omniture

GROUPM MENGUMUMKAN LANGKAH SETERUSNYA DALAM TRANSFORMASINYA DENGAN TAWARAN AGENSI YANG DIPERTINGKATKAN DAN PENYATUAN ORGANISASI PRESTASI

GroupM
2022-04-27 23:39 37

Essence dan MediaCom akan bergabung membentuk EssenceMediacom 

GroupM Nexus akan dilancarkan di seluruh dunia sebagai sebuah organisasi prestasi terbaik

Mindshare akan melengkapkan penyepaduannya dengan agensi prestasi global, Neo 

LONDON dan NEW YORK dan SAN FRANCISCO, 27 April 2022 /PRNewswire/ -- GroupM, kumpulan pelaburan media WPP, hari ini mengumumkan langkah terbaharu dalam transformasinya untuk mempercepatkan inovasi kepada para pelanggan dan mempermudahkan lagi operasinya. Langkah ini yang dilakukan susulan pelancaran Choreograph iaitu syarikat data dan teknologi global WPP pada bulan April 2021, akan menggabungkan Essence dengan MediaCom dan Mindshare dengan Neo serta mewujudkan sebuah platform prestasi 9,000 saluran silang yang baharu dan kukuh yang dibangunkan berdasarkan teknologi AI. 

 

  • Essence dan MediaCom akan bergabung untuk membentuk EssenceMediacom, sebuah agensi baharu yang menawarkan gabungan DNA Essence yang dipacu data dan digital dengan perancangan khalayak berbilang saluran berskala dan kepakaran media strategik MediaCom. 
  • Bakat dan penyelesaian terkemuka dalam industri daripada Finecast, Xaxis dan GroupM Services - komuniti pakar pengaktifan global GroupM - akan digabungkan untuk membentuk GroupM Nexus, organisasi prestasi media yang terkemuka di dunia. 
  • Mindshare akan melengkapkan penyepaduannya dengan agensi prestasi global, Neo bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan media transformasi yang lebih meluas kepada para pelanggan. 

Nick Lawson (Ketua Pegawai Eksekutif Global MediaCom) akan mengetuai EssenceMediacom yang baru ditubuhkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global. Kyoko Matsushita, setelah lapan tahun bersama Essence, dinaikkan pangkat kepada jawatan baharu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif WPP di Jepun ketika syarikat tersebut terus melabur dalam pasaran pertumbuhan tinggi yang semakin berkembang. Nicolas Bidon (Ketua Pegawai Eksekutif Global Xaxis) akan menerajui GroupM Nexus sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global. 

Christian Juhl, Ketua Pegawai Eksekutif Global GroupM berkata: "Kami bersemangat dengan peluang yang ditawarkan oleh teknologi untuk membantu para pelanggan kami menangani perubahan secara berterusan dan mencapai matlamat pertumbuhan mereka. Masa depan pemasaran adalah dipacu hasil, disokong oleh perancangan yang mengutamakan khalayak dan sentiasa meningkatkan standard prestasi yang didayakan AI. Melalui GroupM Nexus dan agensi kami yang hebat iaitu Mindshare, Wavemaker dan EssenceMediacom, kami sedang membangunkan masa depan yang didayakan teknologi, bersama-sama dengan para pelanggan kami yang bertanggungjawab terhadap matlamat pertumbuhan pengiklan dan visi kami untuk mewujudkan ekosistem pengiklanan yang berfungsi untuk semua orang. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kyoko yang telah mengembang dan mengukuhkan Essence semasa perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global serta atas jawatan baharu beliau yang menarik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif WPP di Jepun. Kami akan terus bekerjasama rapat untuk mengukuhkan kedudukan agensi kami di seluruh Asia Pasifik." 

Joshua Spanier, Naib Presiden Pemasaran Google berkata: "Kerjasama jangka panjang kami dengan Essence yang dilengkapkan oleh Mediacom, membantu kami mencapai matlamat pemasaran kami yang bercita-cita tinggi. Gabungan cerapan pintar, analisis teliti dan pemikiran kreatif yang meluas yang dipertingkatkan di seluruh dunia ini telah membuka peluang baharu dan memberikan kesan yang lebih kuat; kami teruja dengan langkah ke hadapan seterusnya dalam usaha kami bersama-sama."

