omniture

Envision Energy Dianugerahkan Kontrak Turbin Angin 2000 MW di India

Envision Energy
2022-04-27 22:58 43

DELHI, India, 27 April 2022 /PRNewswire/ -- Envision Energy hari ini mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan dengan tempahan untuk memasang turbin angin berkapasiti 2000 MW di India. Sebanyak 596 turbin angin, kesemuanya dibuat di kilang Envision di India dan dijangka akan siap dipasang pada akhir tahun 2023.

Envision akan membekal dan menggunakan turbin angin EN156/3.3 miliknya yang canggih untuk projek tersebut. EN 156/3.3 mempunyai rotor sepanjang 156m - rotor terbesar di negara ini. Rotor ini disertakan dengan penjana berkapasiti 3.3MW dan hab setinggi 140m. Reka bentuk ini disesuaikan secara unik untuk memaksimumkan tenaga yang dihasilkan daripada rejim angin rendah yang popular di negara ini.

Envision telah melabur sebanyak USD25 juta untuk menubuhkan kilang pemasangan nasel dan hab berkapasiti 1200 MW di Pune pada tahun 2018. Untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat, Envision akan meningkatkan kapasiti semasa sebanyak dua kali ganda. Envision juga sedang membina kilang bilah di India, yang dijangka siap pada suku pertama tahun 2023.

Projek sedia ada Envision di India ialah ladang tenaga angin Khagashree berkapasiti 198MW dan ladang tenaga angin Kagvard berkapasiti 35MW yang dilengkapi dengan turbin angin EN- 131/2.5MW, masing-masing telah pun beroperasi sejak bulan Mei dan Oktober 2019. Setakat ini, projek-projek ini telah menjana lebih 1.76 bilion kWj tenaga bersih di rantau ini.

"Envision India berbangga dapat menyumbang ke arah komitmen India untuk mencapai keperluan tenaga sebanyak 500 GW dan 50% daripada sumber tenaga boleh baharu menjelang tahun 2030. Dengan pertumbuhan dalam perniagaan tenaga angin dan penyimpanan tenaga kami, kami berharap dapat mengambil lebih 300 orang pekerja tempatan untuk memenuhi keperluan negara yang semakin meningkat serta keperluan pasaran baharu di rantau Asia Pasifik," kata R P V Prasad, Ketua Negara – Wilayah India.

Menurut Kane Xu, Pengarah Urusan Envision India merangkap Naib Presiden Global, "Kami gembira dengan keyakinan yang diberikan oleh rakan kongsi kami di India dan kami berbangga dapat terus menyampaikan penyelesaian terbaik kami di negara ini. Sebagai pakar yang mahir menggunakan teknologi digital, kami dapat memaksimumkan kecekapan, menjimatkan kos dan berinovasi dengan pantas untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami. Selain daripada kuasa angin, kami juga memberikan penyelesaian penyimpanan tenaga, digital dan penyelesaian sifar karbon yang lain kepada pelanggan kami untuk membantu mempercepat peralihan tenaga di seluruh dunia."

Tentang Envision Group

Envision Group ialah sebuah syarikat teknologi hijau yang terkemuka di dunia dan merupakan rakan teknologi karbon sifar bersih. Dengan misi untuk "menyelesaikan cabaran demi masa depan manusia yang lestari". Envision mereka bentuk, menjual dan mengendalikan turbin angin pintar serta sistem penyimpanan pintar melalui Envision Energy; bateri yang dikuasakan AIoT melalui Envision AESC; dan sistem operasi AIoT terbesar di dunia melalui Envision Digital. Ia juga memiliki pasukan Perlumbaan Formula E Envision. Envision terus mempromosikan tenaga angin dan solar sebagai "arang batu baharu", bateri dan bahan api hidrogen sebagai "minyak baharu", rangkaian AIoT sebagai "talian baharu", taman perindustrian karbon sifar bersih sebagai "infrastruktur baharu" serta menggalakkan pembinaan dan penubuhan "industri baharu" yang hijau.

Envision Group dinilai pada kedudukan 10 Terbaik dalam '50 Syarikat Paling Pintar di Dunia' tahun 2019 oleh MIT Technology Review. Pada bulan Oktober 2021, Envision telah menduduki tempat kedua di dunia dalam senarai "Change the World" (Ubah Dunia) Fortune. Envision Group menyertai inisiatif 'RE100' global dan muncul sebagai syarikat pertama di tanah besar China yang komited kepada 100% tenaga boleh baharu menjelang tahun 2025. Pada 22 April 2021, Envision Group mengumumkan bahawa ia akan mencapai keneutralan karbon dalam operasinya menjelang tahun 2022 dan mencapai keneutralan karbon di seluruh rantaian nilainya menjelang tahun 2028.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.envision-group.com

Hubungan Media: Jessica Koerner, jessica.koerner@envision-energy.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/747745/Envision_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Envision Energy
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts