omniture

Semakan Suku Pertama Tahun 2022 GAC MOTOR

GAC MOTOR
2022-04-24 09:59 300

GUANGZHOU, China, 24 April 2022 /PRNewswire/ -- Ia merupakan satu permulaan yang mengagumkan bagi tahun 2022 untuk GAC MOTOR. Jenama ini terus mencatatkan peningkatan jumlah jualan dan memperkukuh kehadirannya di pelbagai negara serata dunia.

Data menunjukkan bahawa jumlah jualan keseluruhan GAC MOTOR bagi jualan runcit meningkat 86% berbanding tahun sebelumnya semasa suku pertama tahun 2022.

Digabungkan dengan pelaburan yang luas dalam kempen pemasaran tempatan dan pelancaran peringkat antarabangsa pelbagai model yang amat berpengaruh, pembuat kereta Cina ini mewujudkan pelan tindakan yang kukuh untuk jenama-jenama Cina yang ingin berkembang ke peringkat global.

Pemasaran Global, Pembangunan Jangka Panjang

Pembangunan antarabangsa GAC MOTOR dapat dilihat dengan sangat jelas melalui banyak aktiviti kerjasama dan pemasaran peringkat tinggi dalam suku pertama.

Di Nigeria, umpamanya, jenama ini bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Lagos untuk projek e-panggilan awam Lagride, menyediakan 1000 buah kenderaan berat bagi menyokong projek tersebut.

Lagride dilancarkan dengan matlamat untuk menaik taraf sistem pengangkutan di Lagos menerusi platform e-panggilan yang bertaraf dunia. Skim berkenaan menggalakkan guna tenaga tempatan dan pertumbuhan sosioekonomi, lalu mengukuhkan lagi reputasi jenama GAC MOTOR di Nigeria.

Selain daripada membina hubungan jangka panjang dengan kerajaan tempatan melalui sokongan ekonomi, projek pengangkutan kolaboratif ini akan memperkukuh reputasi GAC MOTOR sebagai pembekal kenderaan yang amat andal.


Jenama ini juga telah mempamerkan produk-produknya yang terbaru dan paling menarik di pameran auto serata dunia termasuk EXPOCRUZ 2021 di Bolivia, Manila Auto Show 2022 dan Riyadh AutoVille 2022, salah satu pameran auto yang paling berpengaruh di Timur Tengah. Barisan produk mengagumkan yang dipamerkan termasuk GS8, GS5, GS4 Serba Baharu dan model-model popular yang lain.

Kuncinya terletak pada Produk yang Mantap

Pada masa lalu, GAC MOTOR tekal menyampaikan model-model yang berprestasi tinggi kepada pasaran luar negara. Jenama ini akan terus memperkenalkan model-model yang popular kepada pasaran baharu termasuk GS8 SERBA BAHARU. SUV yang hebat ini, iaitu model yang amat berjaya di China akan sedia dilancarkan untuk peminat GAC MOTOR di seluruh Timur Tengah pada bulan Mei dan Jun.

Model ini merangkumkan "semangat ketukangan" yang telah menjadi tumpuan utama kepada misi dan jenama GAC MOTOR. Jenama ini berkata bahawa ia bermatlamat untuk menakrifkan semula pembuatan kereta Cina melalui siri kenderaan yang berkualiti tinggi, inovatif dan canggih dari segi teknologi serta perkhidmatan yang memberi perhatian penuh. GAC MOTOR berharap dapat menyampaikan kehidupan bergerak yang lebih baik kepada pelanggan di serata dunia dengan kuasa inovasi dan ketukangan.

Source: GAC MOTOR
Keywords: Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Transportation Accounting news, issues Earnings New products/services