omniture

Esaote Group: Mesyuarat Pemegang Saham meluluskan penyata kewangan pada 31 Disember 2021, dengan perolehan disatukan berjumlah EUR231.3 juta (+5.3%) dan keuntungan bersih yang meningkat kepada EUR4 juta.

Esaote S.p.A.
2022-04-29 22:55 36

Pendapatan operasi berjumlah EUR9.4 juta (+2.9%) dan margin operasi kasar berjumlah EUR32.2 juta. 

Jumlah tempahan pesanan untuk pengimejan resonans magnetik dan ultrabunyi telah meningkat sebanyak 19%. 

Esaote mengesahkan penguasaannya yang kukuh dalam pasaran antarabangsa (70%): pertumbuhan yang ketara di Amerika Utara, China dan Eropah Barat. Itali merupakan pasarannya yang utama. 

Jumlah kakitangan dan pelaburan dalam bahagian R&D turut meningkat. 

GENOA, Itali, 29 April 2022  /PRNewswire/ -- Mesyuarat Pemegang Saham Esaote S.p.A., yang diadakan pada 29 April 2022 di Genoa telah meluluskan penyata kewangan syarikat tersebut pada 31.12.2021.

Franco Fontana, CEO Esaote Group
Franco Fontana, CEO Esaote Group

Jumlah perolehan disatukan Kumpulan untuk tahun kewangan 2021 menunjukkan hasil jualan bersih berjumlah EUR231.3 juta, peningkatan sebanyak5.3% berbanding tahun 2020. Pendapatan operasi Kumpulan telah meningkat kepada EUR9.4 juta, peningkatan sebanyak 2.9% tahun ke tahun dan keuntungan bersih disatukan telah mencapai EUR4 juta (berbanding EUR1 juta pada tahun 2020). 

"2021 merupakan satu lagi tahun yang amat positif bagi Kumpulan yang memperoleh keputusan yang signifikan dalam pasaran antarabangsa dan berjaya menggabungkan pertumbuhan dengan pelaburan baharu. Berbanding dengan tahun 2020, apabila pandemik memaksa kami melakukan kajian semula yang penting dengan mendadak terhadap strategi kami, pertumbuhan pada tahun 2021 adalah seragam dalam kedua-dua bidang perniagaan dan kawasan geografi," jelas Franco Fontana, Ketua Pegawai Eksekutif Esaote S.p.A.  "Kami telah mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam sektor pengimejan diagnostik dengan memperluas dan memperbaharui tawaran kami yang selaras dengan strategi yang memberi tumpuan kepada pasaran berpotensi tinggi dan terus memperkukuh bahagian Penyelidikan & Pembangunan: pada tahun 2021, kami telah melabur lebih EUR28 juta dalam R&D iaitu peningkatan sebanyak 10% tahun ke tahun. Pertumbuhan dalam tempahan pesanan sebanyak 19% pada tahun sebelumnya bertindak sebagai pengesahan penting yang menunjukkan kami berada pada landasan yang betul."

Dalam sektor sistem ultrabunyi, hasil telah meningkat kira-kira 5%, mengatasi trend keseluruhan dalam pasaran dunia. Secara khususnya, suatu perkara penting yang dilihat ialah prestasi positif Esaote di pasaran antarabangsa yang strategik, yang didahului oleh pengimbas ultrabunyi mudah alih tahap sederhana hingga mewah baharu yang dilancarkan pada tahun lepas.

Hasil dalam sektor MRI terbuka khusus telah meningkat sebanyak 39.8%. Pada satu sudut, keputusan yang menakjubkan ini disebabkan oleh pemulihan pasca pandemik pasaran; manakala pada sudut yang lain, ia disebabkan keupayaan Esaote untuk menawarkan produk yang dipuji atas kualiti imej yang amat baik dalam penggunaan untuk rangka otot dengan penggunaan tenaga yang rendah: yang amat sesuai bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan yang baru muncul di seluruh dunia. Suatu lagi penyebab yang meningkatkan keputusan ini ialah pengenalan pengimbas resonans magnetik seluruh badan terbuka Esaote yang pertama, yang diberikan pensijilan EC MDR pada akhir tahun.

Barisan perniagaan untuk perisian pengimejan diagnostik khusus telah meningkat sebanyak 5.5%, yang dicapai terutamanya dari hasil kejayaan program analisis kuantitatif berasaskan AI kami. Faktor seterusnya yang menyebabkan peningkatan ini ialah rangsangan besar daripada peralihan digital yang memberi tumpuan kepada automasi aliran kerja hospital, pengarkiban imej digital dan aplikasi telekomunikasi dan teleperubatan baharu. Yang terakhir, hasil jualan Perkhidmatan Global meningkat sebanyak 6.3%.

Peranan utama dalam pasaran antarabangsa yang secara bersama-sama menyumbangkan kira-kira 70% daripada jualan, telah diperoleh daripada pasaran Eropah Barat (19.6%), Amerika Utara (14%) dan China (13%). Itali telah disahkan sebagai pasaran utama bagi Esaote. Pasaran Asia Pasifik, Amerika Latin, Eropah Timur dan Timur Tengah semuanya telah meningkat dengan peratusan yang signifikan. 

Pada akhir tahun 2021, Kumpulan mempunyai seramai 1,270 orang pekerja dengan lebih separuh daripada mereka berada di Itali. Lebih 100 pengambilan pekerja baharu telah dijalankan sepanjang tahun bagi memperbaharui gabungan generasi dan profesional dengan penumpuan kepada jabatan R&D, Jualan dan Pemasaran. Purata umur para pekerja baharu adalah di bawah 35 tahun dengan 50% daripada mereka ialah wanita. Pada tahun 2021, Esaote telah melancarkan Akademi pertamanya (e-Generation), sebuah projek kerjasama dengan Universiti Genoa dan tujuh buah institusi pengajian tinggi di Tuscany yang khusus untuk graduan baharu dalam subjek STEM: setelah melalui suatu proses pemilihan, 21 orang bakat muda telah diambil bekerja dalam jabatan R&S, Teknologi Maklumat dan Pemasaran Global.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1807469/Esaote_Franco_Fontana.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1793998/Esaote_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Esaote S.p.A.
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Multimedia/Online/Internet Earnings