SINGAPURA, 24 April 2022 /PRNewswire/ -- Global Esports Federation hari ini mengumumkan pelantikan IMG, peneraju global dalam bidang sukan, fesyen, acara dan media, sebagai Rakan Kongsi Strategiknya. IMG akan berkolaborasi dengan GEF dan Rakan Kongsi Strategiknya untuk Perkhidmatan Esukan, FACEIT, bagi mengadakan Kejohanan Esukan Komanwel (Commonwealth Esports Championships) sulung di Birmingham pada bulan Ogos ini. IMG juga akan menyokong dan menyediakan khidmat runding komersial untuk edisi kedua acara Unggulan GEF – Istanbul 2022 Global Esports Games pada bulan Disember.
The Global Esports Federation presents a Certificate of Partnership to IMG in London. L-R: Ciaran Bone, VP, Channels & Content, IMG; Kelvin Tan, GEF Director of Esports; Rustam Aghasiyev, GEF Director of Global Events; Paul J. Foster, GEF CEO, Richard Wise, Senior VP, IMG; Kennie Chang, Senior Director, APAC, IMG; Chester King, VP, GEF; Joe Jenkins, Commercial Manager, Esports, IMG.
IMG akan memanfaatkan kepakaran dan jangkauan globalnya untuk mempercepatkan lagi pengembangan global yang pesat bagi portfolio acara esukan GEF melalui penganjuran kandungan secara langsung, penciptaan jenama, pengurusan acara, pemasaran, pengedaran media dan pengurusan hak perkongsian.
"Kami berbangga mengalu-alukan IMG ke dalam keluarga Global Esports kami. Ini merupakan perkongsian strategik yang penting, bukan sahaja untuk GEF dan IMG, tetapi juga untuk pemain, peminat dan jenama di serata dunia," kata Lorenzo Giorgetti, Ahli Lembaga dan Kursi Suruhanjaya Jenama, Pemasaran dan Komunikasi GEF. "Kami berharap dapat mencipta nilai yang luar biasa untuk GEF dan pemilikan seluruh dunia kami bersama-sama."
Paul J. Foster, Ketua Pegawai Eksekutif GEF menekankan, "Hubungan dan perkongsian cerita manusia kitalah yang menyerlahkan kuasa terbesar pada zaman kita. Kami berbangga dapat berkolaborasi dengan IMG ketika kami membantu menyatukan jenama-jenama yang bersemangat bersama esukan, sukan, teknologi berkuasa dan inovasi tanpa had Global Esports. Kami telah melihat keajaiban yang boleh dicipta oleh perkongsian yang hebat untuk komuniti kami. Dalam komuniti #worldconnected kami, kami meningkatkan kekuatan kolektif kami dan membuka peluang bersama-sama. Kolektif rakan kongsi GEF seluruh dunia kami berkongsi keyakinan kami untuk masa depan dan komitmen yang mendalam terhadap komuniti kami, lalu memartabatkan esukan di persada global."
Richard Wise, Naib Presiden Kanan, Kandungan dan Saluran untuk perniagaan media IMG berkata, "Ini merupakan tahun yang menarik untuk Global Esports Federation dan esukan umumnya dan kami gembira dapat membawa kepakaran kami dalam pelbagai bidang bagi memastikan acara utama ini berjaya. Dunia esukan berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan dua acara ini akan memberi hiburan yang luar biasa untuk peminat di seluruh dunia."
Pada tahun 2021, IMG menandatangani perjanjian perkongsian perundingan bersama Jawatankuasa Penganjur Global Esports Games dan berjaya menganjurkan Singapore 2021 Global Esports Games sulung yang amat dinanti-nantikan. GEG pertama seumpamanya ini menarik minat lebih 500 juta tontonan terkumpul, termasuk 4.4 juta tontonan langsung global semasa acara siaran langsung selama dua hari di Singapura.
HUBUNGI: media@globalesports.org