omniture

Pesta Teknologi Sains Pertanian pada bulan Mei: Pemenang Akan Dikurniakan DBN Science and Technology Award di Upacara di Beijing

Global Agricultural Science and Technology Innovation Platform (GAIN)
2022-04-29 17:38 70

BEIJING, 29 April 2022 /PRNewswire/ -- Pemenang-pemenang DBN Science and Technology Award ke-12 akan menerima anugerah tersebut di sebuah majlis yang dijadualkan untuk diadakan pada 28 dan 29 Mei di Beijing. Dirasmikan pada tahun 1999, DBN Science and Technology Award diwujudkan untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada individu dan organisasi yang telah membuat penemuan teknologi luar biasa yang diterjemahkan kepada hasil dunia sebenar yang membentuk semula masa depan industri pertanian global.

 

Dipilih dan disemak oleh panel pakar dan ilmuwan daripada pelbagai industri, Anugerah berkenaan telah mengiktiraf pencapaian yang diraih oleh sejumlah besar ahli akademik dan saintis berprestij yang mana teknologinya menunjukkan inovasi peringkat seterusnya dengan impak yang besar ke atas industri pertanian. Individu-individu cemerlang tersebut melibatkan Profesor Roger Beach, pengarah pengasas World Food Center di UC Davis; Xie Hua'an, ahli akademik dengan Chinese Academy of Sciences; Qiao Shiyan, ahli akademik dengan Chinese Academy of Engineering.

Selari dengan Forum Inovasi Teknologi Global Zhongguancun, acara tersebut dianjurkan oleh Chinese Academy of Agricultural Sciences, China Agricultural University, Zhejiang University, Huazhong Agricultural University, Chinese Association of Animal Science and Veterinary Medicine, Crop Science Society of China. Acara selama dua hari tersebut akan menjemput lebih 1,000 saintis, penyelidik, pemimpin korporat dan pemimpin industri yang hebat serta penerima Hadiah Nobel untuk menjelaskan mengenai peluang dan cabaran yang dihadapi oleh industri pertanian, dengan anggaran satu juta penonton dijangka menyertai sesi tersebut melalui saluran siaran langsung.

Sementara itu, platform Global Agricultural Technology Innovation (GAIN) yang diwujudkan untuk pengusaha industri global bagi memperkukuh kerjasama, mengupayakan penciptaan bersama penyelesaian pertanian perintis yang pantas, cekap dan berkesan kos untuk menangani masalah utama dalam pertanian dan pengeluaran makanan akan diumumkan.

"Sepanjang 22 tahun yang lalu, DBN Science and Technology Award telah mencalonkan 474 pemenang daripada komuniti pertanian global yang mana 55 inovasi dan pencapaian teknologi kemudiannya dipilih sebagai projek keutamaan negara China. Melalui inisiatif yang membolehkan para saintis industri memaparkan idea perintis mereka dan sumbangan saintifik yang memberi kesan, kami berbangga menyokong beberapa individu, syarikat dan institusi penyelidikan yang paling terkemuka dalam usaha mereka untuk meneroka penyelesaian pertanian yang akan memberi manfaat kepada petani, pengguna serta sistem pengeluaran hasil tanaman untuk tahun-tahun akan datang," kata Dr. Song Weiping, Ketua Pegawai Eksekutif DBN Group.

"Tahun ini, DBN Group bermatlamat untuk membina pencapaiannya yang terdahulu untuk meluaskan selanjutnya kerjasama yang ekstensif dan ruang komunikasi yang ditawarkan oleh Anugerah dan Forum tersebut, menetapkan GAIN untuk memperkukuh perniagaan dan institusi saintifik yang mengejar rakan kongsi industri, sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk memacu ke hadapan pembangunan industri ini," tambah Dr. Song.

Kumpulan ini telah memperoleh tempatnya yang sekian lama sebagai salah satu penerima utama paten China dengan lebih 330 ciptaan yang inovatif, menyenaraikan kedudukannya sebagai syarikat kelapan di China mengikut kekuatan paten yang ditaksir berdasarkan nilai, utiliti, bilangan dan permohonan PCT paten tersebut.

Laman sesawang GAIN: https://www.gainnovation.org.cn/en/show-61.html

 

Source: Global Agricultural Science and Technology Innovation Platform (GAIN)
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Awards Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Future Events