omniture

Yellow.ai meningkatkan Pasarannya dengan penggunaan Ejen AI Dinamik prabina untuk masa ke pasaran yang lebih pantas

Yellow.ai
2022-04-29 01:23 37
  • Membolehkan perusahaan mempercepat perjalanan automasi pengalaman penuh (TX) mereka melalui penggunaan pantas, Ejen AI Dinamik vertikal prabina menyokong kes penggunaan dalam industri utama termasuk peruncitan dan automotif dengan mengurangkan masa ke pasaran sehingga 50% 
  • Ejen AI Dinamik prabina kod rendah untuk pengalaman pekerja (EX) membantu perusahaan mengautomasikan keseluruhan kitaran hayat pekerja, meningkatkan produktiviti pekerja sehingga 30% dan kepuasan pekerja sehingga 40% 

SINGAPURA, 28 April 2022 /PRNewswire/ -- Yellow.ai, platform automasi pengalaman penuh (TX) generasi seterusnya yang terkemuka di dunia dan dipercayai oleh lebih 1,000 perusahaan di seluruh dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperbesar Pasaran dengan Ejen AI Dinamik prabina kod rendah, yang membolehkan masa ke pasaran yang lebih pantas dan masa memperoleh nilai yang lebih cepat untuk perusahaan. Selaras dengan komitmennya untuk memupuk inovasi berterusan melalui tawaran produknya, penambahan AI vertikal pralatih dan sedia digunakan ini bermatlamat untuk membantu perusahaan mempercepat perjalanan automasi TX mereka.

Menurut Gartner, pecutan perniagaan digital memberi tekanan kepada pemimpin IT untuk meningkatkan kepantasan penggunaan dan tempoh untuk memperoleh nilai. Bagi menangani cabaran ini dengan ketepatan penyelesaian yang lebih tinggi, pustaka penyelesaian terpusat Pasaran Yellow.ai membolehkan perusahaan menggunakan Ejen AI dengan hanya beberapa klik, mengurangkan masa ke pasaran sehingga 50%. Ia menawarkan Templat Industri Prabina yang menyokong kes penggunaan di seluruh industri utama termasuk peruncitan dan automotif; Penyepadu Saluran Prabina yang menyokong lebih 35 saluran termasuk WhatsApp, Facebook Messenger, Wechat, Slack, Twitter, MS Teams, Instagram dan Templat Penyelesaian Prabina untuk kes penggunaan yang merangkumi sokongan pelanggan, penglibatan pelanggan, perdagangan perbualan, Sumber Manusia dan automasi ITSM .

Perusahaan juga boleh memanfaatkan ejen AI Dinamik prabina untuk pengalaman pekerja (EX) bagi mengautomasi perjalanan EX dari awal hingga akhir, bermula dari pelantikan hingga persaraan termasuk suai tugas, latihan dan penglibatan rutin pekerja. Menyokong integrasi yang lancar dengan HCM dan ITSM sedia ada seperti SuccessFactors, Service now, ejen AI pralatih menghasilkan produktiviti pekerja yang lebih baik sehingga 30% dan kepuasan pekerja sehingga 40%. Syarikat yang pada masa ini menawarkan lebih 40 pemecut prabina, turut menyasarkan untuk menawarkan lebih 100 pemecut prabina di seluruh Pasarannya termasuk industri, saluran dan penyelesaian menjelang akhir suku kedua.

Mengulas tentang tawaran baharu ini, Rashid Khan, Ketua Pegawai Produk merangkap Pengasas Bersama Yellow.ai berkata, "Untuk menangani keperluan pelanggan dan pekerja yang semakin berkembang, perusahaan hari ini lebih menggemari penyelesaian automasi Pengalaman Penuh yang memberikan keputusan dalam masa yang singkat. Dengan ejen AI Dinamik vertikal prabina ini, kami bermatlamat untuk mendayakan perusahaan melalui model tersuai pralatih yang mudah digunakan dan menghasilkan ketepatan, serta kepantasan dan konsistensi untuk memperoleh nilai yang dikhususkan untuk keperluan perniagaan mereka. Sebagai contoh, dengan penyelesaian vertikal kami untuk salah satu pengeluar automobil terkemuka, kami dapat mengautomasi perjalanan pembelian pelanggan akhir hujung ke hujung dan meningkatkan kadar penglibatan pelanggan bulanan sebanyak 300%."

Yellow.ai turut mengumumkan peningkatan ciri penyelesaian sedia ada Inbox miliknya - sebuah Platform Bantuan Ejen Saluran Omni yang kini menyokong ciri-ciri seperti sokongan luput tetingkap 24 jam bagi WhatsApp dan fungsi Panggilan Video di awan, menyampaikan CSAT yang lebih baik sehingga 40%. Syarikat ini juga telah menambah naik taraf ciri yang menarik pada tawaran suara yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman perbualan dan menjadikannya mirip suara manusia dengan ejen AI Suara. Penggunaan produk Penglibatan pelanggannya iaitu Engage, kini membolehkan perusahaan mengakses profil pengguna yang disatukan untuk membolehkan kadar penglibatan yang lebih tinggi dengan perbualan dua hala serta memberikan pengalaman saluran omni yang lancar.

Tentang Yellow.ai 

Yellow.ai ialah Platform Automasi Pengalaman Penuh generasi seterusnya terkemuka di dunia yang membolehkan perusahaan menjadikan setiap perbualan para pelanggan dan pekerja memuaskan dan menyeronokkan. Platform ini dipercayai di lebih 85 buah negara oleh lebih 1,000 perusahaan, termasuk Domino's, Sephora, Zalora, Zenyum, Food Panda, JD.ID dan Mah Sing Group. Dikuasakan oleh ejen AI Dinamik untuk perusahaan, syarikat ini bermatlamat untuk menyampaikan interaksi mirip manusia yang meningkatkan kepuasan pelanggan dan penglibatan pekerja pada skala besar, melalui para pembangun robot tanpa kod. Diiktiraf oleh Frost & Sullivan, Gartner, Forrester, IDC dan khalayak G2 sebagai peneraju, syarikat ini telah mengumpulkan lebih $102 juta daripada pelabur bernilai tinggi dan mempunyai pejabat di enam buah negara.

 Sila layari www.yellow.ai untuk maklumat lanjut. Hubungi kami di contact@yellow.ai

Pertanyaan
Anujaa Singh
E-mel: anujaa.singh@yellow.ai

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1736428/Yellow_ai_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Yellow.ai
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Internet Technology Telecommunications New products/services