omniture

Platform pembayaran Adyen dipilih oleh Amazon Japan

Adyen Inc.
2022-04-26 21:47 47

Platform tunggal Adyen membolehkan Amazon.co.jp mengoptimumkan pengalaman pembayaran

TOKYO, 26 April 2022 /PRNewswire/ -- Adyen (AMS:ADYEN), platform kewangan global pilihan syarikat-syarikat terkemuka, kini memproses pembayaran untuk Amazon Japan. Dengan menggunakan platform Adyen, Amazon Japan akan mengoptimumkan lagi data pembayaran dan pengalaman pembayaran para pelanggan Amazon.co.jp.

Pemerolehan langsung dan cerapan yang kaya dengan data Adyen membolehkan Amazon Japan menyediakan aliran yang lebih lancar kepada para pelanggannya sama ada mereka membeli-belah dari Jepun atau luar negara.

"Sektor digital di Jepun telah menyaksikan pertumbuhan pesat dalam tempoh dua tahun yang lalu. Dengan memanfaatkan platform Adyen membolehkan Amazon Japan menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih mendalam dengan alat pengoptimuman pembayaran dan cerapan data kami," kata Jonathan Epstein, Pengurus Negara Jepun Adyen. 

"Kami berusaha untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang terbaik kepada para pelanggan kami dan kepakaran pembayaran global Adyen merupakan padanan yang hebat untuk falsafah Amazon yang berteraskan pelanggan," kata Henri Tsuruta, Ketua Kewangan Pembayaran Pengguna, Amazon Japan.

Tentang Adyen
Adyen (AMS: ADYEN) ialah platform teknologi kewangan pilihan syarikat-syarikat terkemuka. Dengan menyediakan keupayaan pembayaran yang serba lengkap, cerapan dipacu data dan produk kewangan dalam satu penyelesaian tunggal global, Adyen membantu perniagaan mencapai matlamat mereka dengan lebih pantas. Melalui pejabat di seluruh dunia, Adyen bekerjasama dengan syarikat-syarikat seperti Facebook, SHEIN, Uber, Spotify, L'Oréal, Cathay Pacific, Grab, Klook dan Singapore Airlines. Kerjasama dengan Amazon Japan seperti yang dijelaskan dalam kemas kini pedagang ini menandakan pertumbuhan berterusan Adyen dengan pedagang semasa dan baharu sejak bertahun-tahun lamanya.

*Amazon dan Amazon.co.jp ialah tanda dagangan Amazon.com, Inc. dan ahli gabungannya.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1490851/Logo__Adyen_green_RGB_Logo.jpg?p=medium600

Source: Adyen Inc.
Related Stocks:
EuronextAmsterdam:ADYEN OTC:ADYEY
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Licensing/marketing agreements Financial Technology