omniture

Terran Biosciences umum perjanjian pelesenan dengan Sanofi untuk dua buah aset saluran CNS peringkat akhir

Terran Biosciences, Inc.
2022-04-22 19:07 90
  • Terran akan memajukan pembangunan dua buah terapeutik CNS Fasa 3 Sanofi
  • Urus niaga ini merangkumi hak eksklusif di seluruh dunia untuk pembangunan dan pengkomersialan dalam semua bidang penggunaan

NEW YORK, 22 April 2022 /PRNewswire/ -- Terran Biosciences, Inc. ("Terran"), sebuah syarikat platform bioteknologi yang dikhususkan untuk pembangunan terapeutik transformasi untuk penyakit neurologi dan psikiatrik, telah memeterai perjanjian dengan Sanofi S.A. ("Sanofi") untuk hak eksklusif di seluruh dunia bagi membangun dan mengkomersialkan dua buah aset saluran CNS peringkat akhir.

Terapeutik ini telah menghasilkan 4 permohonan Ubat Percubaan Baharu (IND) dan lebih 104 buah kajian klinikal yang melibatkan lebih 15,000 subjek merentasi sejumlah petunjuk CNS.

Terran merancang untuk memajukan pembangunan aset ini dengan pantas untuk petunjuk neurologi dan psikiatrik, yang merangkumi beberapa penggunaan baharu pada bidang yang mempunyai banyak keperluan perubatan yang tidak dipenuhi. Urus niaga ini mewakili tahap utama seterusnya dalam pembangunan aset-aset yang berpotensi ini.

Perjanjian ini merangkumi bayaran pendahuluan serta pencapaian dan royalti berdasarkan kejayaan yang biasa. Terma kewangan khusus bagi perjanjian ini tidak didedahkan.

"Kami berterima kasih kepada pasukan Sanofi kerana mempercayai kami untuk meneruskan pembangunan terapeutik peringkat akhir ini yang kami percaya berpotensi untuk mengubah paradigma dalam bidang neuropsikiatri," ujar Dr. Sam Clark, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Terran.

Tentang Terran Biosciences, Inc.
Terran ialah sebuah syarikat platform bioteknologi yang membangunkan portfolio terapeutik dan teknologi untuk para pesakit yang menghidap penyakit neurologi dan psikiatrik. Terran yang dibiayai oleh beberapa pelabur sains hayat dan teknologi, telah membangunkan sebuah platform pembangunan ubat-ubatan didayakan teknologi yang berfokuskan CNS serta sedang memajukan sejumlah aset peringkat akhir yang merangkumi terapeutik berasaskan psikedelik baharu dengan pantas.

Hubungan Terran 

Perhubungan Pelabur:
ir@terranbiosciences.com

Media:
info@terranbiosciences.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1758607/terran_biosciences_Logo.jpg?p=medium600 

 

Source: Terran Biosciences, Inc.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mental Health Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements