omniture

Tata Communications mengukuhkan lagi IZO™ Internet WAN untuk perusahaan global

Tata Communications
2022-04-30 19:43 220

Dengan memperkenalkan varian baharu dengan prestasi awan yang lebih tinggi dan pengurusan satu sentuhan yang dipermudah 

SINGAPURA, 30 April 2022 /PRNewswire/ -- Tata Communications International Pte Ltd., anak syarikat milik penuh Tata Communications Ltd., sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global, hari ini mengumumkan varian yang diperkukuhkan oleh IZO™ Internet WAN untuk perusahaan global. Dengan tawaran perkhidmatan rangkaian yang boleh diramalkan dan boleh dipercayai yang menawarkan akses kepada lebih 150 kawasan geografi, IZO™ Internet WAN menawarkan perkhidmatan Internet berkualiti tinggi, pengalaman rangkaian yang konsisten dalam pelbagai pilihan perkhidmatan termasuk Internet jalur lebar. Ia kini membolehkan pemindahan data yang lancar dari pejabat cawangan ke pusat data, dari pejabat cawangan ke awan dan merentasi pelbagai awan untuk perusahaan. Perusahaan kini mampu mempunyai pengurusan yang mudah dan tangkas di seluruh rangkaian global dan serantau mereka. Varian baharu ini telah dikeluarkan untuk perusahaan di seluruh pasaran Amerika Utara, Eropah, United Kingdom & Ireland dan Asia Pasifik.

IZO™ Internet WAN Tata Communications sesuai untuk perusahaan memperkenalkan perkhidmatan awan kepada seni bina IT dan rangkaian sedia ada mereka serta untuk perniagaan yang ingin memperluas jangkauan global mereka ke pasaran baharu dengan kos yang berpatutan. IZO™ Internet WAN menepati keperluan semua industri seperti Pembuatan, IT, ITeS, Perkhidmatan, Peruncitan, BFSI dan lain-lain lagi. IZO™ Internet WAN yang telah dilancarkan pada tahun 2014, merupakan internet pertama yang boleh diramalkan dan boleh dipercayai di dunia.

"Kami mendengar dengan teliti keperluan pelanggan perusahaan global kami dan untuk mereka, masa operasi yang terjamin adalah penting untuk perniagaan. Oleh itu, objektif kami adalah untuk sentiasa menyampaikan ketersediaan Internet yang berkualiti tinggi. Kami telah memperluas jangkauan global kami, menambah varian perkhidmatan daripada Akses Internet Khusus ke jalur lebar untuk memenuhi keperluan perniagaan pelanggan yang berbeza dan memastikan pematuhan kawal selia rentas sempadan agar perusahaan mempunyai perkhidmatan Internet yang boleh diramal dan boleh dipercayai untuk menguruskan perniagaan mereka. Kami telah memudahkan operasi dan pengurusan serta meningkatkan pengalaman para pelanggan kami di seluruh kawasan geografi," kata Song Toh, Naib Presiden Perkhidmatan Rangkaian Global, Tata Communications.

"IZO™ Internet WAN Tata Communications telah membolehkan kami memberi tumpuan kepada perniagaan teras kami sambil meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kakitangan kami. Di samping itu, ketersediaan yang lebih tinggi telah meningkatkan pengalaman kami. Dalam dunia yang mengutamakan awan pada hari ini, perusahaan yang memindahkan beban kerja ke awan, tawaran pasaran seperti Internet atau jalur lebar khusus, kekurangan prestasi terjamin, masa operasi dan pemulihan yang singkat akan menjadi halangan utama bagi mana-mana perusahaan. Justeru itu, Tata Communications telah membantu menangani keperluan penting ini pada masa yang sangat tepat untuk perniagaan kami," kata Øystein Eide, Naib Presiden merangkap Ketua Infrastruktur Awan, DNV AS.

Gartner meramalkan bahawa penggunaan awan yang semakin meningkat bagi aplikasi kritikal perniagaan akan mendorong 30% perusahaan global untuk menggunakan perkhidmatan Internet yang dipertingkatkan menjelang tahun 2023, meningkat daripada kurang 1% pada tahun 2020.

"Perusahaan semakin mempercayai keutamaan trafik perniagaan dengan sambungan Internet. Untuk menyokong perniagaan ini, pengalaman Internet perusahaan hendaklah boleh dipercayai, boleh diramal dan lancar. IZO™ Internet WAN Tata Communications bermatlamat untuk menyediakan prestasi tinggi yang konsisten antara titik akhir Internet jalur lebar dan perkhidmatan awan, sebagai pilihan perkhidmatan yang tersedia secara meluas dan boleh dipercayai," kata Brian Washburn, Pengarah Penyelidikan, Penyedia Perkhidmatan Perusahaan & Borong daripada Omdia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: IZO™ Internet WAN Tata Communications                       

Tentang Tata Communications 

Sebagai sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM) (BSE: 500483) ialah sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global yang memperkasakan ekonomi digital dan sedang berkembang pesat pada hari ini di lebih 190 buah negara dan wilayah. Dengan kepimpinan melalui kepercayaan, ia mendayakan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia melalui kolaborasi dan penyelesaian terhubung, kesalinghubungan teras dan generasi seterusnya, penyelesaian pengehosan awan serta keselamatan dan perkhidmatan media. 300 daripada syarikat Fortune 500 ialah pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan ke 80% daripada syarikat awan gergasi di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatacommunications.com

Pernyataan berpandangan ke hadapan dan amaran

Perkataan dan pernyataan tertentu dalam siaran ini berkenaan Tata Communications dan prospeknya serta pernyataan lain, termasuk yang berkaitan dengan jangkaan kedudukan kewangan Tata Communications, strategi perniagaan, pembangunan masa depan operasi Tata Communications dan ekonomi umum di India, merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan sedemikian melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain termasuk kewangan, kawal selia dan alam sekitar, serta faktor yang berkaitan dengan pertumbuhan industri dan unjuran trend yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications atau hasil industri berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau yang tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini antaranya termasuk kegagalan meningkatkan volum trafik pada rangkaian Tata Communications; kegagalan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang boleh diterima; kegagalan melengkapkan ujian komersial teknologi dan sistem maklumat baharu bagi menyokong produk dan perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan penghantaran suara; kegagalan menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga pada perkhidmatan komunikasi syarikat yang tertentu; kegagalan menyepadukan pengambilalihan strategik dan perubahan dasar kerajaan atau peraturan di India, khususnya perubahan yang berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; dan secara amnya, suasana ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini yang kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications termasuk, tetapi tidak terhad kepada faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited. 

Laporan Tahunan Tata Communications Limited boleh didapati di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak bertanggungjawab terhadap dan secara jelas menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda pernyataan berpandangan ke hadapan ini.

© 2022 Tata Communications Ltd. Hak cipta terpelihara.

TATA COMMUNICATIONS dan TATA merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Tata Sons Private Limited di India dan di negara-negara tertentu.

 

 

Source: Tata Communications
Related Stocks:
Bombay:500483 India:EQTATACOMM NASDAQ:VDSGAP OTC:VDSGAP
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services