omniture

GMG dan SUTL melengkapkan perjanjian untuk kedai Nike di Singapura dan Malaysia

GMG
2022-04-28 16:27 17

SINGAPURA dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 April 2022 /PRNewswire/ -- GMG, sebuah syarikat kesejahteraan global dalam peruncitan, pengedaran dan pembuatan portfolio jenama antarabangsa dan tempatan yang terkemuka di seluruh sektor sukan, makanan dan kesihatan, telah mengambil alih kedai khusus Nike daripada cabang peruncitan sukan SUTL Corporation ("SUL"), sebuah syarikat pengedaran terkemuka bagi produk pengguna dan gaya hidup yang mewakili jenama global di Asia.

GMG’s Deputy Chairman and CEO, Mohammad A. Baker with SUTL’s Chairman and CEO, Arthur Tay
GMG’s Deputy Chairman and CEO, Mohammad A. Baker with SUTL’s Chairman and CEO, Arthur Tay

Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, semua kedai runcit khusus barangan Nike sahaja yang kini dikendalikan oleh SUTL di Singapura dan Malaysia, kini akan dimiliki dan dikendalikan oleh GMG. Pengurusan kanan daripada kedua-dua syarikat telah hadir pada majlis menandatangani perjanjian itu termasuk Timbalan Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Mohammad A. Baker; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Kapil Sethi dan Ketua Pegawai Undang-undang, Encik Pradeep Chandrasekharan dari GMG, bersama-sama dengan Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif, Arthur Tay; Pengurus Besar Kumpulan, Teo Joo Leng dan Pengarah Perniagaan Kumpulan, Alex Tay dari SUTL.

Timbalan Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GMG, Mohammad A. Baker mengulas: "Pengambilalihan kedai Nike SUTL menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan pertumbuhan kami. Ini bukan sekadar satu lagi pengambilalihan kedai runcit, tetapi juga satu peluang untuk mengukuhkan kedudukan kami di Asia yang membolehkan kami mengukuhkan lagi kerjasama kami dengan Nike dan memperluas jejak kami di Asia."

GMG telah memperkenalkan lebih 120 jenama ke dalam pasarannya, mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif melalui empat cabang perniagaan: GMG Sports, GMG Food, GMG Health dan GMG Consumer Goods. Vertikal ini disatukan di bawah visi yang berpusatkan tujuan untuk GMG memberi inspirasi kepada orang ramai untuk berjaya dengan cara yang menjadikan dunia ini lebih baik. 

Mengulas tentang penjualan tersebut, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUTL, Arthur Tay berkata: "Setelah bekerjasama dengan jenama ini sejak 12 tahun yang lalu, kami ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada Nike kerana menyediakan peluang kepada kami untuk membawakan jenama ini menjadi lebih baik. Kami telah menubuhkan asas yang kukuh untuk mengembangkan kehadiran peruncitan Nike dalam pasaran ini dan kami percaya ini adalah masa yang sesuai untuk memanfaatkan kejayaan ini dengan menyerahkan baton kepada syarikat yang berpandangan ke hadapan seperti GMG, untuk membawanya ke peringkat seterusnya."

SUTL telah dilantik oleh Nike sebagai salah satu daripada tiga pengendali pada tahun 2010 dengan tiga buah kedai barangan khusus Nike sahaja. Ia kemudiannya menjadi pengendali eksklusif kedai runcit khusus Nike sahaja di Singapura dan Malaysia serta mengembangkan perniagaan di kedua-dua pasaran itu. Pencapaian besar SUTL baru-baru ini merangkumi pembukaan Nike Jewel Lapangan Terbang Changi di Singapura, kedai runcit khusus Nike sahaja yang terbesar di Asia Tenggara (termasuk India) pada tahun 2019; dan pembukaan Nike KL Pavilion Malaysia, sebuah kedai konsep peruncitan Nike Rise yang pertama di Malaysia pada tahun 2021.

- TAMAT - 

Tentang GMG
GMG ialah sebuah syarikat kesejahteraan global dalam peruncitan, pengedaran dan pembuatan portfolio jenama antarabangsa dan tempatan yang terkemuka di seluruh sektor sukan, makanan dan kesihatan. Visinya adalah untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menang dengan cara yang boleh menjadikan dunia lebih baik. Hari ini, pelaburan GMG merangkumi empat cabang utama: GMG Sports, GMG Food, GMG Health dan GMG Consumer Goods. Di bawah pemilikan dan pengurusan keluarga Baker, ia telah menjadi sebuah syarikat global yang terkemuka, bergabung dengan jenama yang paling berjaya dan dihormati di dunia dalam sektor kesejahteraan. Beroperasi di seluruh Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia, GMG telah memperkenalkan lebih 120 jenama ke dalam pasarannya. 

Sila layari laman web dan saluran media sosial kami untuk mendapatkan makluman terkini kami:
https://gmg.com/
https://www.instagram.com/gmgvoice/
https://twitter.com/gmgvoice
https://www.facebook.com/GMGVoice/
https://www.linkedin.com/company/gmg-group

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : gmg@bcw-global.com 

Tentang SUTL Corporation Pte Ltd ("SUTL") 
SUTL mempunyai tiga bahagian perniagaan utama iaitu Barangan Pengguna, Gaya Hidup dan Alam Sekitar. Ia merupakan salah sebuah syarikat barangan pengguna paling terkenal di Singapura yang mengedarkan pelbagai produk daripada barangan harian hingga barangan kecantikan dan wangian kepada minuman beralkohol, mewakili portfolio jenama isi rumah dan mewah yang meluas.  Di bawah cabang Lipur, SUTL memiliki dan mengendalikan rangkaian makanan segera KFC di Vietnam. SUTL juga mempunyai pegangan majoriti dalam SUTL Enterprise Limited yang tersenarai di Papan Utama Bursa Saham Singapura, yang merupakan sebuah syarikat pembangun, pengendali dan perunding marina bersepadu terkemuka serta pemilik jenama ONE°15.

Sila layari laman web dan saluran media sosial kami untuk kemas kini terbaharu kami:
Laman web: https://www.sutl.com/
Facebook: https://www.facebook.com/sutllife/  
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/sutl-group-of-companies/
Instagram: https://www.instagram.com/sutllife/  

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : marcomms@sutl.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1805847/GMG_1.jpg?p=medium600

 

 

Source: GMG
Keywords: Food/Beverages Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Sports Equipment & Accessories Contracts New products/services