omniture

Comviva memperoleh Platinum Badge untuk Keakuran API Terbuka daripada TM Forum

Comviva
2022-04-28 22:15 37

BlueMarble milik Comviva merupakan antara Penyelesaian BSS Digital terbaik di seluruh dunia dengan 27 pensijilan keakuran API Terbuka

NEW DELHI, 28 April 2022 /PRNewswire/ -- Comviva, peneraju global dalam penyelesaian mobiliti hari ini mengumumkan bahawa penyelesaian BSS Digital BlueMarble miliknya telah memperoleh status tahap platinum bagi pensijilan Keakuran API Terbuka daripada TM Forum, persatuan industri yang mendorong transformasi perniagaan digital melalui kerjasama.

BlueMarble ialah sebuah platform digital generasi seterusnya yang memudahkan kerumitan perniagaan, mendorong ketangkasan dan mempercepat pengewangan sambil mempercepat masa ke pasaran dan meningkatkan barisan perniagaan baharu seperti IoT, 5G, aplikasi awan dan perkhidmatan maya.

Dengan 27 API Terbuka yang diperakui, BlueMarble Comviva kini merupakan salah sebuah penyelesaian BSS Digital yang terkemuka di seluruh dunia dari segi jumlah pelaksanaan API Terbuka yang memiliki keakuran dan diperakui. Pensijilan API Terbuka yang diperolehi Comviva untuk rangkaian BSS Digital BlueMarble miliknya merangkumi – Pengurusan Pihak, Pengurusan Peranan Pihak, Pengurusan Inventori Produk, Pengurusan Pesanan Perkhidmatan, Pengurusan Pelanggan, Tiket Masalah, Pengurusan Bil Pelanggan; Pengaktifan dan Konfigurasi Perkhidmatan; Pemesanan dan Pengurusan; Pengurusan Inventori Sumber; Pengurusan Penggunaan; Pengurusan Akaun; Pengurusan Pembayaran; Pengurusan Komunikasi dan Interaksi Parti, dll.

Mengulas tentang pencapaian tersebut, Sachin Saraf, Naib Presiden Kanan & Ketua Global Penyelesaian BSS Digital Comviva berkata, "Pengiktirafan ini merupakan bukti sebenar terhadap usaha kami untuk mendorong transformasi perniagaan digital dan mewujudkan ekosistem digital terbuka kepada para pelanggan kami. BlueMarble menawarkan peluang baharu yang menarik kepada organisasi dengan memudahkan landskap teknologi yang membolehkan tawaran yang fleksibel dengan rakan kongsi ekosistem dan mereka bentuk model perniagaan yang boleh diskala. Program API Terbuka ini amat sejajar dengan strategi perniagaan dan teknologi kami untuk membolehkan kesalingkendalian dan kemudahalihan serta mendorong ketangkasan perniagaan kepada para pelanggan kami."

"Tahniah kepada Comviva kerana memperoleh Pensijilan Keakuran API Terbuka Platinum. Tahap pensijilan ini meletakkan syarikat ini di antara lima terbaik di seluruh dunia pada papan pendahulu kami, dengan pelaksanaan keakuran 27 API Terbuka bagi penyelesaian BSS Digital BlueMarble," kata George Glass, Ketua Pegawai Teknologi TM Forum. "API Terbuka adalah penting dalam membolehkan aplikasi baharu dan perkhidmatan digital serta ia telah digunakan oleh 32,500 pembangun daripada 2,300 syarikat dengan 510,000 muat turun di seluruh dunia setakat ini. Kami amat berterima kasih atas komitmen pasukan Comviva terhadap piawaian API Terbuka TM Forum yang memberi manfaat kepada keseluruhan ekosistem IT perusahaan."

Pensijilan keakuran API Terbuka TM Forum mengiktiraf penyelesaian yang menunjukkan komitmen terhadap masa depan industri ini melalui seni bina digital terbuka dan menyediakan fungsi pengurusan yang penting untuk perkhidmatan digital yang disokong oleh piawaian dan amalan terbaik TM Forum. Sebagai sebahagian daripada agenda transformasi digital yang lebih meluas, API Terbuka TM Forum membolehkan pelbagai peluang pertumbuhan hasil kepada CSP dan rakan kongsi serta pembekal mereka.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: 

Sundeep Mehta
Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat
Comviva Technologies Ltd.
E-mel: sundeep.mehta@comviva.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/995982/Comviva_Logo.jpg?p=medium600

Source: Comviva
Keywords: