omniture

Ultimaker menetapkan pencapaian percetakan 3D baharu dengan pelancaran Ultimaker Cura 5.0

Ultimaker
2022-04-25 09:00 31

UTRECHT, Belanda, 25 April 2022 /PRNewswire/ -- Ultimaker, peneraju global dalam percetakan 3D profesional, telah melancarkan versi beta untuk Ultimaker Cura 5.0, versi perisian hirisan terkini, sumber terbukanya yang percuma semasa Pameran Musim Bunga. Aplikasi unik dalam reka bentuk, seni bina, kejuruteraan dan percetakan 3D logam telah didayakan oleh slicing engine yang dipertingkatkan yang menetapkan ambang baharu untuk cetakan 3D yang lebih halus dan lebih pantas. Keupayaan lebar garisan boleh ubah yang baru dibangunkan bagi slicing engine ini meningkatkan keupayaannya untuk mencetak dinding yang nipis dan perincian yang halus. Bahagian yang dicetak dengan enjin ini juga akan menjadi lebih kuat. Penambahbaikan lain termasuk profil cetakan yang lebih pantas untuk pemilik pencetak Ultimaker, sokongan untuk cip Apple M1 dan banyak lagi. 

"Ultimaker Cura 5.0 mewakili kemajuan terbesar dalam kualiti cetakan yang pernah dilihat oleh perisian ini. Ini merupakan permulaan revolusi sebenar dalam teknologi percetakan 3D," kata Miguel Calvo, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Ultimaker. "Walaupun mereka yang pernah melihat percetakan 3D sebelum ini dan menyimpulkan bahawa ia mungkin tidak tersedia untuk kegunaan mereka, kami percaya hari ini ialah masa untuk mereka melihatnya kembali. Sehingga kini, anda perlu membuat reka bentuk anda berfungsi untuk percetakan 3D. Sudah tiba masanya untuk menukar situasi... daripada mereka bentuk untuk percetakan 3D, kepada percetakan 3D untuk reka bentuk." 

Ultimaker Cura 5.0 – Thinner walls and finer details
Ultimaker Cura 5.0 – Thinner walls and finer details

Penambahbaikan Ultimaker Cura 5.0 yang paling menarik perhatian ialah: 

Dinding yang lebih nipis dan perincian yang lebih halus

Slicing engine baharu dalam Ultimaker Cura 5.0 ini membolehkan penggunaan lebar garisan boleh ubah apabila menghiris model 3D kepada perincian cetakan yang halus dan paling tepat.

Bahagian yang lebih kuat 

Keupayaan lebar garisan boleh ubah bagi  slicing engine baharu dalam Ultimaker Cura 5.0 mengurangkan jurang pada bahagian dalam cetakan, menjadikannya lebih kukuh dan kuat. Cetakan dinding nipis yang lebih baik membawa bahagian-bahagian yang dicetak dengan Ultimaker Cura 5.0 lebih dekat menggunakan kekuatan yang dihasilkan menggunakan acuan suntikan. 

"Cura sedang berkembang dan terdapat lebih banyak kebebasan dalam reka bentuk FFF, jadi perisian ini mempunyai faktor pengehad yang sedikit. Dinding yang nipis dan jenis ciri reka bentuk kecil yang sering ditampilkan dalam bahagian acuan suntikan, dicipta dengan lebih cekap dan ini menjadikan penggunaan dalam 3DP dihasilkan dengan cara yang lebih baik," menurut Steve Cox- Sokongan jurutera dan percetakan 3D . 

Profil cetakan lebih pantas 

Profil cetakan yang tersedia kepada pengguna pencetak Ultimaker telah dikemas kini untuk memanfaatkan keupayaan Ultimaker Cura 5.0 yang lebih baik la menghasilkan pengurangan masa cetakan sehingga 20%. 

Ultimaker Cura 5.0 enables new applications
Ultimaker Cura 5.0 enables new applications

Potensi dan penggunaan baharu 

Pameran ini menampilkan para inovator dan thought-leader daripada komuniti percetakan 3D yang menunjukkan penggunaan unik dihasilkan oleh versi Ultimaker Cura 5.0. yang terbaru. Ia boleh ditonton di sini untuk sesiapa sahaja yang terlepas pembentangan asal Cura 5.0. 

Anda boleh memuat turun beta Ultimaker Cura 5.0 di sini: https://ultimaker.com/software/ultimaker-cura.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1800858/Ultimaker_Cura_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1800859/Ultimaker_Cura_2.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1488711/Ultimaker_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Ultimaker
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Computer Accessories New products/services