omniture

Adrian Smith + Gordon Gill Architecture akan mereka bentuk projek pertama di Pusat Pentadbiran Baharu Mesir

Magnom Properties
2022-04-29 23:38 39

KAHERAH, 29 April 2022 /PRNewswire/ -- Arkitek terkenal di dunia, Adrian Smith bersama-sama dengan rakan kongsinya iaitu Gordon Gill dan Robert Forest, mewakili firma reka bentuk antarabangsa mereka, Adrian Smith + Gordon Gill Architecture (AS+GG Architecture), akan mereka bentuk projek pertama mereka di Pusat Pentadbiran Baharu (NAC) Mesir bersama-sama dengan rakan kongsi mereka, Magnom Properties, cabang hartanah yang baru ditubuhkan di bawah Saudi Rawabi Holding.

 

Architect Adrian Smith visits the New Administrative Capital Egypt
Architect Adrian Smith visits the New Administrative Capital Egypt

 

Perkara ini diumumkan susulan mesyuarat yang diadakan antara Adrian Smith dengan Dr. Mostafa Madbouly, Perdana Menteri Mesir dan pegawai-pegawai tertinggi Mesir. Beliau turut melawat pelbagai pembangunan yang sedang dijalankan termasuk NAC yang bakal menjadi pusat pentadbiran dan kewangan baharu negara tersebut.

AS+GG Architecture sedang meneroka peluang untuk mengusahakan projek-projek tambahan di negara ini termasuk reka bentuk bagi sebuah projek yang akan dilaksanakan di NAC.

Adrian Smith memuji skala pembinaan dan pencapaian di NAC, sambil menambah bahawa Mesir telah menguasai dunia dengan pendekatannya yang berpandangan ke hadapan dan pengetahuan meluas yang telah meninggalkan kesan yang kuat kepada orang ramai di seluruh dunia.

Beliau berkata, "Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan Magnom Properties membangunkan satu lagi seni bina yang menakjubkan di NAC. Projek mega baharu di NAC ini akan memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan Pusat Pentadbiran ini untuk menjadi lebih berfokuskan orang ramai dengan mengguna pakai piawaian kelestarian tertinggi yang menekankan keperluan untuk mencapai keneutralan karbon sebagai suatu keutamaan strategik."

Sebagai sebahagian daripada acara lawatan tersebut, pasukan ini telah melawat tapak Iconic Tower, sebuah bangunan pencakar langit yang menjadi tarikan utama Pusat Pentadbiran ini dan bakal menjadi bangunan tertinggi di Afrika apabila ia siap kelak.

Sejak beberapa tahun yang lalu, Mesir telah mereka bentuk dan membangunkan Pusat Pentadbiran moden yang memenuhi keperluan komunitinya. Pembangunan tersebut memiliki kawasan kediaman yang berhampiran dengan institusi pendidikan dan keagamaan serta kemudahan perubatan, selain daripada mempunyai taman terbesar di dunia.

Reka bentuk moden ini mempunyai ciri yang unik, walaupun berpenampilan moden tetapi pada masa yang sama mengekalkan warisan budaya Mesir yang kaya. Pusat Pentadbiran Baharu ini menyediakan kesemua perkhidmatan yang diperlukan, sekali gus menawarkan sebuah model bagi bandar-bandar masa depan.

Pada masa kini, arkitek-arkitek seperti AS+GG Architects lebih berminat untuk melabur dalam pengalaman berfokuskan manusia dan mereka bentuk konsep yang mengambil kira hubungan antara struktur dan keperluan manusia. Ciri-ciri ini akan ditampilkan dalam reka bentuk baharu daripada syarikat ini.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1807203/Magnom_Properties_1.jpg?p=medium600

Source: Magnom Properties
Keywords: Art Construction/Building Real Estate Joint ventures