omniture

KAROL G MENEROKA GABUNGAN BUNYI BAHARU DALAM PELANCARAN SINGLE RASMI PERTAMANYA PADA TAHUN 2022 IAITU "PROVENZA"

Universal Music Latin Entertainment
2022-04-25 18:52 47

+ PEMENANG ANUGERAH TERBANYAK PADA MALAM ANUGERAH MUZIK AMERIKA LATIN DENGAN 6 KATEGORI ANUGERAH TERMASUK "ARTIS TERBAIK TAHUN INI" & "ALBUM TERBAIK TAHUN INI" 

MIAMI, 25 April 2022 /PRNewswire/ -- Selepas membuat persembahan kali pertama di Coachella di hadapan beratus-ratus ribu penonton pada hujung minggu lalu, Karol G melancarkan single baharunya, "Provenza." Sekali lagi, beliau disertai oleh Ovy On The Drums, penyanyi dan pencipta lagu berbilang platinum yang memperkenalkan bunyi inovatif serta meneroka gabungan antara irama tropika, rentak afro dan melodi reggae, sekali gus mencipta sesuatu yang bakal menjadi hit pada musim panas akan datang. Single ini kini tersedia pada semua platform muzik digital.

Karol G's first release of 2022, "Provenza."
Karol G's first release of 2022, "Provenza."

"Provenza" ialah sebuah lagu yang menunjukkan kebebasan baharu. Suatu melodi yang mengajak anda kembali ke zaman silam dan mengimbau kenangan indah melalui minda yang penuh kedamaian, keterangkuman, kasih sayang dan aura positif. Karol G turut menyuntik irama segar dan ketenangan pada lagu tersebut dalam video muzik baharunya arahan Pedro Artola serta menzahirkan sentimen yang menunjukkan betapa pentingnya mencari ketenangan fikiran yang mengundang kemakmuran hidup bersama teman baik serta detik terindah. Imej video ini telah dirakam di Lanzarote, salah sebuah pulau di Canary Island yang terkenal dengan panorama gunung berapi eksotik, iklim panas dan pantai-pantai yang indah.

Dengan single rasminya yang pertama pada tahun ini, tidak syak lagi bahawa Karol G akan segera memberi impak kepada berjuta-juta peminat di seluruh dunia yang seterusnya meningkatkan pencapaian baharu dalam kerjayanya. Baru sahaja semalam, artis ini meraih kejayaan terbesar dengan memenangi enam Anugerah Muzik Amerika Latin dalam kategori berikut: Artis Terbaik Tahun Ini, Album Terbaik Tahun Ini dengan album berjudul 'KG0516,' Artis Kegemaran - Wanita, Artis Kegemaran - Bandar, Album Kegemaran – Bandar dengan 'KG0516' dan Kerjasama Terbaik Tahun Ini dengan lagu berjudul "El Makinon." Selain itu, pada hujung minggu lalu, beliau menguasai pentas di Coachella yang ikonik dan akan membuat persembahan kali kedua pada hari Ahad ini, 24 April, di pentas utama.

Untuk maklumat lanjut

PENGURUSAN 
Noah Assad
noah@rimasmusic.com

Raymond Acosta
racosta@rimasmusic.com

TEMPAHAN 
Jbeau Lewis
jbeau@unitedtalent.com

Ryan Soroka
ryan.soroka@unitedtalent.com

HUBUNGAN MEDIA 
Sujeylee Solá
sujeylee@acoustylecommunication.com
+1 (860) 805-5443

UNIVERSAL MUSIC LATIN ENTERTAINMENT - HUBUNGI 
Luis Mesa | Pengurus Label
Luis.mesa@umusic.com

Carlos 'Charly' Perez | Naib Presiden Perhubungan Awam & Promosi
carlos.perez@umusic.com

Albert Piedrahita | Pengurus Kanan Publisiti Kebangsaan
albert.piedrahita@umusic.com

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1802478/PROVENZA.jpg?p=medium600  

 

 

Source: Universal Music Latin Entertainment
Keywords: Entertainment Music Retail