omniture

Brian Evans #3 pada Carta Kontemporari Dewasa melalui PlayMPE, mengatasi Mick Jagger

ESW Management
2022-05-01 02:10 187

LOS ANGELES, 1 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Brian Evans, penyanyi yang terkenal dengan persembahan beliau di Las Vegas dan pembukaan kepada persembahan daripada artis-artis seperti Joan Rivers, Jay Leno, Social Distortion, Erasure serta ramai lagi, telah menyaksikan lagu beliau, "I'm A Traveler" melonjak ke tempat #3 pada Carta Kontemporari Dewasa bagi kategori artis yang paling banyak dimuat turun di PlayMPE, mengatasi legenda Rolling Stones, Mick Jagger yang berada pada nombor 7.

"Secara jujurnya, kami terkejut. Brian merakamkan lagu ini 9 tahun yang lalu, yang dihasilkan oleh Narada Michael Walden, namun beliau tidak pernah menghantarnya ke stesen radio," kata Jesse Stenger dari ESW Management.

Narada Michael Walden, penerbit yang memenangi Anugerah Grammy bagi Whitney Houston, Aretha Franklin, George Michael dan ramai lagi yang lain, telah menghasilkan trek tersebut.

"Brian sedang mengikuti langkah seniman-seniman yang hebat seperti Sinatra, Tom Jones dan ramai lagi," kata Walden dalam sebuah video yang disiarkan di YouTube.

Evans telah menerima lebih 500 juta strim bagi lagu "New York, New York" versi beliau di TikTok. Lebih 13,000 pengguna telah menggunakan lagu beliau dalam trek tersebut.

"Ini membuktikan bahawa kejayaan bukan berdasarkan usia anda. Semua orang yang mengenali Brian tahu bahawa beliau telah menghasilkannya selama bertahun-tahun, dan hakikat bahawa beliau akhirnya memutuskan untuk membenarkan kami mengedarkan lagu asal beliau, "I'm A Traveler" tidak memeranjatkan kami sepertimana kejayaannya," kata Stenger.

Ibu Evans telah meninggal dunia seminggu selepas beliau menyiapkan album tersebut, setelah menjalani pembedahan lutut. Evans tidak pernah menerbitkan mana-mana bahan yang beliau rakamkan dengan Walden kecuali lagu yang menjadi hit, "At Fenway" yang menampilkan William Shatner dan telah melepasi 10 juta tontonan di YouTube dalam sebuah video muzik serentak di YouTube.

"Kami bersyukur," kata Walden yang telah menghasilkan lagu-lagu terbaik sepanjang zaman, "The Bodyguard," untuk Whitney Houston, bersama-sama penerbit legenda, David Foster.

Twitter Evans ialah @croon1, manakala laman web beliau ialah www.brianevans.com

"Brian ialah penyanyi #3 yang paling banyak dimuat turun dalam muzik Kontemporari Dewasa melalui PlayMPE, peneraju dalam bidang pengedaran lagu ke stesen radio di seluruh dunia," ujar Stenger.

Evans turut menerbitkan "Blue Bayou" yang juga dihasilkan oleh Walden, pada minggu lepas.

"Terdapat 11 trek daripada album ini yang tidak dibenarkan oleh Brian untuk kami menerbitkannya. Akhirnya, kami kini boleh menerbitkannya dan penampilan sulung single pertama tersebut mendapat tempat #3. Tiada sesiapa yang dapat melakukannya lebih baik daripada beliau."

Muat Turun 20 Terbanyak Kontemporari Dewasa Mingguan - Play MPE® Harian

Brian Evans' single, which he refused to allow to be released until eight years after its production by Grammy winning producer Narada Michael Walden, producer of Whitney Houston, Stevie Wonder, George Michael and more, debuts at #3. Evans is considering Las Vegas offers. "I don't know" he says.
Brian Evans' single, which he refused to allow to be released until eight years after its production by Grammy winning producer Narada Michael Walden, producer of Whitney Houston, Stevie Wonder, George Michael and more, debuts at #3. Evans is considering Las Vegas offers. "I don't know" he says.

Video - https://www.youtube.com/watch?v=IYUDXbrQOvs

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1807712/BrianTraveler.jpg?p=medium600

Source: ESW Management
Keywords: Entertainment Music Retail