omniture

InstaForex mengeluarkan kemas kini global untuk aplikasi mudah alihnya

InstaForex
2022-04-25 17:44 40

LIMASSOL, Cyprus, 25 April 2022 /PRNewswire/ -- pada penghujung bulan April, broker antarabangsa InstaForex telah mengeluarkan versi terkini aplikasi mudah alihnya di Google Play. Pasukan pembangunan profesional InstaFintech Group telah menjadikan aplikasi ini lebih baik dan lebih banyak fungsi.

 

InstaForex has released a global update of its mobile application
InstaForex has released a global update of its mobile application

 

Wakil syarikat ini sentiasa menekankan bahawa kemas kini platform dagangan secara berkala adalah penting kerana ia membawakan keseronokan kepada para pedagang dan menyumbang kepada urus niaga yang berjaya. Reka bentuk baharu aplikasi ini adalah untuk tujuan tersebut.
Pembangun kami telah mempertingkatkan antara muka secara menyeluruh untuk menjadikannya lebih mesra pengguna kepada para pelanggan kami. Sebagai contoh, kemas kini baharu menjadikannya lebih mudah untuk menjalankan urus niaga. Di samping itu, aplikasi ini menerima widget untuk memaparkan baki pengguna dan panel perdagangan berasingan di bahagian bawah skrin bersama-sama dengan ciri-ciri lain dalam aplikasi ini yang menanti anda.

Banyak fungsian pada platform mudah alih InstaForex ini mempunyai berbilang fungsi yang merupakan antara sebab penting mengapa ramai pedagang memilih platform ini. Pada masa ini, lebih 1,000,000 orang pengguna telah menghargai aplikasi ini. Tidak dapat disangkal lagi bahawa set fungsian baharu ini akan mendapat populariti di dalam pasaran.

Syarikat ini telah mengambil kira permintaan para pengguna dan menambah kemungkinan penutupan kedudukan separa pada versi aplikasi yang baharu. Kini pengguna boleh mengedit urus niaga mereka dengan mudah.

Di samping itu, platform mudah alih ini mempunyai fungsi untuk mengira keuntungan dan kerugian bagi setiap urus niaga dan mengemas kini sebut harga pada masa nyata. Berdagang daripada carta telah menjadi lebih mudah hasil daripada ciri-ciri baharu ini. Kini para pengguna boleh menyimpan tetapan mereka serta berdagang daripada carta bersaiz penuh. Platform mudah alih yang dikemas kini ini juga membolehkan pedagang mendapatkan maklumat tentang acara pasaran yang penting. Semua orang kini boleh menghidupkan pemberitahuan segera yang tidak akan membenarkan anda terlepas sebarang berita.

InstaForex amat berbangga dengan pasukan penganalisis profesionalnya yang besar. Dalam versi baharu aplikasi ini, mereka terus menerbitkan cadangan dan pendapat dagangan mereka yang berguna dengan kerap tentang acara kewangan semasa.

InstaForex juga telah menambah banyak alat analitik yang boleh membantu pedagang membina pelan perdagangan yang cekap. Kini pedagang mempunyai akses kepada ringkasan analisis teknikal dan gambaran keseluruhan bagi penunjuk kewangan syarikat. Terutamanya, ia turut menyokong sebut harga semula apabila membuka / menutup dagangan. Ini bermakna bahawa sekiranya berlaku turun naik yang tinggi, harga boleh berubah secara mendadak, maka pelanggan akan berpeluang untuk mengesahkan pembukaan dan penutupan kedudukan dengan harga yang berubah tersebut.

Syarikat ini juga menarik perhatian para pedagang kepada kalendar ekonomi yang dikemas kini yang telah menjadi lebih mesra pengguna dengan versi baharu aplikasi ini

Muat turun versi baharu platform dagangan InstaForex di Google Play.

 

InstaForex has released a global update of its mobile application
InstaForex has released a global update of its mobile application

 

InstaForex has released a global update of its mobile application
InstaForex has released a global update of its mobile application

 

InstaForex has released a global update of its mobile application
InstaForex has released a global update of its mobile application

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1803249/InstaForex_mobile_app.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1803251/InstaForex_mobile_app.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1803252/InstaForex_mobile_app.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1803250/InstaForex_mobile_app.jpg?p=medium600

 

Source: InstaForex
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Data Analytics Financial Technology