omniture

SHUTTERSTOCK MELANTIK KETUA PEGAWAI PEMASARAN DAN NAIB PRESIDEN PEMASARAN JENAMA

Shutterstock, Inc.
2022-04-26 23:31 42

Syarikat melantik Jason McClelland sebagai Ketua Pegawai Pemasaran baharu dan Christopher 'Skip' Wilson sebagai Naib Presiden Pemasaran Jenama baharu 

NEW YORK, 26 April 2022 /PRNewswire/ -- Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK) ("Syarikat"), platform kreatif global yang terkemuka untuk syarikat-syarikat media dan jenama transformasi, hari ini mengumumkan penyertaan Jason McClelland ke dalam pasukan kepemimpinan dan Jawatankuasa Eksekutif syarikat sebagai Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) dan Christopher 'Skip' Wilson sebagai Naib Presiden Pemasaran Jenama.

The Company names Jason McClelland as the new Chief Marketing Officer
The Company names Jason McClelland as the new Chief Marketing Officer

Sebagai CMO, Jason membawa bersama pengalaman selama lebih dua dekad termasuk jawatan kepemimpinan di Adobe dan Salesforce, peneraju syarikat Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) serta memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Pemasaran di syarikat pemula dengan pertumbuhan yang amat tinggi seperti Algolia, Domino Data Lab dan Heroku. Di Adobe, Jason telah memegang jawatan kepemimpinan yang membantu transformasi Adobe: yang pertama, membangunkan perniagaan Awan Pemasaran syarikat tersebut, platform pemasaran serba lengkap yang pertama dalam industri bagi CMO; dan yang kedua, membangunkan transformasi SaaS Awan Kreatif Adobe.

Skip pula menyertai Shutterstock setelah berkhidmat dengan Peloton, di mana Skip mengetuai bahagian Jenama dan Komunikasi Global Peloton untuk perniagaan Komersial syarikat tersebut.

Melalui penyertaan Jason dan Skip, ia akan meneruskan pelaburan Shutterstock bagi memperluas keupayaan perisian, kandungan dan kreatif tersuainya yang secara unik meletakkan Shutterstock dalam industri ini untuk memiliki aliran kreatif syarikat-syarikat yang serba lengkap.

Jason McClelland, Ketua Pegawai Pemasaran Shutterstock mengulas, "Saya teruja dapat menyertai Shutterstock pada detik ini. Syarikat telah membuat pelaburan yang signifikan sepanjang tahun lalu dalam para pekerja dan pengambilalihan bagi membolehkan Shutterstock memiliki proses kreatif dan jenama syarikat-syarikat yang serba lengkap secara unik. Kami telah memenangi urus niaga bernilai berjuta-juta dolar dan menjadi agensi rekod bagi kebanyakan jenama paling transformasi di dunia. Tugas saya ialah untuk membantu memberitahu kisah ini supaya lebih ramai orang mengetahuinya."

Sebagai Naib Presiden Pemasaran Jenama, Skip Wilson akan bertanggungjawab untuk strategi jenama global Shutterstock dengan memantau kedudukan dan pertumbuhan strategik jenama Shutterstock. Beliau akan mengetuai bahagian komunikasi cadangan nilai Syarikat yang unik melalui kempen memasuki pasaran yang hebat serta kepemimpinan pemikir untuk mendorong pertumbuhan hasil dan menarik bakat terbaik untuk menyertai Shutterstock.

"Pada dasarnya, pembinaan jenama adalah tentang hubungan dan pemahaman. Ini merupakan dua ciri yang diterapkan oleh semua pasukan jenama yang berjaya. Peluang untuk mencipta jenama yang kukuh yang mendorong hubungan yang lebih mendalam kepada khalayak Shutterstock merupakan perkara yang mengujakan saya," ulas Skip Wilson, Naib Presiden Pemasaran Jenama Shutterstock. "Saya melihat pembangunan jenama sebagai sebuah sukan berpasukan – sesuatu yang memerlukan keberanian, strategi mantap, bakat terbaik dan keterbukaan untuk melakukan perkara secara berbeza bagi mencapai khalayak baharu. Saya tidak sabar untuk menunjukkan keupayaan sebenar kami kepada bidang kreatif dunia."

"Melalui kedua-dua pelantikan ini, Shutterstock merevolusikan usaha pemasaran kami. Sepanjang kerjaya mereka, Jason dan Skip telah menunjukkan keupayaan memimpin dan meningkatkan pengembangan perniagaan global, membangun dan melaksanakan strategi pertumbuhan serta mendorong pelaksanaan yang diperlukan untuk hiperskala," kata Stan Pavlovsky, Ketua Pegawai Eksekutif Shutterstock. "Mereka bersemangat untuk membina pasukan yang kukuh dan berprestasi tinggi, menetapkan strategi yang memberi impak dan melaksanakan hala tuju yang didorong kejayaan untuk jangka panjang serta mengatasi keputusan jangka pendek. Kami teruja di atas penyertaan mereka ke dalam keluarga Shutterstock dan kami mengharapkan sumbangan mereka ketika kami membawa Shutterstock ke era seterusnya."

Tentang Shutterstock, Inc.
Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK) ialah sebuah platform kreatif global yang terkemuka untuk syarikat-syarikat media dan jenama transformasi. Secara langsung dan melalui anak syarikat kumpulannya, koleksi komprehensif Shutterstock termasuk gambar berlesen berkualiti tinggivektorilustrasi,model 3Dvideo dan muzik. Bekerjasama dengan komunitinya yang semakin berkembang dengan lebih 2 juta penyumbang, Shutterstock menambah ratusan ribu imej setiap minggu dan pada masa ini mempunyai lebih 400 juta imej dan lebih 24 juta klip video yang tersedia.

Beribu pejabat di Bandar Raya New York, Shutterstock mempunyai pejabat di seluruh dunia dan pelanggan di lebih 150 buah negara. Syarikat juga memiliki PicMonkey, sebuah platform penyuntingan imej dan reka bentuk grafik dalam talian yang terkemuka; Offset, sebuah koleksi imej mewah; Shutterstock Studios, kedai kreatif tersuai serba lengkap; PremiumBeat, sebuah perpustakaan muzik tanpa royalti yang dipilih susun; Shutterstock Editorial, sumber utama imej editorial dan video untuk media di dunia; TurboSquid, sebuah pasaran kandungan 3D yang terkemuka; Amper Music, sebuah platform muzik dipacu AI; dan Bigstock, tawaran media saham berorientasikan nilai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shutterstock.com dan ikuti Shutterstock di Twitter dan di Facebook.

The Company names Christopher ‘Skip’ Wilson as the new Vice President, Brand Marketing
The Company names Christopher ‘Skip’ Wilson as the new Vice President, Brand Marketing

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1804059/Jason_McClelland.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1804060/Christopher_Skip_Wilson.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1075411/shutterstock_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

 

Source: Shutterstock, Inc.
Related Stocks:
NYSE:SSTK
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Personnel announcements