omniture

NDC Partnership menyediakan kaedah pembiayaan yang dipertingkatkan kepada negara-negara membangun untuk meningkatkan pelaksanaan langkah-langkah iklim

NDC Partnership
2022-04-26 23:31 42

TELUK MONTEGO, Jamaica, 26 April 2022 /PRNewswire/ -- Negara-negara membangun akan memperoleh kaedah pembiayaan dan kewangan iklim baharu bagi menangani perubahan iklim, hasil daripada Strategi Kewangan yang dilancarkan oleh NDC Partnership di Teluk Montego, Jamaica.

 

 

Perdana Menteri Jamaica, Yang Amat Berhormat Andrew Holness dengan Pengerusi Bersama NDC Partnership, Yang Berhormat Matthew Samuda, Senator Jamaica, Menteri tanpa Portfolio dalam Kementerian Pertumbuhan Ekonomi dan Penciptaan Pekerjaan dan Yang Amat Berhormat Alok Sharma dari United Kingdom, Presiden COP yang juga Ahli Parlimen, telah melancarkan Strategi baharu tersebut bagi membantu negara-negara membangun melaksanakan komitmen iklim mereka.

Strategi Kewangan ini menyasarkan wang dan sokongan kepada negara-negara membangun dengan memanfaatkan model kerjasama yang unik untuk mendorong transformasi negara, serantau dan antarabangsa yang lestari.

Strategi ini akan:

  • Memperkukuh keupayaan negara, menempatkan penasihat pakar di sektor-sektor kementerian dan bank pembangunan negara,
  • Membimbing negara membangunkan strategi pembiayaan NDC dengan Rakan Kongsi Pembangunan dan Pelaksanaan untuk menyelaraskan NDC dengan rancangan pembangunan yang lebih luas, dan
  • Membantu pembelian sektor swasta dalam strategi pembiayaan untuk membolehkan pelaksanaan NDC.

Strategi Kewangan baharu ini dibangunkan susulan usaha NDC Partnership baru-baru ini yang telah menyaksikan USD1 bilion digunakan bagi membantu tindakan iklim negara-negara membangun. Namun, masih banyak lagi yang diperlukan. Laporan Penilaian Keenam daripada Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim bertajuk, Climate Change 2022: Mitigation of Climate Change, memberi amaran bahawa kita tidak berada di landasan yang betul untuk memenuhi sasaran 1.5°C melebihi tahap praperindustrian yang ditetapkan dalam Perjanjian Paris.

Susulan COP26, negara-negara telah mengalihkan tumpuan mereka kepada pelaksanaan komitmen iklim, namun tindakan iklim memerlukan kepantasan dan skala yang belum pernah berlaku sebelum ini. Dalam Pandangan Peralihan Tenaga Sedunia oleh Ahli NDC Partnership iaitu Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA), menganggarkan sebanyak USD51 trilion diperlukan hanya dalam pelaburan tenaga kumulatif semata-mata demi mencapai senario 1.5°C (2021-30).

"Sebagai sebuah negara pulau kecil yang membangun, matlamat 1.5 darjah dalam Perjanjian Paris bukanlah suatu sasaran yang abstrak tetapi masalah kelangsungan hidup," kata Perdana Menteri, Holness. "Itulah sebabnya pembangunan dan pelancaran Strategi Kewangan NDC Partnership begitu penting dan tepat pada masanya."

"Strategi Kewangan ini memberikan isyarat yang kuat kepada ahli dan pemimpin global bahawa hasrat yang tinggi di negara-negara membangun ini mesti dipenuhi segera dengan pembiayaan berskala besar, boleh diramal dan tepat pada masanya," tambah Menteri Samuda.

Presiden COP, Alok Sharma turut menambah: "Di COP26, kami telah membuat kemajuan yang ketara, tetapi kini merupakan masa untuk mengubah komitmen menjadi tindakan. NDC Partnership telah menunjukkan bahawa dengan menggabungkan kepemimpinan negara dengan tindak balas yang diselaraskan daripada rakan kongsi antarabangsa, sokongan teknikal dan kewangan boleh digerakkan dengan berkesan."

Tentang NDC Partnership 

NDC Partnership menyatukan lebih 200 ahli - yang merangkumi 115 buah negara maju dan membangun serta 80 buah institusi - untuk menyampaikan tindakan iklim yang bercita-cita tinggi bagi membantu mencapai matlamat Perjanjian Paris dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Kerajaan mengenal pasti keutamaan pelaksanaan NDC dan jenis sokongan yang diperlukan untuk menghasilkan dasar dan program yang boleh dilaksanakan. Ini memberi maklumat tentang pakej kepakaran, bantuan teknikal dan pembiayaan yang disesuaikan untuk ahli-ahlinya.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1687000/NDC_Partnership_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: NDC Partnership
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Conservation/Recycling