omniture

Exclusive Capital melancarkan inisiatif Jadilah Bos Anda Sendiri

Exclusive Capital
2022-04-28 22:06 34

LIMASSOL, Cyprus, 28 April 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat pelaburan terkemuka Exclusive Capital mengumumkan pelancaran programnya iaitu Jadilah Bos Anda Sendiri – satu inisiatif yang menyokong sepenuhnya para usahawan yang bercita-cita tinggi dalam memulakan perniagaan mereka sendiri.

Become Your Own Boss with Exclusive
Become Your Own Boss with Exclusive

Terkenal dengan tawaran perkhidmatan dan penyelesaian teknologi kewangan, Exclusive Capital menyasarkan untuk menjadi inkubator syarikat pemula dan membantu para usahawan untuk menubuh, melancar dan menjalankan perniagaan mereka sendiri dengan menyediakan pembiayaan, ruang kerja, pasukan pakar, bimbingan dan latihan kepada mereka.

Lambros Lambrou, Pengasas Bersama & Pengarah Urusan Exclusive Capital menyatakan: "Para pekerja yang tidak berasa gembira merupakan sumber terbesar kami bagi pemilik perniagaan di masa hadapan. Program Jadilah Bos Anda Sendiri menjemput sesiapa sahaja yang memiliki impian untuk mempunyai perniagaan mereka sendiri dan mahu berhenti membina impian orang lain serta ingin mula membina impian mereka sendiri. Kami membantu mereka berbuat demikian. Kami membiayai dan menyokong mereka untuk memulakan perniagaan mereka sendiri dan menikmati kesenangan menjadi seorang bos untuk diri mereka sendiri."

Bagi mereka yang berkembang maju secara bebas, tawaran daripada Exclusive Capital ini merupakan satu 'pekerjaan' yang ideal - menjanjikan autonomi, pemerkasaan dan yang paling penting, pembiayaan penuh.

Viktor Mandarasz, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Exclusive Capital berkata: "Kami merupakan syarikat pertama dalam industri yang melancarkan program pemilik perniagaan yang telah direka untuk membantu individu mencari rancangan melarikan diri daripada menjadi seorang pekerja. Inisiatif Jadilah Bos Anda Sendiri kami bertujuan untuk menyokong sesiapa sahaja yang ingin mempunyai perniagaan mereka sendiri tetapi kekurangan sumber untuk memulakannya.''

Dengan inisiatif Jadilah Bos Anda Sendiri, Exclusive Capital menawarkan peluang kepada bakal usahawan untuk menggunakan pengalaman luas, kepakaran, perkhidmatan, teknologi dan pembiayaan syarikatnya untuk mengambil alih pemilikan kehidupan profesional mereka, memulakan jenama mereka sendiri dan menjadi seorang bos.

Pihak-pihak yang berminat boleh mengemukakan rancangan perniagaan mereka melalui halaman Jadilah Bos Anda Sendiri, di mana mereka juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang program tersebut.

Tentang Exclusive Capital 

Exclusive Capital membantu para pelanggan menguruskan proses yang kompleks dalam mewujudkan, memelihara dan menambahkan kekayaan. Sebagai sebuah syarikat pelaburan persendirian yang kecil, Exclusive Capital menawarkan persekitaran yang sempurna kepada individu dan organisasi untuk merasai tahap perkhidmatan kewangan yang lebih peribadi dan disusun rapi.

Hubungan: marketing@exclusivecapital.com, Lienite Baltina, +357 25 255 155

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1806018/Exclusive_Capital___Image.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1806019/Exclusive_Capital_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Exclusive Capital
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources New products/services Small Business Services Financial Technology