan sebanyak 30% berdasarkan pandangan yang diberikan oleh penyelesaian perancangan AssetAdvanced™.  

Proses Asset Advanced™

  1. Asset Advanced™ mengumpul data aset yang tersedia (sensor, pemeriksaan, data operasi daripada sistem maklumat geografi (GIS) dan sebagainya) ke dalam platform analisis, simulasi dan visualisasi tunggal.
  2. Kemudian, Asset Advanced™ melaksanakan penyelesaian berbilang tujuan dan berbilang kriteria untuk membangunkan senario yang mengkaji semula keadaan aset semasa dan masa depan, yang seterusnya mengenal pasti risiko kegagalan dan impak berpotensi ke atas perkhidmatan.
  3. Berdasarkan kepada interpretasi data, AssetAdvanced™ kemudiannya mengesyorkan rancangan pemeriksaan dan penggantian yang digunakan semula untuk memenuhi keutamaan yang relevan. Oleh yang demikian, penyelesaian ini menyasarkan untuk menjadikan aset bertahan lebih lama (rangkaian dan loji), selain mengurangkan impak terhadap alam sekitar dan menjamin kesinambungan dan kualiti perkhidmatan untuk pengguna.

Charles Chami, Naib Presiden Kanan, Rangkaian Perniagaan Penyelesaian Pintar & Alam Sekitar SUEZ: "Kini, lebih daripada sebelum ini, pelaksanaan pengurusan aset yang berkesan merupakan isu asas untuk komuniti tempatan berlatarbelakangkan infrastruktur yang semakin lama dan peningkatan tekanan ke atas sumber air. Bagi menangani cabaran ini, kami dengan sukacitanya melancarkan tawaran serba baharu kami – AssetAdvanced™. AssetAdvanced™ ialah produk daripada kepakaran sekian lama Kumpulan kami dalam rangkaian air dan pengurusan loji yang kami manfaatkan dan integrasikan dengan pengetahuan kami dalam pemprosesan data dan penyelesaian digital. Tawaran AssetAdvanced™ akan memperkukuh rangkaian penyelesaian pintar kami yang dirancang untuk meningkatkan prestasi alam sekitar serantau."

SUEZ announces the launch of AssetAdvanced™
SUEZ announces the launch of AssetAdvanced™

Ketahui lebih lanjut di: www.suez.com/en/asset-advanced

*data daripada kajian yang dijalankan dalam tahun 2019-2020 berbanding kaedah perancangan manual

Latar Belakang SUEZ:

SUEZ ialah pengusaha utama bagi perkhidmatan alam sekitar. Selama hampir 160 tahun, SUEZ telah menyokong komuniti tempatan dan syarikat industri dalam pengurusan perkhidmatan penting seperti air, sisa dan kualiti air. Justeru itu, SUEZ menghasilkan air minuman untuk 66 juta orang di serata dunia, memulihkan 2 juta tan bahan mentah sekunder setiap tahun dan menjana 3.1 TWj tenaga boleh diperbaharui daripada sisa. Dalam pengurusan berterusan kami terhadap cabaran peralihan ekologi dan perubahan iklim, SUEZ bergantung kepada kepakaran dan komitmen 35,000 pekerjanya (terutamanya di Perancis, Itali, Eropah Tengah, Afrika, Asia dan Australia) bagi menawarkan penyelesaian alam sekitar yang bernilai tambah tinggi dan disesuaikan kepada semua pelanggannya. Kepakaran SUEZ membolehkan umpamanya, pelanggannya untuk mengelakkan emisi 4.2 juta tan CO2, seterusnya meningkatkan jejak karbon mereka dan impaknya ke atas iklim. Dengan nilai pusing ganti mencecah lebih 7,5 bilion euro pada tahun 2021 dan disokong oleh kepakaran dan kapasitinya untuk berinovasi, SUEZ memiliki prospek pertumbuhan yang mantap. SUEZ bergantung kepada konsortium pelabur yang mantap yang terdiri daripada Meridiam dan GIP – dengan 40% kepentingan setiap satu - dan Caisse des Dépôts et Consignations Group dengan 20% kepentingan dalam modal, termasuk 8% dipegang oleh CNP Assurances bagi meneruskan rancangan pembangunan strategiknya di Perancis dan di peringkat antarabangsa.

1. SUEZ mengumumkan pelancaran AssetAdvanced™

2. Steve Clark, Ketua Pegawai Eksekutif SUEZ Asia, mengumumkan pelancaran penyelesaian AssetAdvanced™ semasa Minggu Antarabangsa Air Singapura

Source: SUEZ
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Utilities Water Utilities New products/services