omniture

Fortinet memperkukuhkan visi TIME dotCom untuk menjaminkan keselamatan dan keterhubungan di Malaysia

Fortinet
2022-04-27 12:17 38

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi memanfaatkan teknologi terbaik Fortinet untuk memperkenalkan keselamatan rangkaian untuk keperluan pelanggan yang sentiasa berubah

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 April 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, Fortinet®, peneraju global bagi perkhidmatan keselamatan siber yang menyeluruh, bersepadu dan automatik,  mengumumkan bahawa TIME dotCom Berhad (TIME), salah satu penyedia telekomunikasi terulung di Malaysia, kini merupakan 'Advanced Partner' bersama Fortinet untuk meluaskan perkhidmatannya dengan sokongan teknologi Fortinet yang bertaraf dunia. Di samping itu, perkhidmatan Secure SD-WAN Fortinet kini merupakan sebahagian daripada perkhidmatan rangkaian maya di bawah infrastruktur awan TIME. Perusahaan-perusahaan Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan keselamatan terurus (MSS) TIME boleh menikmati perkhidmatan keselamatan, rangkaian, prestasi dan sokongan yang dipertingkat daripada TIME dan Fortinet untuk berhadapan dengan persaingan dalam ekonomi digital.

Fortinet powers TIME dotCom’s vision for a secure and connected Malaysia with TIME now an Advanced Partner offering Fortinet Secure SD-WAN solutions under TIME’s virtualised networking services to support Malaysian enterprises in the digital economy. (L-R: TIME EVP of Enterprise Business, Kit Au; Fortinet Malaysia Country Manager, Dickson Woo; TIME Chief Technology Officer, Ang Thing Jiun)
Fortinet powers TIME dotCom’s vision for a secure and connected Malaysia with TIME now an Advanced Partner offering Fortinet Secure SD-WAN solutions under TIME’s virtualised networking services to support Malaysian enterprises in the digital economy. (L-R: TIME EVP of Enterprise Business, Kit Au; Fortinet Malaysia Country Manager, Dickson Woo; TIME Chief Technology Officer, Ang Thing Jiun)

Program rakan kongsi Fortinet, "Fortinet Engage" dirancang untuk mempersiapkan penyedia perkhidmatan dengan lebih baik demi kejayaan dalam persekitaran keselamatan hari ini. Status "Advanced Partner" TIME adalah untuk mengiktirafkan keupayaannya dalam menyampaikan spektrum penuh perkhidmatan Fortinet dengan menggunakan kepakaran jurutera TIME yang telah mencapai kecemerlangan dalam program pensijilan Fortinet yang diiktiraf oleh industri. "Advanced Partner" tahap termaju berupaya mengendali keperluan pelbagai pelaksanaan dengan menggunakan perkhidmatan Fortinet yang terbukti kejayaannya dalam persekitaran yang rumit.

"Perniagaan inginkan penyelesaian terjamin yang disepadukan sepenuhnya. Pelanggan kami berasa lega apabila mengetahui bahawa TIME bekerjasama dengan Fortinet, peneraju perkhidmatan keselamatan dan perangkaian. Selain daripada teknologi keselamatan rangkaian Fortinet, rangkaian yang diperakui oleh 3 pensijilan Metro Ethernet Forum (MEF) juga merupakan penyedia rangkaian pertama yang telah melepasi Audit Kebingkasan Rangkaian dan Penilaian Risiko ketat dalam sektor perbankan dan kewangan Malaysia berdasarkan Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT) Bank Negara Malaysia. Dengan ringkasnya, kami telah menyepadukan perkhidmatan berkualiti tinggi TIME dengan teknologi Fortinet yang utama dalam industri untuk menyampaikan penyelesaian SD-WAN yang paling mantap dan selamat dalam pasaran Malaysia," kata Kit Au, Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Perusahaan di TIME dotCom.

Pelanggan TIME yang menggunakan perkhidmatan Fortinet akan disokong oleh Fortinet Security Fabric, platform jaringan keselamatan siber berprestasi tertinggi dalam industri yang diwujudkan untuk mengurangkan kerumitan dan meningkatkan keberkesanan keselamatan keseluruhan dalam rangkaian hari ini yang semakin berkembang seperti trend berkerja dari mana-mana (WFA). Teknologi Fortinet dapat meningkatkan perkhidmatan infrastruktur virtualisasi fungsi rangkaian (NFVi) TIME untuk memberi akses kepada inovasi terunggul Fortinet dan perisikan ancaman yang utama dalam industri bagi mengurangkan serangan siber.

Di samping itu, pelanggan TIME akan mendapat akses kepada pengesanan dan respons ancaman serta merta yang diselaraskan melalui Peralatan Premis Pelanggan selamat maya (vCPE), Tembok Api maya (vFW), Tembok Api Aplikasi Web maya (vWAF) TIME bagi memastikan penguatkuasaan keselamatan perimeter yang konsisten dan fleksibel.

