omniture

FP Markets lancar FP Markets Partners Hub. Pilihan premium untuk para pakar Pemasaran IB & Ahli Gabungan

FP Markets
2022-04-28 00:19 35

FP Markets Partners Hub merupakan sumber maklumat yang kaya untuk rakan kongsi, yang mengandungi bahan pemasaran dan artikel serta tip bermaklumat yang mendalam untuk IB dan Ahli Gabungan mengetahui cara memaksimumkan  potensi pendapatan mereka 

SYDNEY, 27 April 2022 /PRNewswire/ -- FP Markets telah melancarkan Partners Hub miliknya yang bermaklumat untuk para pakar Pemasaran IB & Ahli Gabungan. FP Markets Partners Hub yang baharu dan eksklusif ini merupakan manfaat tambahan kerana menyertai FP Markets sebagai Rakan Kongsi dan merupakan sebuah sumber bermaklumat dan tempat pertemuan bagi Broker Pencadang (IB) dan Ahli Gabungan. Struktur rebat FP Markets berdasarkan jumlah yang sangat kompetitif dan digabungkan dengan halangan kemasukan yang rendah, menjadikan FP Markets sebagai rakan kongsi yang ideal untuk IB dan Ahli Gabungan daripada semua saiz dan tahap pengalaman.

 

FP Markets launches the FP Markets Partners Hub.
FP Markets launches the FP Markets Partners Hub.

 

Partners Hub yang eksklusif untuk FP Markets ini meningkatkan pengalaman rakan kongsi dengan menyediakan peluang untuk belajar dan berkembang. Ia menawarkan tip dan nasihat penglibatan pelanggan yang  sangat berguna bagi mereka yang baru memulakan perjalanan perkongsian mereka. Selain itu, Rakan Kongsi dapat melihat berita serta acara syarikat dan rakan kongsi terkini untuk memastikan mereka tidak ketinggalan mana-mana peluang yang tersedia daripada FP Markets. IB dan Ahli Gabungan kini turut mempunyai akses kepada alatan canggih, termasuk sepanduk, suapan kandungan, artikel, eBuku, laman penambat, logo, Soalan Lazim, tutorial dan webinar.

Sebagai Rakan Kongsi FP Markets, anda layak untuk menikmati pelbagai ciri menarik termasuk:

  • Model CPA yang menarik
  • Pengurusan Akaun melalui sebuah Portal IB khusus yang selamat
  • Portal IB khusus untuk mendapatkan analisis & statistik dalam masa nyata
  • Komisen dibayar dalam Masa Nyata
  • Pengeksportan data transaksi dalam bentuk PDF/CSV bagi pelaporan dan penyesuaian
  • Penyertaan pelanggan yang pantas
  • Program Rebat yang sangat kompetitif, fleksibel dan menarik
  • Penukaran tinggi bagi sepanduk media, laman penambat & bahan pendidikan yang meluas.
  • Platform berbilang peringkat dan pelbagai tahap untuk IB Pakar dan individu
  • Bahan dan alatan pemasaran digital dalam pelbagai bahasa untuk menjejak, mengurus dan meningkatkan penukaran anda (sepanduk animasi dan statik bagi mempromosikan USP kami)
  • Tawaran tersuai & Struktur Pembayaran berbilang peringkat melalui Portal Ahli Gabungan yang khusus
  • Pemindahan dalam masa nyata dengan satu klik bagi permintaan dana daripada Akaun Rebat ke Akaun Dagangan
  • Perkhidmatan Pakar Penukaran Khusus selama 24 jam sehari sepanjang 5 hari bekerja
  • Pembayaran komisen dalam masa nyata

Ketua Rakan Kongsi FP Markets, Michael Roussos mengulas "FP Markets melabur dengan banyak dalam Rakan Kongsinya dan menyediakan beberapa keadaan dagangan terbaik kepada pelanggan. Rakan Kongsi menjadi fokus utama FP Markets yang menghasilkan kewujudan perkongsian jangka panjang antara Syarikat dengan pakar Pemasaran IB & Ahli Gabungan. FP Markets sentiasa membangunkan alatan canggih untuk Rakan Kongsinya yang direka untuk menyokong keperluan mereka dan berusaha untuk menyediakan keadaan yang terbaik bagi perkongsian yang berjaya, berhasil dan berpanjangan."

Nota kepada Editor 

Tentang FP Markets: 

  • FP Markets ialah Broker Forex global dengan pelbagai kawal selia dan mempunyai pengalaman industri selama lebih 16 tahun.
  • FP Markets menawarkan sebaran Forex antara bank yang sangat kompetitif yang tersedia daripada 0.0 pip dan leveraj sehingga 500:1 pada Akaun Pro.
  • Muat turun Aplikasi Mudah Alih FP Markets dan berdagang di mana-mana sahaja pada pelbagai platform dalam talian yang hebat seperti MetaTrader 4, MetaTrader 5, WebTrader dan Iress.
  • Perkhidmatan cemerlang selama 24 jam sehari sepanjang 7 hari seminggu dalam pelbagai bahasa oleh syarikat ini telah diiktiraf oleh Investment Trends sebagai destinasi utama bagi beberapa pelanggan yang paling berpuas hati dalam industri dan telah menerima "Anugerah Kepuasan Pelanggan Tertinggi Keseluruhan" daripada Investment Trends selama lima tahun berturut-turut.
  • FP Markets telah dianugerahkan gelaran 'Broker Nilai Forex Global' selama tiga tahun berturut-turut (2019, 2020, 2021) dalam Anugerah Forex Global.
  • FP Markets telah dinobatkan sebagai "Pengalaman Dagangan Terbaik di EU" semasa Anugerah Forex Global 2021.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1804805/FP_Markets_Hub.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1574261/FP_Markets_Logo.jpg?p=medium600

   

 

Source: FP Markets
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service New products/services Financial Technology