omniture

HTC VIVE Mengumumkan Kemunculan VIVE Mars CamTrack, Penyelesaian Produksi Maya Turnkey Pertamanya

HTC VIVE
2022-04-26 21:54 45

VIVE Mars CamTrack menjadikan produksi maya lebih cekap, mudah alih dan berpatutan

SEATTLE, 26 April 2022 /PRNewswire/ -- HTC VIVE hari ini mengumumkan pelancaran produk produksi maya turnkey pertamanya, VIVE Mars CamTrack yang menjadikan produksi maya pantas, mudah dan berpatutan dengan menggabungkan keseluruhan aliran kerja penjejakan kamera menjadi sebuah modul pasang dan main yang padat dengan ciri gred profesional. VIVE Mars CamTrack membolehkan para pelakon berada dalam mana-mana latar belakang maya dalam masa nyata semasa produksi, dalam kebanyakan keadaan, ia mampu menghapuskan keperluan mengadakan penggambaran di tapak dan memperkasakan para pembuat filem untuk memanfaatkan potensi kreatif mereka sepenuhnya.

The VIVE Mars CamTrack makes virtual production fast, easy, and affordable by consolidating the entire camera tracking workflow into a compact, plug-and-play module with professional-grade features.
The VIVE Mars CamTrack makes virtual production fast, easy, and affordable by consolidating the entire camera tracking workflow into a compact, plug-and-play module with professional-grade features.

Dari segi sejarah, salah satu penyumbang kos terbesar dalam produksi maya ialah proses persediaan yang amat rumit. VIVE Mars CamTrack mempermudah penyediaan produksi maya, sekali gus mengurangkan masa dan perbelanjaan produksi secara keseluruhan. Dengan memanfaatkan teknologi pengesanan rumah api terkemuka dalam industri, VIVE Mars CamTrack mengurangkan aliran kerja yang rumit menjadi suatu alat yang ringkas dengan penyelesaian penjejakan kamera yang mudah dan tepat. Kemudahalihan Mars menjadikan penggambaran mudah untuk difilemkan dalam pelbagai keadaan yang berbeza—daripada studio kecil hingga kepada set yang besar.

"Produksi maya merupakan masa depan penciptaan kandungan," kata Raymond Pao, Naib Presiden Kanan Penyelesaian Perniagaan di HTC VIVE. "Ia membolehkan pembuat filem memanfaatkan imaginasi mereka, melangkaui kekangan persekitaran fizikal kita. Dengan Mars, HTC telah menerapkan pengalaman membangunkan teknologi VR selama bertahun-tahun dalam dunia produksi maya. Para profesional filem tidak lagi perlu mengimbangi masa, kos dan kualiti. Kini, persediaan produksi maya mereka boleh dibawa ke mana-mana dengan mudah dan mampu memberikan keputusan gred profesional."

"Produksi maya membuka peluang kreatif kepada para pembuat filem dan penulis skrip untuk meneroka pendekatan baharu dalam produksi dengan penyelesaian seperti VIVE Mars CamTrack," kata Jim Geduldick, Pengarah, Produksi Maya merangkap Naib Presiden Kanan Dimension Studio N.A. "Masa yang dapat dijimatkan sebelum produksi dan semasa berada di lokasi adalah hasil daripada keteguhan sistem Mars, menjadikannya sebagai alat yang dicari-cari dalam mana-mana projek produksi maya. Keupayaan untuk membawa sistem pengesanan jejak kecil ke mana-mana dalam beg produksi kecil dengan ciri-ciri seperti penyegerakan Genlock, kalibrasi kamera dan lensa, sokongan berbilang kamera dan integrasi ke dalam Unreal Engine melalui LiveLink memberikan penyelesaian kepada komuniti produksi maya."

VIVE Mars CamTrack merangkumi ciri-ciri menarik yang berikut:

  • Penjejakan berbilang kamera dengan sokongan hingga tiga kamera
  • Penjejakan yang sangat tepat dengan Penjejak VIVE
  • Kalibrasi secara automatik untuk ofset kamera dan gangguan lensa
  • Keserasian pengekod lensa yang membolehkan para pembuat filem mengubah kedalaman medan sebagaimana yang dilakukan oleh kamera tradisional
  • Keserasian pasang dan main, tanpa memerlukan perisian tambahan
  • Penetapan semula ke asal dengan hanya satu klik
  • Genlock disegerakkan kepada UE LiveLink yang menawarkan output segerak antara pelakon sebenar dan maya
  • Pendawaian yang kukuh untuk mengurangkan kependaman
  • Mengeluarkan pengkomputeran penjejakan ke hab yang dikhususkan

"Setakat ini, sifat intensif sumber produksi maya merupakan salah satu isu terbesar yang mencegah penerimagunaan yang meluas," kata Norman Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Glassbox Technologies. "Kami telah bekerjasama dengan HTC VIVE sejak hari pertama untuk memperkemas produksi maya dan kami percaya VIVE Mars CamTrack merupakan langkah utama menuju ke arah yang betul." Pelancaran sistem kamera maya DragonFly Glassbox yang akan datang akan dilengkapi dengan sokongan untuk VIVE Mars CamTrack.

Manfaat produksi maya tidak hanya melibatkan kemudahan dan penjimatan kos. Selain memperkasakan para pembuat filem untuk merealisasikan visi kreatif mereka dengan lebih menyeluruh, produksi maya juga lebih mesra alam berbanding kaedah tradisional. Proses produksi tradisional ini menghasilkan jejak karbon yang agak ketara – termasuk pengangkutan pelakon dan krew ke pelbagai lokasi di seluruh dunia, pembinaan dan pengayaan set dan akhirnya alatan filem dan bahan-bahan lain yang tidak diperlukan akan dilupuskan. Dengan memanfaatkan produksi maya, industri kreatif memainkan peranan aktif dalam kelestarian alam sekitar.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang VIVE Mars CamTrack, sila layari laman web produk di sini. Untuk mendapatkan kit akhbar penuh, sila klik di sini. 

Tentang HTC

HTC VIVE ialah platform dan ekosistem realiti maya (VR) utama yang mencipta pengalaman VR sebenar untuk perniagaan dan pengguna. Ekosistem VIVE dibina berdasarkan perkakasan, perisian dan kandungan VR premium. Perniagaan VIVE merangkumi perkakasan XR terbaik; gedung aplikasi dan platform VIVEPORT; VIVE Enterprise Solutions untuk pelanggan perniagaan; VIVE X, pemecut perniagaan VR bernilai USD100 juta; dan VIVE ARTS untuk inisiatif budaya. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vive.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1802992/VIVE_Mars_CamTrack_3.jpg?p=medium600

 

 

Source: HTC VIVE
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics New products/services