omniture

FinoFy Melancarkan Aplikasi Mudah Alih Baharu, 'Trade on the Go'

FinoFY Technologies
2022-04-27 12:43 36

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 April 2022 /PRNewswire/ -- FinoFy Technologies Pvt. Ltd. iaitu sebuah syarikat penasihat pelaburan era baharu, hari ini mengumumkan pelancaran aplikasi baharunya untuk peranti mudah alih iOS dan Android. Penambahan kepada teknologi FinoFy ini akan menggambarkan inisiatif syarikat itu dalam menyampaikan intelek pelaburan tersuai kepada para pelabur dan akan mendemokrasikan industri pelaburan di luar negara dengan pengalaman perdagangan yang lancar di pelbagai segmen seperti Forex, Comex, pasaran Ekuiti & pasaran Mata Wang.

Dengan teknologi dan keselamatan terkemuka, aplikasi mudah alih FinoFy ini akan berkongsi cadangan saham bergantung pada profil risiko pratakrif pelanggan. Para pelanggan boleh menggunakan isyarat perdagangan di mana-mana sahaja dengan usaha yang minimum. Aplikasi FinoFy ini bertujuan untuk membantu para pedagang menerima cadangan saham yang tepat pada masanya, memastikan penandaan pelaksanaan perdagangan dan belajar mengenai pasaran saham. 'Penyelesaian Sehenti' untuk para pelabur.

"Aplikasi FinoFy ini sedang mengubah cara para pelabur dan pedagang berdagang dengan mentakrifkan semula perdagangan melalui cara yang belum pernah dilihat sebelum ini," kata Vamsi Bezwada, Pengarah FinoFy Technologies Ltd. "Penyelesaian khusus FinoFy adalah berdasarkan profil risiko dan kewangan pelanggan serta disokong oleh teknologi canggih dan penyelidikan teknikal yang menyeluruh. Matlamat kami dengan FinoFy adalah untuk mencipta pengalaman yang lancar bagi para pelabur dan pedagang, menjadikannya sebuah aplikasi mudah alih yang paling mesra pengguna dan bermanfaat."

Tentang FinoFy 

FinoFy Technologies Ltd. ialah sebuah Syarikat Penasihat Pelaburan yang dipacu tujuan. Kami memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dalam pelbagai pasaran pertumbuhan tinggi di seluruh dunia dengan menawarkan pelbagai produk penasihat pelaburan. Gabungan penyelidikan yang luas selama 15 tahun dalam pasaran saham dengan warisan proses yang dipacu teknologi membantu prestasi dan menyesuaikan pilihan demi memastikan penyampaian pengalaman pelaburan yang terbaik kepada para pelanggan kami.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1805170/FinoFY_Technologies_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: FinoFY Technologies
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment New products/services Financial Technology