Luis Di Como, Naib Presiden Eksekutif Global Media Unilever berkata: "Pendigitalan mengubah cara pengguna hidup, bermain dan membeli-belah dan seterusnya membawa pembaharuan kepada industri kami dengan pantas. Pertumpuan media, hiburan dan perdagangan dalam persekitaran digital membolehkan kami membina jenama dan menukarkannya kepada jualan di tempat yang sama. Namun, untuk menyediakan pengalaman serba lengkap yang mudah kepada para pengguna, kami sebagai sebuah industri mesti menggunakan kemahiran dan kepakaran baharu serta memanfaatkan cara bekerja yang baharu. Kami didorong oleh perubahan yang diumumkan GroupM pada hari ini yang akan menyaksikan penyepaduan yang lebih besar antara pemasaran dipacu data, perancangan khalayak berbilang saluran, prestasi dan kepakaran media strategik."

EssenceMediacom: yang memiliki 10,000 orang pekerja di 125 buah pejabat bakal dilancarkan pada tahun 2023  

Direka untuk memperkasakan pertumbuhan pelanggan di seluruh dunia dengan tindak balas yang tangkas terhadap landskap media yang berkembang pesat, EssenceMediacom menggabungkan DNA Essence yang dipacu data dan digital dengan perancangan khalayak berbilang saluran berskala dan kepakaran media strategik MediaCom. 

Para pelanggan akan dapat memanfaatkan sebuah organisasi global yang diperluas yang diasaskan daripada dua buah agensi yang merupakan pelengkap strategik yang direka secara eksklusif untuk meningkatkan pertumbuhan pelanggan. Essence dan MediaCom telah menggunakan model operasi ini kepada tiga pelanggan global bersama: Google, Mars dan NBCUniversal. 

Penggabungan Essence dan MediaCom dilakukan berdasarkan rekod pertumbuhan perniagaan yang kukuh bagi kedua-dua agensi ini. COMvergence telah meletakkan MediaCom pada kedudukan pertama dalam industri ini di atas pemerolehan perniagaan baharu pada tahun 2021 dengan pengebilan baharu bernilai $2.87B yang membawa kepada pemerolehan tersebut, manakala Essence terus berkembang dan memperluas bidang kuasanya dengan Google dan pelanggan utama yang lain. 

Nick Lawson, Ketua Pegawai Eksekutif EssenceMediacom berkata: "Pembentukan EssenceMediacom adalah berdasarkan kerjasama yang kukuh dan terbukti antara agensi ini untuk mewujudkan model agensi yang diinginkan oleh para pelanggan kami untuk masa depan — yang diasaskan berdasarkan strategi cemerlang dan keupayaan pembinaan jenama dengan kepakaran digital perintis yang dilaksanakan sepenuhnya. EssenceMediacom bukan sahaja akan membantu para pelanggan kami melihat gambaran yang lebih besar dan memperbaharui segala yang boleh; ia juga akan menyediakan peluang kepada para pekerja kami untuk meningkatkan kemahiran dan berlatih di bidang baharu yang memperkaya dan meningkatkan lagi kerjaya mereka." 

Kyoko Matsushita berkata: "Pemasar global pada hari ini memerlukan ketangkasan dan skala daripada rakan kongsi agensi mereka untuk menyokong perniagaan mereka di seluruh pasaran antarabangsa dengan memuaskan. Dengan menyatukan Essence dengan MediaCom - masing-masing dengan sejarah kecemerlangannya yang tersendiri – akan mewujudkan gabungan inovasi tangkas dan berskala global yang benar-benar unik dalam sebuah agensi." 

GroupM Nexus bakal dilancarkan sebagai sebuah organisasi global dengan 9,000 orang pengamal digital dan teknologi yang memberikan perkhidmatan kepada semua pasaran 

GroupM Nexus akan terdiri daripada 9,000 orang pengamal di seluruh dunia yang bertanggungjawab secara kolektif untuk pengaktifan lebih 2 juta kempen yang diuruskan oleh GroupM setiap tahun. Komuniti global ini mewakili pasukan para pakar dalam platform dan saluran digital, carian, sosial, programatik, AI, pengoptimuman saluran silang serta teknologi dan perisian dipacu data yang terkemuka dalam industri.