Komitmen TIME untuk menjaminkan keselamatan dan keterhubungan di Malaysia ditekankan selanjutnya selepas ia menjadi penyedia perkhidmatan pertama di Asia Tenggara yang diperakui untuk perkhidmatan MEF 3.0 SD-WAN. MEF adalah badan yang berwibawa di dunia untuk perkhidmatan rangkaian terpiawai dan badan yang menetapkan ujian teliti untuk atribut dan keperluan perkhidmatan SD-WAN. Sebagai Penyedia Perkhidmatan diperakui MEF 3.0 SD-WAN, TIME meningkatkan tawaran keselamatan mayanya dan mengukuhkan ekosistemnya demi menyokong persediaan berbilang awan hibrid, pusat data hiperskala dan rangkaian tertumpu. Pelanggan TIME dapat mengawasi seluruh persekitaran IT dengan sepenuhnya tanpa menjejaskan fungsi rangkaian dengan perkhidmatan Secure SD-WAN Fortinet sebagai sebahagian daripada perkhidmatan terurus TIME. Ini membolehkan perniagaan untuk melaksanakan amalan keselamatan yang bersepadu dan konsisten dalam seluruh rangkaian dan beralih daripada perkhidmatan keselamatan kompleks.

"Keperluan perniagaan berubah dengan sangat pantas dan ekosistem rangkaian TIME telah direka bentuk untuk memastikan agar permintaan ini dipenuhi. Sifat dinamik dan selamat seni bina rangkaian TIME menjadikannya sangat sesuai untuk perniagaan yang ingin berkembang akibat daripada peningkatan peralihan perniagaan kepada rangkaian hybrid. Sebagai Rakan Kongsi Termaju Fortinet, ia membolehkan kami menawarkan lebih banyak ciri rangkaian seperti perkhidmatan SD-WAN yang selamat kepada pelanggan kami," kata Ang Thing Jiun, Ketua Pegawai Teknologi TIME.

"Perkongsian ini membolehkan TIME menggabungkan platform-platform, rangkaian dan awan yang berbeza untuk menyampaikan keterlihatan dan kawalan silang platform yang seragam, melindungi rangkaian pelanggan TIME daripada risiko dan mendorong prestasi perniagaan di Malaysia," jelas Dickson Woo, Pengurus Negara, Fortinet Malaysia.

"Penyedia MSS (MSSP) bersama Fortinet boleh menawarkan perkhidmatan natif awan kepada pelanggan dengan perlindungan berpusat terhadap pelaksanaan berbilang awannya. Mereka memperoleh seni bina keselamatan bersepadu secara sepenuhnya yang dikuasakan oleh AI agar pelanggan mereka dapat menangkis ancaman yang berubah dengan cepat. Ini semua menambahkan kepada pelbagai model penggunaan produk yang memberi tawaran perkhidmatan yang fleksibel kepada MSSP untuk mendorong kecekapan kos dan keuntungan," kata Dickson Woo.

Latar Belakang Fortinet

Fortinet memungkinkan dunia digital yang sentiasa kita boleh percayai melalui misinya untuk melindungi orang ramai, peranti dan data di mana-mana. Atas sebab inilah perusahaan, penyedia perkhidmatan dan pertubuhan kerajaan terbesar di dunia memilih Fortinet untuk mempercepatkan perjalanan digital mereka dengan selamat. Platform Fortinet Security Fabric menyediakan ciri perlindungan yang luas, bersepadu dan automatik pada seluruh permukaan serangan digital, menjamin peranti, data, aplikasi dan sambungan kritikal daripada pusat data ke awan hingga pejabat rumah. Tersenarai di kedudukan #1 bagi perkakas paling selamat yang dihantar di seluruh dunia, lebih daripada 565,000 pelanggan mempercayai Fortinet untuk melindungi perniagaan mereka. Fortinet NSE Training Institute pula, satu inisiatif oleh Training Advancement Agenda (TAA) Fortinet, menyediakan salah satu program latihan terbesar dan paling luas dalam industri ini untuk menjadikan latihan siber dan peluang kerjaya baharu tersedia untuk semua orang. Ketahui lebih lanjut di https://www.fortinet.com, Blog Fortinet atau FortiGuard Labs.

Latar Belakang TIME dotCom Berhad

TIME adalah penyedia telekomunikasi yang menyampaikan sambungan domestik dan global, pusat data, pengkomputeran awan dan perkhidmatan terurus kepada pelanggan di seluruh ASEAN. Aset rangkaian gentian optiknya yang mencakupi negara-negara di mana ia mempunyai kehadiran operasi yang mantap iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja memperkukuhkan lagi perniagaan TIME. Rangkaian TIME yang melangkaui rantau ini menyediakan sambungan antarabangsa melalui lokasi-lokasi kehadirannya dalam UNITY, FASTER, Asia Pacific Gateway (APG) dan sistem kabel dasar laut Asia-Africa-Europe-1 (AAE-1). Ibu pejabat TIME terletak di Shah Alam. Kunjungi https://www.time.com.my untuk maklumat lanjut.

Hubungan Media:

Lynette Lioe
Emel: lynettelioe@fortinet.com 

Loo See Mun
Emel: seemun.loo@time.com.my

Source: Fortinet
Keywords: Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements