omniture

Waranti global 5-tahun Hikvision baharu untuk produk berorientasikan projek premium

Hikvision Digital Technology
2022-04-22 11:26 242

HANGZHOU, China, 22 April 2022 /PRNewswire/ -- Hikvision, penyedia penyelesaian IoT dengan video sebagai kecekapan terasnya, melanjutkan waranti globalnya ke atas produk-produk projek premium kepada 5 tahun. Waranti 5 tahun yang baharu ini akan memberi sokongan selanjutnya bagi pelanggan Hikvision dengan penyelenggaraan projek yang mudah dan kecekapan kos yang dipertingkat.

Lebih terjamin dengan waranti 5 tahun untuk produk projek premium Hikvision
Lebih terjamin dengan waranti 5 tahun untuk produk projek premium Hikvision

Rangkaian luas barisan produk Hikvision dilindungi oleh waranti 5 tahun yang baharu ini termasuk kamera rangkaian Hikvision Panoramic, kamera DeepinView dan Ultra Series, NVR DeepinMind dan Ultra Series; beberapa kamera kalis letupan dan anti-kakisan. Senarai penuh produk yang dilindungi oleh waranti ini disediakan di sini.

Waranti yang baru dilanjutkan ini akan terpakai secara automatik untuk semua pesanan projek premium yang dihantar daripada Hikvision kepada pembeli asal mulai 1 Januari 2022. Ia juga akan terpakai di kesemua negara seluruh dunia.

Kepercayaan untuk tempoh jangka panjang 

Waranti 5 tahun yang baharu ini memberi lebih ketenangan minda dan jaminan kawalan kos untuk pelanggan Hikvision, seterusnya meningkatkan lagi keyakinan terhadap produk dan jenama Hikvision.

Frank Zhang, Presiden Pusat Produk dan Penyelesaian Antarabangsa Hikvision berkata: "Kami komited untuk menyampaikan kualiti produk dan perkhidmatan terunggul kepada pelanggan kami dan waranti 5 tahun yang baharu ini menjadi buktinya. Waranti yang dilanjutkan ini memberi jaminan kualiti dan keandalan kepada pelanggan kami yang diterjemahkan kepada ketenangan fikiran, ketelusan kos serta perkongsian yang lebih kukuh dan lebih bertahan lama bersama Hikvision."

Ketahui lebih lanjut

Latar Belakang Hikvision 

Hikvision ialah penyedia penyelesaian IoT dengan video sebagai kecekapan terasnya. Menampilkan tenaga kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang luas dan berkemahiran tinggi, Hikvision mengeluarkan rangkaian lengkap produk dan penyelesaian komprehensif untuk pelbagai pasaran vertikal. Selain daripada industri keselamatan, Hikvision memperluas jangkauannya kepada teknologi rumah pintar, automasi industri dan industri elektronik automotif untuk mencapai visi jangka panjangnya. Produk Hikvision juga menyediakan kepintaran perniagaan yang berkuasa untuk pengguna akhir, yang dapat membolehkan operasi yang lebih cekap dan kejayaan komersial yang lebih besar. Komited dengan kualiti dan keselamatan terbaik produknya, Hikvision menggalakkan rakan kongsi untuk memanfaatkan banyak sumber keselamatan siber yang ditawarkan oleh Hikvision, termasuk Pusat Keselamatan Siber Hikvision. Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.

Source: Hikvision Digital Technology
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services