omniture

Perjalanan Bebas Kuarantin Menimbulkan Keterujaan Para Pengembara yang Ingin Merantau ke APAC

Sojern
2022-04-28 23:07 46

Carian penerbangan harian ke rantau APAC meningkat sebanyak 177% Tahun ke Tahun 

SINGAPURA, 28 April 2022 /PRNewswire/ -- Sejak bermulanya pandemik COVID-19, rantau Asia Pasifik (APAC) telah mengenakan beberapa sekatan perjalanan yang paling ketat di dunia. Namun dengan kebanyakan negara yang kini membuka sempadan untuk kali pertama dalam tempoh dua tahun, hasrat untuk mengembara ke rantau ini telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan. Sojern, penyedia terkemuka untuk penyelesaian pemasaran digital perjalanan, berkongsi trend dan cerapan perjalanan untuk suku tahun akan datang yang menggalakkan di APAC. Apa yang akan berlaku dalam beberapa bulan akan datang? 

Carian hotel dan penerbangan sedang meningkat di seluruh APAC

Hotel and flight searches are on the rise across APAC
Hotel and flight searches are on the rise across APAC

Data terkini Sojern menunjukkan trend baharu yang sangat positif. Carian hotel dan penerbangan dalam talian ke rantau ini telah mencatatkan pertumbuhan pesat berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu dan mencadangkan bahawa pemulihan sedang berlaku pada kita semua. Sojern telah mengesan isyarat keinginan yang kuat untuk kembali mengembara ke rantau ini secepat mungkin, terutama dalam kalangan para pengembara dari Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA), dengan kadar peningkatan sebanyak 177% tahun ke tahun (YOY); APAC (+164%); dan Amerika Latin (LATAM; +15%), manakala kadar peningkatan yang lebih rendah didapati dalam kalangan pengembara dari Caribbean (+11%), Kanada dan Amerika (+2%).

Destinasi APAC yang paling menarik bagi para pelancong ini ialah Indonesia, Vietnam dan New Zealand. Dengan Bali yang baru-baru ini dibuka semula kepada para pelancong yang telah divaksin, serta pelbagai tawaran hotel, restoran dan pusat kesejahteraan baharu di Indonesia untuk dinikmati, maka tidak mengejutkan jika negara tersebut mengungguli senarai. Sebelum pandemik, Vietnam menyaksikan pengembaraan beg galas yang meriah sejak sekian lama yang kini akan diteruskan semula berikutan pembukaan semula negaranya kepada pelancong antarabangsa pada bulan Mac, setelah hampir dua tahun dihentikan. Negara-negara lain di rantau ini yang termasuk dalam senarai 10 tempahan hotel antarabangsa tertinggi ialah Filipina, Singapura, Australia, Thailand, Malaysia, Jepun dan India.

Meneliti lebih jauh, berdasarkan maklumat pada 30 hari yang lalu, carian penerbangan antarabangsa ke Korea Selatan (+157.1%), New Zealand (+149.3) dan Singapura (+138.5) telah menyaksikan peningkatan bulan ke bulan (MoM) tertinggi diikuti dengan Indonesia (+92.8%), Malaysia (+83.8%) dan Taiwan (+57.8%), yang kini sedang beransur-ansur melonggarkan peraturan kuarantin untuk semua ketibaan di pulau tersebut. Negara yang membuka semula sempadan dengan cara yang lebih konservatif termasuk Jepun (+50.9%), India (+29.0%) dan Thailand (+11.0%), telah menunjukkan peningkatan carian yang lebih perlahan dalam tempoh ini.

Tentang Sojern 

Sojern  ialah sebuah platform pemasaran digital terkemuka yang dibangunkan untuk pemasar pelancongan. Didayakan oleh kecerdasan buatan dan data hasrat pengembara, Sojern menyediakan penyelesaian pemasaran pelbagai saluran untuk memacu permintaan secara langsung. Beribu-ribu hotel, kawasan tarikan, lembaga pelancongan dan pemasar pelancongan bergantung pada Sojern setiap tahun untuk menarik dan mempengaruhi para pengembara di seluruh dunia.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1806519/SOJERN_FLIGHT_SEARCH_Infographic.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/249299/sojern_logo.jpg?p=medium600

Source: Sojern
Keywords: Airlines/Aviation Travel Survey, Polls & Research