omniture

Zymo Research Membuat Pelaburan Strategik dalam Star Array untuk Membangunkan Platform Pengekstrakan Asid Nukleik Automatik/PCR yang Sangat Pantas untuk Pasaran POCT

Zymo Research Corp.
2022-04-27 22:02 49

IRVINE, California, 27 April 2022 /PRNewswire/ -- Zymo Research dan Star Array hari ini mengumumkan pelaburan strategik Zymo Research untuk memperoleh kepentingan dalam Star Array, sebuah syarikat teknologi bioperubatan milik persendirian yang berpusat di Singapura. Pelaburan ini membolehkan Zymo Research dan Star Array menggabungkan teknologi asai dan penulenan asid nukleik Zymo Research dengan kepakaran kejuruteraan dan automasi Star Array untuk berkembang ke pasaran Untuk Kegunaan Penyelidikan Sahaja (FRUO) serta pasaran diagnostik yang baru muncul termasuk Ujian Peringkat Penjagaan (POCT).

Star Array menerima pelaburan strategik daripada Zymo Research Corp. untuk membangunkan Platform pengekstrakan asid nukleik automatik/PCR yang sangat pantas untuk pasaran POCT.
Star Array menerima pelaburan strategik daripada Zymo Research Corp. untuk membangunkan Platform pengekstrakan asid nukleik automatik/PCR yang sangat pantas untuk pasaran POCT.

Fokus Star Array adalah pada pembangunan sistem penulenan asid nukleik automatik (berasaskan kaset) yang digabungkan dengan teknologi pengukuhan asid nukleik yang sangat pantas. Ia mengeluarkan dan memasarkan pelbagai penganalisis genetik termasuk produk utamanya, XDive, sebuah platform qPCR yang sangat pantas bersama-sama dengan kit dan perisian yang berkaitan. Semasa wabak COVID-19, Star Array telah membangunkan ujian untuk pengesanan SARS-CoV-2 menggunakan sistem XDive. Keseluruhan proses daripada pengambilan sampel hingga keputusan ujian mengambil masa kurang daripada 45 minit dan sistem tersebut boleh digunakan dalam mana-mana persekitaran klinikal. Star Array sedang mengusahakan proses untuk mendapatkan Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) A.S. melalui program Pecutan Diagnostik Pantas (RADx®) Institut Kesihatan Nasional (NIH).

Sejak penubuhannya pada tahun 1994, Zymo Research terkenal dengan teknologi asai dan pengekstrakan DNA/RNA. Matlamatnya adalah untuk membangunkan kit dan peranti pengumpulan sampel yang lebih cekap yang memudahkan serta memendekkan masa yang diperlukan untuk mengasingkan asid nukleik di makmal. Zymo Research akan bekerjasama dengan Star Array untuk membangunkan kaset sedia guna yang mengandungi reagen yang sesuai untuk kit ujian COVID-19 Star Array serta POCT pada masa akan datang.

"Instrumen PCR Star Array yang hebat meletakkannya sebagai peneraju teknologi PCR dengan sistem PCR XDive miliknya yang boleh melengkapkan 40 kitaran qPCR multipleks dalam masa 5 hingga 7 minit. Apabila digabungkan dengan sistem Star Array, reagen penulenan DNA/RNA dan asai berasaskan asid nukleik Zymo Research akan memudahkan aliran kerja Sampel-Masuk/Keputusan-Keluar yang ringkas. Melalui pelaburan kami dalam Star Array, kami akan membangunkan produk yang menyasarkan POCT di pasaran global," kata Marc Van Eden, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Zymo Research.

"Zymo Research dan Star Array telah membina perniagaan pada era pertemuan sains dan teknologi di mana kami berkongsi visi yang sama untuk mencipta teknologi PCR yang sangat pantas yang akan membolehkan ujian PCR POC dianalisis dalam masa hanya beberapa minit di bilik pemeriksaan, makmal dan hospital. Kami bersama-sama berusaha untuk membina lebih banyak produk POCT pada masa akan datang," kata Dr. Yanhui Liu, Naib Presiden Star Array Pte. Ltd.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengekstrakan DNA/RNA dan teknologi asai Zymo Research, sila kunjungi laman webnya. Untuk maklumat lanjut tentang teknologi Star Array, sila klik di sini: https://www.star-array.com/research-tools.

Tentang Zymo Research Corp.
Zymo Research ialah sebuah syarikat swasta yang telah memberi perkhidmatan kepada komuniti saintifik dan diagnostik dengan alat biologi molekul canggih sejak 1994. Visi syarikat iaitu "Keindahan Sains Menjadikan Semua Perkara Mudah" dizahirkan pada semua produknya, daripada epigenetik hingga teknologi penulenan DNA/RNA. Dikenali dalam sejarah sebagai peneraju epigenetik, Zymo Research melangkaui batas kemajuan dengan penyelesaian baharu untuk pengumpulan sampel, pengukuran mikrobiomik, peranti diagnostik dan teknologi Penjujukan Generasi Seterusnya (NGS) yang berkualiti tinggi dan mudah digunakan. Ikuti Zymo Research di Facebook, LinkedIn, Twitter dan Instagram.

Tentang Star Array Pte Ltd
Star Array ialah pembangun utama bagi ujian genetik di lokasi yang sangat pantas berdasarkan penyediaan sampel bersepadu dan proses qPCR baharu. Syarikat ini memberi tumpuan kepada teknologi pengukuhan dan pengekstrakan asid nukleik yang sangat pantas. Permintaan terhadap tempoh tindak balas yang pantas telah mendorong Star Array untuk memperkenalkan ujian genetik yang sangat pantas bagi rawatan kepersisan di lokasi termasuk di bilik pemeriksaan dan ujian makmal rutin di hospital. Star Array beribu pejabat di Singapura. Hubungi Star Array di https://www.star-array.com.

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1805123/Zymo_Research_Star_Array.jpg?p=medium600 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/364743/Zymo_Research_Corp_Logo.jpg?p=medium600  

Source: Zymo Research Corp.
Keywords: Banking/Financial Service Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Financing agreements