omniture

Syarat kesihatan yang mengelirukan menghalang para penumpang daripada menaiki penerbangan

GACA
2022-04-22 21:07 234

Sebuah tinjauan antarabangsa ke atas rakyat Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali dan negara-negara Teluk mendedahkan kekeliruan yang meluas tentang syarat kesihatan untuk perjalanan udara dan kebimbangan bahawa sektor penerbangan tidak bersedia untuk krisis kesihatan global yang lain

  • Ramai orang di setiap negara yang ditinjau mengatakan mereka memilih untuk tidak terbang pada tahun 2021 disebabkan syarat berkaitan Covid
  • 46% orang di AS, 61% orang di Itali, 65% orang di UK dan 68% orang di negara-negara Teluk memilih untuk tidak terbang pada tahun 2021 kerana syarat berkaitan kesihatan
  • Dan dalam satu tanda yang membimbangkan untuk pemulihan sektor ini, ia mendapati bahawa satu pertiga daripada warga Amerika (32%), 40% warga Itali, 40% warga UK dan hampir separuh (46%) daripada warga negara-negara Teluk mengatakan bahawa kekeliruan terhadap syarat kesihatan akan menghalang mereka daripada menaiki penerbangan pada tahun 2022.

RIYADH, 22 April 2022 /PRNewswire/ -- Pemulihan sektor penerbangan global daripada pandemik Covid-19 boleh terganggu disebabkan oleh syarat kesihatan yang mengelirukan dan kebimbangan bahawa sektor ini tidak bersedia untuk krisis kesihatan awam yang lain, berdasarkan satu tinjauan antarabangsa yang telah dibuat.

Confusing health requirements are stopping passengers from flying
Confusing health requirements are stopping passengers from flying

Tinjauan ini telah dijalankan oleh YouGov menjelang Forum Penerbangan Masa Depan, sebuah sidang kemuncak penerbangan global yang akan berlangsung di Riyadh pada 9 hingga 11 Mei. Ia dijalankan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali dan negara-negara Teluk – Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu. Walaupun hasil keputusannya berbeza daripada negara ke negara, kajian ini mendedahkan kekeliruan yang meluas terhadap berbagai-bagai syarat kesihatan sedia ada untuk perjalanan udara. Sekitar satu pertiga orang di setiap negara yang ditinjau mengatakan bahawa kekurangan kejelasan terhadap syarat kesihatan telah menghalang mereka daripada menaiki penerbangan pada tahun lalu dan akan terus menjadi penghalang kepada mereka daripada menaiki penerbangan pada tahun 2022.

"Terdapat keperluan yang jelas untuk setiap negara bekerjasama dalam menyelaraskan syarat kesihatan bagi para penumpang. Untuk sektor penerbangan global membuat pemulihan sepenuhnya dengan cepat, adalah penting untuk kami meningkatkan kejelasan tentang syarat semasa dan membina keyakinan terhadap keupayaan sektor ini untuk menangani krisis kesihatan awam pada masa akan datang," kata Tuan Yang Terutama Saleh bin Nasser Al-Jasser, Menteri Pengangkutan dan Logistik Arab Saudi.

Forum Penerbangan Masa Depan akan menghimpunkan para pemimpin daripada sektor awam dan perniagaan, Ketua Pegawai Eksekutif antarabangsa dan pengawal selia untuk membentuk evolusi perjalanan udara antarabangsa dan mendorong kemajuan penyelesaian dalam dunia pasca pandemik. Ia akan menampilkan lebih 120 orang penceramah, dengan lebih 2,000 tetamu dan perwakilan dari setiap benua dijangka akan hadir. Para perwakilan dijemput untuk menghadiri 40 sesi yang memberi tumpuan kepada tiga teras bertema utama: pengalaman penumpang, kelestarian dan pemulihan perniagaan pasca Covid.

Tuan Yang Terutama Abdulaziz Al-Duailej, presiden Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam (GACA) Arab Saudi berkata menjelang Forum itu, GACA sedang berunding dengan pihak berkepentingan untuk membangunkan sebuah dasar yang tidak akan menjadi lapuk terhadap krisis kesihatan masa hadapan.

"Covid-19 telah memberi kesan buruk kepada trafik udara dan perjalanan penumpang di seluruh dunia serta turut memberi kesan buruk kepada prospek pertumbuhan untuk sektor penerbangan global. Dengan trafik penumpang yang tidak dijangka akan kembali ke peringkat pra-2019 sehingga tahun 2024, kami perlu mencari cara untuk menyelaraskan protokol maklumat kesihatan, meningkatkan perkongsian maklumat dan ketelusan di antara negara-negara, melindungi kesihatan dan keselamatan para penumpang serta memulihkan keyakinan para penumpang – ini merupakan beberapa cabaran asas yang akan kami bincangkan di Forum Penerbangan Masa Depan ini," kata Tuan Yang Terutama Al-Duailej.

Tinjauan ini mendapati bahawa pandangan telah berbelah bahagi dari segi sama ada negara-negara ini telah bekerjasama untuk memudahkan perjalanan dilakukan semasa pandemik. Majoriti orang ramai di negara-negara Teluk (73%) dan Itali (59%) berpendapat bahawa mereka telah melakukan perkara tersebut, manakala kebanyakan orang di AS (56%) dan Britain (70%) mengatakan bahawa mereka tidak melakukannya.

Dari segi sama ada sektor penerbangan telah bersedia untuk krisis kesihatan awam yang lain, hanya sebahagian besar orang di negara-negara Teluk (64%) yakin bahawa ia telah bersedia, manakala responden di negara-negara lain yang ditinjau mempunyai pendapat yang berbelah bahagi. Lebih daripada satu pertiga warga UK serta satu perempat warga AS dan Itali berpendapat bahawa lapangan terbang dan syarikat penerbangan tidak bersedia untuk krisis kesihatan awam yang seterusnya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau ingin berhubung dengan pasukan media Forum Penerbangan Masa Depan, sila hubungi FAFmedia@consulum.com.

Tentang Forum Penerbangan Masa Depan:

Forum Penerbangan Masa Depan yang julung kali diadakan ini bertindak sebagai sebuah acara perangkaian utama dan untuk memeterai perjanjian yang menghubungkan para pemimpin penerbangan global bagi membentuk evolusi perjalanan udara antarabangsa, mendorong kemajuan dalam dunia pasca pandemik serta memastikan sektor ini berkembang maju pada tahun-tahun akan datang. Diadakan dari 9 hingga 11 Mei di Riyadh, ia menampilkan lebih 120 orang penceramah, dengan lebih 2,000 tetamu dan perwakilan dari setiap benua dijangka akan hadir. Para perwakilan akan menghadiri 40 sesi yang memberi tumpuan kepada tiga teras bertema utama: pengalaman penumpang, kelestarian dan pemulihan perniagaan pasca Covid.

Dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam (GACA) di bawah naungan Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman bin Abdulaziz, Forum ini akan mendorong kemunculan Arab Saudi sebagai hab penerbangan terkemuka di rantau ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.futureaviationforum.com/

Forum Penerbangan Masa Depan di media sosial:

Twitter - https://twitter.com/FAF_Saudi

LinkedIn - https://www.linkedin.com/company/futureaviationforum/

YouTube - https://www.youtube.com/channel/UCX16r5UYLzUoWeHJ4yw8QdQ

Photo: https://mma.prnasia.com/media2/1802116/Yougov_Infographic.jpg?p=medium600

Source: GACA
Keywords: Airlines/Aviation Health Care/Hospital Infectious Disease Control Passenger Aviation Travel Survey, Polls & Research