omniture

DAMAC Group bersiap sedia untuk memasuki metaverse

DAMAC Group
2022-04-26 23:06 41

- Pelaburan sehingga USD100 juta dirancang untuk 'D-Labs'
- Inisiatif baharu bagi menawarkan perkhidmatan di seluruh Kumpulan yang merangkumi kediaman maya, harta digital, peranti boleh dipakai digital dan barang kemas digital 
- Kesemua pelanggan DAMAC Properties dan syarikat-syarikat Kumpulan ini akan diberi keutamaan
- Sebahagian daripada matlamat dan hasrat pendigitan di seluruh organisasi Kumpulan ini untuk menjadi sebuah jenama digital global

DUBAI, UAE, 26 April 2022 /PRNewswire/ -- Konglomerat perniagaan terkemuka yang berpangkalan di UAE iaitu DAMAC Group – syarikat induk bagi syarikat pemaju hartanah global, DAMAC Properties, firma pusat data, Edgnex, kedai barang kemas mewah, de Grisogono dan pusat fesyen, Roberto Cavalli – mengumumkan rancangan untuk memasuki dunia metaverse dan membina bandar-bandar digitalnya sendiri, sekali gus menjadi salah satu perintis bidang ini dalam kalangan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC). 

 

Ali Sajwani, CEO D-Labs and GM DAMAC Group
Ali Sajwani, CEO D-Labs and GM DAMAC Group

 

"Dalam usaha untuk membentuk trend perniagaan yang progresif, kami memperluas tawaran kami ke dalam dunia metaverse untuk memanfaatkan pelbagai peluang yang ia sediakan. Kami teruja untuk merintis potensi yang ditawarkan oleh metaverse dalam cara yang membolehkan kami menjadi lebih terhubung dan terlibat dengan para pelanggan kami dan juga minat mereka," kata Hussain Sajwani, Pengasas DAMAC.

Kumpulan ini akan beroperasi di bawah sepanduk, 'D-Labs' dan akan diketuai oleh Ali Sajwani, Ketua Pegawai Eksekutif D-Labs yang juga Pengurus Besar DAMAC. Inisiatif ini membentuk sebahagian daripada hasrat di seluruh syarikat untuk menuju ke arah aset digital dan token tidak sepiawai (NFT) dan beliau ditugaskan untuk mencapai matlamat organisasi ini menjadi sebuah jenama digital global yang terkemuka.

Kumpulan ini merancang untuk melaburkan modal sehingga USD100 juta untuk projek tersebut.

"Sepanjang dua tahun yang lalu, kami telah mendorong usaha pendigitan kami secara agresif dan inisiatif baharu ke arah metaverse ini akan memanfaatkan lagi jejak digital kami. Selain mengemas kini sistem, proses dan operasi kami di seluruh jabatan, kami telah melabur dalam membangunkan sebuah pasukan kuat yang terdiri daripada pakar-pakar yang berkemahiran dan berbakat untuk membantu menyokong hasrat kami menjadi peneraju digital. Kami merancang untuk meneruskan usaha ini serta mengembangkan pasukan dan pengetahuan kami," jelas Ali Sajwani.

Sejak tahun lalu, cabang hartanah Kumpulan ini iaitu DAMAC Properties telah menawarkan pengalaman maya 3D yang menggunakan teknologi realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR) kepada para pembeli rumah. Ini merupakan langkah permulaan memasuki dunia metaverse yang dianggap sebagai sebuah dunia digital yang terdiri daripada VR, AR dan realiti lanjutan (XR) yang merujuk kepada 'semua gabungan persekitaran nyata dan maya serta interaksi manusia-mesin yang dihasilkan oleh teknologi komputer dan peranti boleh dipakai' di mana para pengguna dapat merasai pengalaman 'kehidupan'.

Melalui langkah ini, DAMAC Group berharap dapat mengembangkan perkhidmatannya untuk memenuhi keperluan seluruh Kumpulan apabila ia berkaitan dengan aset digital – yang terdiri daripada kediaman maya, harta digital serta peranti boleh dipakai digital dan barang kemas digital melalui pengambilalihan yang dilakukan syarikat tersebut terhadap kedai barang kemas dari Switzerland, de Grisogono serta jenama fesyen Itali, Roberto Cavalli.

Pengalaman digital juga merupakan sebahagian daripada tawaran ini yang membolehkan para tetamu mendapat layanan maya daripada Mandarin Oriental Resort Bolidhuffaru iaitu sebahagian daripada portfolio hotel, tempat peranginan dan pangsapuri perkhidmatan Kumpulan ini.

Dengan kekal komited kepada pihak berkepentingannya, pelanggan sedia ada DAMAC akan diberi keutamaan melabur dalam aset digital ini sebaik sahaja rancangan ini dilancarkan.

Metaverse dalam Perniagaan 

Metaverse diketahui memberi manfaat kepada perniagaan dan para pekerjanya melalui pendayaan kerjasama dalam persekitaran 3D yang amat terangkai dan merangsang yang memberi tumpuan kepada hubungan sosial. Beberapa manfaat utama dalam penyesuaian terhadap metaverse termasuk peningkatan penglibatan dan kesetiaan pelanggan, kesalinghubungan dan kerjasama yang lebih baik dengan pihak berkepentingan dan seterusnya, peningkatan hasil.

Sebuah penyelidikan Market Research Future (MRF) telah mendapati pasaran metaverse bernilai $21.91 bilion pada tahun 2020 dan diramalkan akan meningkat sebanyak 41.7% menjelang tahun 2030. Laporan ini menjelaskan bahawa penumpuan dunia fizikal dan digital yang digabungkan dengan keperluan yang semakin meningkat terhadap metaverse bagi pembelian aset digital menggunakan mata wang kripto akan menawarkan peluang yang kukuh kepada pasaran ini sepanjang tempoh ramalan tersebut.

Tambahan pula, terdapat permintaan yang tinggi terhadap hartanah dalam metaverse, yang dijangka menjadi salah satu tarikan paling popular untuk para pelabur dalam ruang maya.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1803859/DAMAC_Group.jpg?p=medium600

 

Source: DAMAC Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Fashion Hotels and Resorts Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Real Estate New products/services Blockchain