omniture

DREAM11 BERGANTUNG PADA VOLT ACTIVE DATA UNTUK MENARIK 130 JUTA PENGGUNA KE IPL 2022

Volt Active Data
2022-04-27 21:12 39

Platform Sukan Fantasi Terbesar Di Dunia Telah Mengumumkan Pengembangan Kerjasama Terkini dengan Volt Active Data untuk Mencapai Kejayaan Yang Boleh Diukur. 

BEDFORD, Massachusetts, 27 April 2022 /PRNewswire/ -- Volt Active Data, satu-satunya platform data gred perusahaan yang direka untuk memenuhi permintaan masa nyata bagi syarikat permainan berprofil tinggi dan syarikat teknologi intensif transaksi, hari ini mengumumkan bahawa Dream11, platform sukan fantasi terbesar di dunia, telah mengembangkan kontrak syarikatnya dengan Volt.

Dream11 mempunyai lebih 130 juta  pengguna aktif dan telah sedia untuk mengendalikan lebih daripada 10 juta pengguna secara serentak pada waktu puncak. Dream11 pada asalnya bermula dengan Volt pada musim IPL 2018 dan selepas menyaksikan kejayaan dengan teknologi tersebut—yang sebahagiannya disebabkan kependaman rendah, daya pemprosesan yang tinggi dan jaminan masa aktif platform yang disediakan oleh Volt—ia memutuskan untuk mendalami hubungannya dengan Volt dan memperluas penggunaannya dalam Platform Volt Active Data.

"Ini merupakan satu situasi menang-menang bagi Dream11 dan Volt," kata Ketua Pegawai Eksekutif Volt Active Data, David Flower. "Pengembangan ini bukan sahaja mewakili satu lagi pengesahan Platform Volt Active Data sebagai peneraju dalam teknologi data masa nyata, malah ia juga merupakan pengubah permainan bagi Dream11 kerana ia menjadikan platform ini sedia masa depan dengan pertumbuhan menarik yang sedang dan akan terus dialaminya."

Volt menyediakan ketepatan, kebolehpercayaan dan prestasi yang didorong oleh berjuta-juta peminat sukan yang ingin menyertai pertandingan fantasi semasa IPL. Sama ada mereka bertanding sesama rakan atau berjuta-juta peminat lain untuk mempamerkan kemahiran dan pengetahuan mereka tentang kriket, kependaman rendah Volt walaupun mengalami peningkatan lalu lintas yang mendadak (sejurus selepas lambungan) membolehkan Dream11 menyediakan pengalaman fantasi terbaik untuk para peminatnya dan menjadi pilihan sukan fantasi nombor satu di India.

"Dengan kejayaan musim IPL 2022 yang akan menetapkan satu rekod baharu di seluruh platform, kami sedar ini merupakan masa yang tepat untuk meningkatkan hubungan strategik kami dengan pasukan Volt Active Data," kata Ketua Pegawai Teknologi Dream11, Amit Sharma. "Di Dream11, pengalaman pengguna yang hebat, pendekatan dipacu data dan teknologi canggih sentiasa menjadi teras kami. Cabaran pola data yang kami hadapi semasa IPL adalah sangat bernuansa dan Volt merupakan satu-satunya platform yang kami temui, mampu membantu kami mengatasi cabaran teknikal ini."

Tentang Volt Active Data

Volt Active Data memperkasakan aplikasi gred perusahaan untuk menggabung, memproses dan bertindak ke atas data dalam jangka masa milisaat satu digit untuk memanfaatkan aliran pendapatan baharu dan mencegah kehilangan pendapatan. Dengan pelanggan terkemuka dalam telekomunikasi, kewangan, permainan dan pelbagai vertikal yang lain, Platform Volt berada pada kedudukan yang unik untuk menjadi teknologi yang dipilih oleh mana-mana syarikat yang ingin memanfaatkan sepenuhnya teknologi 5G, IoT dan teknologi seterusnya. Ketahui lebih lanjut di voltactivedata.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1805076/Volt_Active_Data_Logo.jpg?p=medium600

Source: Volt Active Data
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services