GroupM Nexus menyatukan TV dan kandungan GroupM yang boleh dikendalikan dan teknologi AI (Copilot) dengan penyelesaian saluran omni daripada Finecast, Xaxis dan GroupM Services ke dalam sebuah unit tunggal. Organisasi global ini akan disokong oleh platform prestasi saluran silang baharu dan hab penghantaran antarabangsa untuk menetapkan penanda aras baharu bagi inovasi dan kecekapan prestasi kepada agensi dan pelanggan GroupM.

Nicolas Bidon, Ketua Pegawai Eksekutif GroupM Nexus berkata: "GroupM Nexus menyatukan bakat media terkemuka, kecemerlangan perkhidmatan digital, teknologi AI canggih dan perkongsian berskala yang unik ke dalam sebuah organisasi prestasi saluran silang baharu dengan satu tujuan: memperkasakan pertumbuhan para pekerja dan agensi kami serta jenama menakjubkan yang mereka wakili. Kami tidak sabar untuk berinovasi bersama-sama dan membuka peluang baharu kepada semua orang." 

Mindshare akan melengkapkan penyepaduan 1,200 orang pakar dan perunding prestasi Neo serta perkhidmatan yang mengutamakan digital ke dalam penawaran globalnya 

Mindshare dan Neo akan beroperasi di bawah jenama Mindshare tetapi akan mengekal dan meningkatkan model operasi Neo dengan memberi tumpuan kepada pengkhususan penyelesaian prestasi sebagai teras dan akan menyepadukannya dalam tawaran penuh Mindshare. Seramai 1,200 orang pakar dan perunding prestasi Neo yang mengutamakan digital akan digabungkan dengan 10,000 orang pakar media Mindshare, manakala perkhidmatan Neo yang mengutamakan digital akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam penawaran Mindshare dan GroupM. 

COMvergence telah meletakkan Mindshare pada kedudukan ketiga dalam kedudukan perniagaan baharu global untuk tahun 2021 bagi hasil pelanggan yang baru diperolehi dan dikekalkan bernilai $2B dan Mindshare baru-baru ini dinobatkan sebagai Rangkaian Agensi Media #1 dalam senarai 100 kedudukan WARC Media untuk tahun ketiga berturut-turut.

Adam Gerhart, Ketua Pegawai Eksekutif Global Mindshare berkata: "Ini merupakan sebuah perjalanan yang telah kami lalui sepanjang tahun lalu dengan ramai pelanggan yang telah menuntut perkhidmatan media yang lebih pelbagai untuk memacu pertumbuhan mereka. Penggabungan ini memberikan akses yang lancar kepada keupayaan Neo yang mengutamakan digital dan fokus yang berterusan terhadap model prestasi untuk mempercepatkan Good Growth. Bagi pasukan kami, ia bermakna lebih banyak peluang dan keupayaan untuk memberi kesan yang lebih besar di seluruh dunia. Saya gembira dapat bekerjasama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Neo, Nasreen Madhany ketika kami melengkapkan penyepaduan kedua-dua perniagaan ini dan melangkah bersama-sama ke masa depan yang baharu."

Tentang GroupM

GroupM ialah syarikat pelaburan media terkemuka di dunia yang bertanggungjawab untuk pelaburan media tahunan yang bernilai lebih $50B melalui agensi Mindshare, Wavemaker, EssenceMediacom dan m/SIX. Portfolio GroupM merangkumi Data & Teknologi (Choreograph), Pelaburan dan penyelesaian prestasi saluran silang (GroupM Nexus), kesemuanya bersatu di dalam visi untuk membentuk era media seterusnya di mana pengiklanan berfungsi dengan lebih baik untuk orang ramai. Dengan memanfaatkan faedah penskalaan, syarikat ini menginovasi, membezakan dan menjana nilai yang mampan kepada para pelanggan kami walau di mana sahaja mereka menjalankan perniagaan. Ketahui lebih lanjut tentang GroupM di www.groupm.com.

Hubungan: 
Jared Baiman
jared.baiman@groupm.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/283547/groupm_Logo.jpg?p=medium600 

Source: GroupM
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Entertainment Corporate Expansion