omniture

42Gears Meningkatkan Tahap Keselamatan Perniagaan dengan CamLock

42Gears Mobility Systems
2022-04-29 15:11 17

Penyedia Penyelesaian Pengurusan Peranti Mudah Alih (MDM) Global Telah Mengenal Pasti Kelemahan Keselamatan Data Utama Dengan Penyelesaian Sekatan Kamera Pintarnya

BANGALORE, India, 29 April 2022 /PRNewswire/ -- Dalam satu penemuan penting yang dapat membantu organisasi menjamin maklumat perniagaan yang sensitif dan proprietari dengan lebih baik, 42Gears telah melancarkan penyelesaian sekatan kamera pintar - CamLock. 42Gears ialah penyedia penyelesaian pengurusan peranti mudah alih terkemuka yang membantu organisasi mengurus, memantau dan menjamin semua titik akhir perniagaan mereka melalui satu konsol. Yang terkini, 42Gears juga telah diiktiraf dengan gelaran kepujian untuk Teknologi Pengurusan Barangan revolusioner dalam Gartner Magic Quadrant for UEM Tools (Alat UEM Gartner Magic Quadrant).

Dengan CamLock, syarikat tersebut telah berjaya menangani kebimbangan utama bahawa pelbagai organisasi telah lama berusaha untuk meningkatkan tahap untuk keselamatan data yang lebih tinggi. Penyelesaian ini direka untuk mencegah penggodam dan pesaing daripada memperoleh akses kepada maklumat penting perniagaan dengan memanfaatkan kamera telefon.

CamLock menawarkan kaedah untuk mencegah kebocoran data yang sering tidak dapat dikesan kerana ia sama ada tidak sengaja atau berlaku melalui syarikat-syarikat bersaiz sederhana yang tidak melakukan kawalan secara langsung, seperti telefon pekerja/pelawat. Camlock boleh menyekat akses kamera Android berdasarkan aktiviti, lokasi dan/atau masa seseorang dalam sehari.

"Pelanggaran data merupakan satu kebimbangan utama pada hari ini. Walaupun kebanyakan perniagaan mempunyai dasar keselamatan untuk menyekat perkongsian data dan mencegah maklumat kritikal perniagaan daripada mengalir di luar organisasi, kemungkinan data dibocorkan terutamanya melalui cara yang tidak dipantau oleh perniagaan, seperti kamera telefon pintar, tidak lagi boleh diabaikan," kata Prakash Gupta, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Operasi 42Gears. "Itu merupakan kelemahan yang dikenal pasti oleh CamLock. Ia direka  untuk membolehkan organisasi menyekat atau menyahsekat kamera telefon dengan mudah semasa pekerja/pelawat masuk atau meninggalkan premis perniagaan. Dan ciri terbaiknya ialah, ia juga boleh disepadukan dengan mudah dengan sistem pengurusan pengunjung atau kehadiran."

Menurut 42Gears, walaupun penyelesaian ini akan digunakan dalam semua bidang industri, sektor kerajaan, ketenteraan dan perniagaan dalam sektor penjagaan kesihatan, farmaseutikal, perbankan, automotif dan peruncitan akan mendapat manfaat paling besar daripadanya. Untuk maklumat lanjut tentang cara CamLock berfungsi, sila klik di sini.

Tentang 42Gears 

42Gears ialah penyedia penyelesaian UEM yang terkemuka, menawarkan penyelesaian Perisian sebagai Perkhidmatan(SaaS) dan di premis untuk melindungi, memantau dan menguruskan semua titik akhir perniagaan yang dibina pada platform Android, iOS, iPadOS, Windows, macOS, Wear OS, VR, IoT dan Linux. Produk 42Gears telah digunakan dalam pelbagai industri dan  dipercayai oleh lebih 18,000 pelanggan di lebih 115 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.42gears.com.

Hubungan Media:  
Surabhi Thakur
Surabhi.Thakur@42gears.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/517153/42GearsMobilitySystems_Logo.jpg?p=medium600

Source: 42Gears Mobility Systems
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Mobile Entertainment New products/services