omniture

COA, HONG KONG MENDUDUKI TEMPAT TERATAS DALAM SENARAI ASIA'S 50 BEST BARS UNTUK TAHUN KEDUA

50 Best
2022-04-29 00:52 38
  • Coa, Hong Kong disenaraikan pada kedudukan No.1 dan dinobatkan sebagai The Best Bar in Asia yang ditaja oleh Perrier serta dinobatkan sebagai The Best Bar in Hong Kong
  • Senarai tersebut menampilkan 14 penyertaan dan bar baharu yang terletak di 16 buah bandar yang berbeza
  • Singapura memperoleh 11 kedudukan pada senarai tersebut dengan Jigger & Pony berada di tempat ke-2 dan dinobatkan sebagai The Best Bar in Singapore
  • Bar Mood, Taipei memperoleh gelaran Ketel One Sustainable Bar
  • Tesouro, Goa memperoleh gelaran London Essence Best New Opening
  • Argo, Hong Kong memenangi Disaronno Highest New Entry
  • Bar Benfiddich, Tokyo memenangi Rémy Martin Legend of the List
  • Colin Chia dari Singapura memenangi Roku Industry Icon
  • MO Bar, Singapura dinobatkan sebagai Nikka Highest Climber
  • Honky Tonks Tavern, Hong Kong memenangi Campari One To Watch
  • Anugerah Siete Misterios Best Cocktail Menu yang diperkenalkan buat pertama kali telah dimenangi oleh Bar Trigona, KL

Untuk senarai penuh kedudukan tempat 1-50, sila lihat di sini

BANGKOK, 28 April 2022 /PRNewswire/ -- Senarai Asia's 50 Best Bars bagi tahun 2022 yang ditaja oleh Perrier, telah diumumkan pada majlis anugerah secara bersemuka di Bangkok, Thailand. Menampilkan bar-bar dari 16 buah bandar di Asia, acara malam itu telah diakhiri dengan Coa, Hong Kong dinobatkan sebagai The Best Bar in Asia yang ditaja oleh Perrier. Edisi ketujuh anugerah ini telah dijalankan secara langsung di hadapan 500 orang tetamu buat pertama kalinya sejak tahun 2019. Majlis tersebut turut distrimkan di Facebook The World's 50 Best Bars dan Saluran YouTube 50 Best Bars TV serta masih tersedia untuk ditonton.

Jay Khan and Lok Cheung from Coa celebrate the bar's No.1 win at the Asia’s 50 Best Bars 2022 awards ceremony, sponsored by Perrier, live in Bangkok, Thailand
Jay Khan and Lok Cheung from Coa celebrate the bar's No.1 win at the Asia’s 50 Best Bars 2022 awards ceremony, sponsored by Perrier, live in Bangkok, Thailand

Dipuji untuk menu yang dihasilkan dengan penuh kemahiran dan hospitalitinya, Coa meraih tempat No.1 untuk tahun kedua. Jigger & Pony, Singapura mengekalkan kedudukannya di tempat ke-2 untuk tahun kedua berturut-turut dan turut memenangi The Best Bar in Singapore. Pendatang baharu dari Hong Kong iaitu Argo memperoleh tempat ke-3 dan pemenang gelaran Disaronno Highest New Entry .  

Anugerah khas lain yang diumumkan termasuk: Honky Tonks Tavern, Hong Kong sebagai Campari One To Watch Colin Chia dari Singapura sebagai Roku Industry Icon; Bar Mood, Taipei sebagai Ketel One Sustainable BarMO Bar, Singapura sebagai Nikka Highest Climber dan Bar Trigona, Kuala Lumpur memenangi Anugerah Siete Misterios Best Cocktail Menu di Asia, yang diperkenalkan buat pertama kali.

Mark Sansom, Pengarah Kandungan Asia's 50 Best Bars berkata: "Kami amat gembira kerana Asia's 50 Best Bars kembali semula ke format acara langsung pada tahun ini. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Jay Khan dan pasukan di Coa kerana mengekalkan kedudukan No. 1 mereka dan kepada semua pasukan bagi bar yang tersenarai pada senarai tersebut."

Pusat Media 

https://mediacentre.theworlds50best.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1807261/50_Best_Jay_Khan_Lok_Cheung_Coa_2022.jpg?p=medium600
PDF - https://mma.prnewswire.com/media/1805179/Asia_50_Best_Bars_List.pdf
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1799887/Asia_50_Best_Bars_2022_Logo.jpg?p=medium600

Source: 50 Best
Keywords: Entertainment Restaurants Retail Awards