omniture

Pengeluar Kenderaan Elektrik Bateri Bebas Jerman, Next.e.GO Mobile SE Mengumumkan Kerjasama Global dengan bintang Sensasi Bola Sepak Brazil, Neymar Jr.

Next.e.GO Mobile SE
2022-04-26 20:08 17
  • Neymar Jr. telah dilantik menjadi duta jenama global e.GO Mobile.
  • 8Perkongsian yang dinamakan sebagai  'Green On and Off-the-Pitch', menggariskan fokus e.GO Mobile untuk memacu mobiliti yang benar-benar lestari dan bebas karbon di seluruh dunia.
  • Neymar Jr. akan memperkenalkan model 2022 syarikat tersebut, e.wave X, dalam satu acara eksklusif pada 5 Mei di Berlin, Jerman.
  • e.GO Mobile juga akan bekerjasama dalam beberapa inisiatif untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik dan pertumbuhan ekonomi di Brazil.

AACHEN, Jerman, 26 April 2022 /PRNewswire/ -- Next.e.GO Mobile SE, pengeluar kenderaan elektrik bandar bebas dari Jerman yang sangat inovatif dan lestari, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani kerjasama global dengan NR Sports, yang bertanggungjawab ke atas pengurusan kerjaya Neymar Jr. Atlet Brazil tersebut merupakan salah seorang pemain yang paling berpengaruh dan terkenal di dunia dan akan menjadi duta jenama global e.GO Mobile yang baharu.

Germany’s Independent Battery Electric Vehicle Manufacturer, Next.e.GO Mobile SE, Announces Global Partnership with the Brazilian Football Sensation, Neymar Jr. (Photo Copyright: PUMA)
Germany’s Independent Battery Electric Vehicle Manufacturer, Next.e.GO Mobile SE, Announces Global Partnership with the Brazilian Football Sensation, Neymar Jr. (Photo Copyright: PUMA)

"Neymar Jr. melambangkan ciri-ciri kreativiti dan keazaman – iaitu apa yang saya panggil Kuasa Matlamat - dan gabungan ini bersepadu secara harmoni dengan nilai jenama kami dan inilah yang menyatukan e.GO Mobile dan Neymar Jr. Kini, setelah bergabung tenaga, kami akan memacu gelombang perubahan ke arah dunia yang lebih lestari dan bebas dari pelepasan karbon; gelombang seperti yang anda lihat di stadium tetapi yang ini adalah gelombang elektrik!" jelas Ali Vezvaei, Pengerusi Lembaga Pengarah Next.e.GO Mobile SE.

Neymar Jr. akan memperkenalkan produk syarikat untuk tahun 2022 – yang diberi nama e.wave X - pada 5 Mei dalam satu acara eksklusif di Berlin, Jerman.

"Saya amat gembira dapat memulakan kerjasama ini dengan e.GO Mobile, seterusnya menyokong usaha global mereka dalam bidang mobiliti elektrik lestari. e.GO Mobile ialah sebuah jenama yang sangat inovatif dengan pembangunan kereta elektrik yang bukan sahaja unik dan menyeronokkan untuk dipandu, tetapi juga benar-benar lestari. Saya dilahirkan dan dibesarkan di sebuah negara dengan lalu lintas bandar yang sibuk, jadi kesan positif terhadap persekitaran dan ekonomi daripada mobiliti elektrik adalah sangat besar," kata Neymar Jr.

Neymar Jr. dikenali ramai sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik di dunia. Beliau memulakan kerjaya profesionalnya pada usia 17 tahun. Setelah mengumpulkan pengikut seramai kira-kira 200 juta orang di media sosial, tidak syak lagi bahawa beliau sememangnya salah seorang atlet paling terkenal di dunia sehingga disenaraikan sebagai 100 Orang Paling Berpengaruh di Dunia dalam senarai majalah Time. Neymar Jr. bermain untuk pasukan kebangsaan Brazil dan kini sedang mengikat kontrak dengan kelab bola sepak Perancis, Paris Saint-Germain.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1803492/Neymar_Jr___Copyright_PUMA.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1803491/Save_the_Date.jpg?p=medium600

Save the Date (Photo Copyright: Next.e.GO Mobile SE)
Save the Date (Photo Copyright: Next.e.GO Mobile SE)
Source: Next.e.GO Mobile SE
Keywords: Auto Computer/Electronics Sports Transportation Licensing/marketing agreements