omniture

Hivestack Mengumumkan Perikatan Global dengan Xandr untuk Digital Luar Rumah (DOOH) yang Programatik

Hivestack Inc.
2022-04-27 21:00 28

Perikatan itu akan membolehkan para pengiklan Xandr Invest membeli inventori digital luar rumah (DOOH) secara programatik pada skala global melalui Platform Sisi Bekalan (SSP) Hivestack 

MONTREAL, 27 April 2022 /PRNewswire/-- Hivestack, sebuah syarikat bebas bagi teknologi pengiklanan digital luar rumah (DOOH) programatik yang terbesar di dunia hari ini mengumumkan kerjasama global strategik dengan Xandr, sebuah platform teknologi didayakan data yang memperkasakan pasaran global untuk pengiklanan premium.

Melalui perikatan ini, Invest DSP iaitu Platform Sisi Permintaan syarikat tersebut akan disepadukan ke dalam Platform Sisi Bekalan (SSP) Hivestack yang akan membolehkan para pengiklan Xandr mengakses inventori DOOH global premium Hivestack dengan urus niaga RTB melalui tawaran Pertukaran Terbuka dan Pasaran Persendirian (PMP).

"Ketika kami terus mentakrifkan semula masa depan pengiklanan digital luar rumah (DOOH), rakan kongsi perniagaan DSP pelbagai saluran kami semakin bertambah penting untuk misi kami", kata Bruno Guerrero, Ketua Pegawai Operasi Hivestack. "Kami teruja untuk mengumumkan pakatan global yang penting ini dengan Xandr dan berharap dapat mendorong industri DOOH secara kolektif dengan lebih jauh dari segi teknologi dan inovasi."

"Pertumbuhan yang telah kami lihat dalam saluran DOOH merupakan bukti kepada peluang menarik yang para pengiklan ada pada hari ini untuk memanfaatkan data, pengukuran dan kepersisan dalam strategi pengiklanan OOH mereka. Kami teruja untuk mengumumkan kerjasama kami dengan Hivestack yang telah terbukti sebagai peneraju kepada inovasi ini", tambah Dylan McBride, Ketua Perkongsian Global Xandr.

Kerjasama ini akan dilancarkan dengan serta-merta di seluruh pasaran global utama yang berkait rapat dengan inventori bekalan digital yang kukuh dan mempunyai pelanggan permintaan yang aktif.

Tentang Hivestack

Hivestack ialah sebuah syarikat teknologi pemasaran global terbesar yang bebas sepenuhnya dan serba lengkap yang memperkasa sisi jual beli pengiklanan programatik digital luar rumah (DOOH). Hivestack telah ditubuhkan pada tahun 2017 dengan ibu pejabat di Montreal, Kanada dan beroperasi di 25 buah negara di seluruh dunia.  Untuk maklumat lanjut, sila layari hivestack.com atau ikuti kami di LinkedIn, Twitter dan Facebook @hivestack.

Tentang Xandr

Xandr merupakan sebuah unit perniagaan dalam AT&T yang menguasai pasaran global untuk pengiklanan premium. Platform teknologi didayakan data kami yang merangkumi Xandr Invest, Xandr Monetize dan Xandr Curate mengoptimumkan pulangan pelaburan untuk para pembeli dan penjual. Selama lebih 143 tahun, AT&T telah menggunakan data dan teknologi untuk memaklumkan dan menambah baik pengalaman pengguna.

Hubungan Media: Ginny Bourne, Pengarah Komunikasi Global, Hivestack, ginny@hivestack.com; Hubungan Media: Kathryn Foster, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat, EMEA, Xandr, kathryn.foster@xandr.com 

Source: Hivestack Inc.
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Data Analytics