omniture

Chevron telah melesenkan Platform Peloton berasaskan awan

Peloton
2022-04-22 20:03 171

Teknologi Peloton baharu untuk menyokong Chevron dalam automasi pengurusan data bagi mengoptimumkan visualisasi data operasi dan geometri telaga yang penting 

HOUSTON, 22 April 2022 /PRNewswire/ -- Peloton, peneraju global dalam penyelesaian perisian untuk industri penerokaan dan pengeluaran (E&P), hari ini mengumumkan bahawa Chevron iaitu syarikat minyak kedua terbesar di A.S., telah melesenkan penyelesaian Platform Peloton berasaskan awan milik Peloton untuk Pengurusan Data Telaga. Teknologi Peloton membolehkan Chevron melihat beberapa tapak telaganya di seluruh dunia dan menguruskan data operasi penting dalam satu penyelesaian, sekaligus menjimatkan masa serta mengurangkan kos dan risiko. Chevron turut melaksanakan Platform Peloton untuk semua operasinya di lebih 27 buah negara.

Dibangunkan melalui kerjasama dengan Microsoft Azure, Platform Peloton memberikan pengalaman pengguna akhir yang dipertingkatkan kepada syarikat-syarikat minyak dan gas di seluruh dunia yang membolehkan mereka melihat dan menguruskan data operasi penting di dalam tiga bidang penyelesaian yang disepadukan ke dalam sebuah platform yang dihoskan sepenuhnya. Skala ekonomi yang signifikan dicapai dengan menguruskan ketiga-tiga penyelesaian dalam satu Platform, bersama-sama dengan kebolehpanjangan menggunakan kedua-dua penyepaduan komersial di seluruh penyelesaian dan penyepaduan yang disesuaikan melalui Platform ETL dan Web API.

WellView Allez merupakan evolusi WellView pada Platform Peloton yang menggabungkan teknologi baharu dan peningkatan model data. Antara muka baharu yang inovatif dan intuitif ini menyediakan automasi, penyepaduan dan visualisasi pada masa nyata untuk analisis dan pengoptimuman data yang dipercayai. Para pelanggan kini boleh berkembang daripada menaip data mereka secara manual kepada mengimport maklumat tepat yang mereka perlukan secara cekap dan automatik, yang akhirnya membolehkan mereka bekerja dengan lebih pintar dan bukannya bekerja dengan lebih keras. Papan pemuka telaga tunggal memaparkan pelbagai laporan, skema dan jejak masa yang muncul bersebelahan antara satu sama lain, menjadikan WellView Allez sebuah alat paling berkuasa untuk menguruskan aliran kerja.

"Kami berasa seronok dapat bekerjasama dengan Chevron sejak lebih 15 tahun yang lalu dan visi transformasi digital ini merupakan bukti kerjasama antara kedua-dua syarikat kami. Kami rasa bersemangat kerana Chevron dapat menyaksikan nilai dalam Platform Peloton dan kami berharap untuk meneruskan kerjasama strategik kami dengan Chevron untuk tahun-tahun yang akan datang," kata Monty Meloche, Presiden merangkap Ketua Pegawai Operasi Peloton.

Lebih 600 pelanggan perindustrian tenaga di seluruh dunia bergantung pada teknologi Peloton untuk melengkapkan pihak berkepentingan mereka dengan alatan dan maklumat yang diperlukan untuk mengurus, memudahkan dan mengoptimumkan operasi mereka.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1163960/Peloton_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Peloton
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements