omniture

Budweiser Melakukan Penampilan Sulung Bagi Karya Kreatif "Tomorrow Is Yours to Take" di Peringkat Global Dengan Menampilkan Artis Berwawasan Anderson .Paak dan Pengkarya Generasi Baharu Melalui Kerjasama di Seluruh Dunia

Budweiser
2022-05-01 00:22 194

Budweiser melancarkan "laungan slogan untuk para pengkarya, pengejar impian dan mereka yang bertekad dalam mencapai impian dengan sedaya upaya untuk menjadi terkenal"

LEUVEN, Belgium, 30 April 2022 /PRNewswire/ -- Budweiser, sebuah jenama global AB InBev, hari ini melancarkan sebuah platform global baharu dan kempen kreatif melalui pelancaran Tomorrow is Yours to Take, suatu slogan yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada para pengkarya baharu, yang diketuai oleh pemenang Anugerah GRAMMY sebanyak 8 kali iaitu penerbit, pencipta lagu, artis dan pengarah, Anderson .Paak. Tomorrow is Yours to Take menggambarkan makna berusaha bersungguh-sungguh dan mengejar kejayaan, malah pergerakan global ini akan memberi inspirasi dan menghubungkan para pengkarya di seluruh dunia.

The Tomorrow is Yours to Take campaign launches today with a music video entitled “Yours to Take” featuring an original song produced and performed by .Paak.
The Tomorrow is Yours to Take campaign launches today with a music video entitled “Yours to Take” featuring an original song produced and performed by .Paak.

Kempen Tomorrow is Yours to Take dilancarkan hari ini dengan sebuah video muzik bertajuk "Yours to Take" yang menampilkan lagu asal yang dihasilkan dan dipersembahkan oleh .Paak. Video ini menceritakan tentang kisah para pengkarya dan bakat yang bercita-cita tinggi menangani golongan berfikiran negatif yang sentiasa mengatakan tidak kepada semua perkara dan bersikap skeptikal di seluruh dunia, dengan Budweiser yang sentiasa bersama dalam setiap langkah perjalanan ini. Video ini merupakan sebuah kerjasama berskala global yang menampilkan pemain bola sepak gaya bebas berbangsa Perancis, Sean Garnier, penyanyi rap Brazil, Xamã, pereka fesyen Sweden, Julia Dang, artis grafiti Colombia, Wanda Pot, penyanyi Argentina, Lara91K, artis grafik Brazil, Gabriel Massan dan pemain dram Britain, Louise Bartle.

"Budweiser ialah laungan slogan untuk para pengkarya, pengejar impian dan mereka yang bertekad dalam mencapai impian dengan sedaya upaya, untuk menjadi terkenal. Walaupun hari ini menandakan pelancaran Tomorrow is Yours to Take, namun para pengkarya, pengejar impian dan pengambil risiko yang menjadi tumpuan utama dalam evolusi baharu ini," kata Todd Allen, Naib Presiden Pemasaran Global Budweiser. "Sebagai seseorang yang telah menolak golongan berfikiran negatif yang sentiasa mengatakan tidak kepada semua perkara demi mengejar impiannya, .Paak mewakili semangat Tomorrow is Yours to Take dan maknanya."

Wieden+Kennedy mengetuai konsep kreatif kempen ini melalui kerjasama dengan Budweiser, .Paak dan sepasukan para pengkarya di seluruh dunia. "Yours To Take" meraikan kuasa generasi bebas untuk melakukan apa sahaja yang mereka percaya tanpa mempedulikan kata-kata orang lain. Dengan trek asal oleh .Paak dan kisah sebenar daripada para pengkarya sebenar untuk menyampaikan mesej tersebut, kempen ini semestinya lebih daripada sekadar sebuah iklan sahaja. Dan pada ketika itulah video muzik tersebut dihasilkan: sebuah karya hiburan yang membantu menjadi sebahagian daripada budaya melalui cara yang asli dengan gaya sinematik.

Melalui kerjasama dengan .Paak untuk menghasilkan runut bunyi bagi kempen global ini, Budweiser meletakkan asas untuk usaha masa depan yang menyokong bakat kreatif yang sedang meningkat naik. Ini hanyalah permulaannya.

"Muzik baharu saya untuk kempen ini bukan hanya sekadar sebuah lagu, ia ialah antem! Saya melihatnya sebagai sebuah laungan slogan untuk mereka yang SUDAH JEMU mendengar semua alasan mengapa impian mereka mustahil dicapai," ujar Anderson .Paak. "Percayalah, saya juga turut mendengar semua yang dikatakan oleh golongan berfikiran negatif yang sentiasa mengatakan tidak kepada semua perkara, tetapi saya tetap bermotivasi dan melakukan yang terbaik untuk tidak mempedulikan para pembenci pada setiap langkah perjalanan ini. Saya berharap supaya saya dan Budweiser boleh menjangkau para artis, pereka, atlet dan bakat kreatif – semua orang! – di seluruh pelosok dunia yang bersedia untuk mengambil langkah pertama dalam laluan mereka sendiri bagi mencapai kehebatan."

Setiap pengkarya yang sedang meningkat naik yang ditampilkan dalam video ini mewakili salah satu cabang minat khalayak Budweiser yang merangkumi muzik, seni, fesyen dan sukan.

  • Séan Garnier ialah Juara Gaya Bebas Dunia buat pertama kali dalam sukan bola sepak, dari Perancis.
  • Julia Dang dari Sweden, merupakan pengasas bersama saluran TheLineUp dan telah mencipta label inklusif beliau sendiri, DANG STHLM.
  • Gabriel Massan ialah seorang artis digital kelahiran Brazil dari Jerman yang berkarya dengan pelbagai medium seperti arca, video, reka bentuk dan cetakan.
  • Louise Bartle ialah seorang pemain dram dari UK, yang mula bermain pada usia 13 tahun.
  • Xamã ialah seorang penyanyi rap, penyanyi, komposer dan penyair Brazil yang baru-baru ini telah menjadi tular dan memecahkan rekod penstriman.
  • Wanda Pot ialah seorang pereka dari Colombia yang pakar dalam bidang grafiti mural, pengarahan seni, penjenamaan dan kaligrafi.
  • Lara91K ialah seorang penyanyi dari Argentina dengan genre muzik unik yang membawa pembaharuan kepada dunia muzik trap.

Untuk menonton filem ini, mendapatkan maklumat lanjut tentang setiap pengkarya yang sedang meningkat naik dan banyak lagi, sila klik DI SINI. Rakaman di sebalik tabir yang bermula daripada penciptaan kempen ini boleh ditonton di saluran sosial Budweiser dan Anderson .Paak.                                                              

Tentang Anheuser-Busch InBev dan Budweiser

Anheuser-Busch InBev ialah sebuah syarikat yang didagangkan secara awam (Euronext: ABI) yang berpangkalan di Leuven, Belgium dengan penyenaraian sekunder di Mexico (MEXBOL: ANB) dan Bursa Saham Afrika Selatan (JSE: ANJH) serta dengan Resit Depositari Amerika pada Bursa Saham New York (NYSE: NID). Sebagai sebuah syarikat, kami mempunyai impian yang besar untuk mewujudkan masa depan dengan lebih banyak kegembiraan. Kami sentiasa berusaha untuk mencari cara baharu memenuhi detik-detik kehidupan, memajukan industri kami dan memberi kesan yang bermakna kepada dunia. Kami komited untuk membina jenama yang hebat dan bertahan dalam jangka masa yang panjang serta membuat bir terbaik menggunakan bahan terbaik. Kepelbagaian portfolio kami merangkumi lebih 500 jenama bir termasuk jenama global Budweiser®, Corona® dan Stella Artois®; jenama pelbagai negara Beck's®, Hoegaarden®, Leffe® dan Michelob ULTRA®; dan jenama terkemuka tempatan seperti Aguila®, Antarctica®, Bud Light®, Brahma®, Cass®, Castle®, Castle Lite®, Cristal®, Harbin®, Jupiler®, Modelo Especial®, Quilmes®, Victoria®, Sedrin® dan Skol®. Tradisi pembuatan bir kami bermula sejak lebih 600 tahun dahulu merentasi benua dan generasi. Daripada asal-usul kami di Eropah iaitu kilang pembuatan bir Den Hoorn di Leuven, Belgium. Kepada kilang pembuatan bir rintis Anheuser & Co brewery di St. Louis, AS. Kepada pembinaan Castle Brewery di Afrika Selatan semasa gerakan pencarian emas besar-besaran di Johannesburg. Kepada Bohemia, kilang pembuatan bir pertama di Brazil. Dengan kepelbagaian geografi serta pendedahan yang seimbang kepada pasaran maju dan membangun, kami memanfaatkan kekuatan kolektif kira-kira 169,000 orang pekerja yang berpangkalan di hampir 50 buah negara di seluruh dunia. Untuk tahun 2021, AB InBev melaporkan pendapatan bernilai USD54.3 bilion (tidak termasuk usaha sama dan ahli bersekutu).

Budweiser ialah lager gaya Amerika yang sederhana, berperisa dan segar. Diperbuat daripada malt barli yang terbaik dengan campuran pelbagai hop premium, Budweiser merupakan ikon optimisme dan keraian yang dinikmati di lebih 60 buah negara di seluruh dunia serta komited untuk membuat setiap Budweiser dengan 100% tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2025.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1806406/Budweiser_Anderson__Paak_Still_final.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1800342/budglb_mark_logo_st_red_rgb__1_Logo.jpg?p=medium600

Source: Budweiser
Related Stocks:
EuronextBrussels:ABI Johannesburg:ANH Mexico:ANB NYSE:BUD
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Music New products/services